𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 57 || H•S

169 3 0
                                    

Imanina jalan bersendirian di sebuah pusat membeli-belah. Dia memandang jam, sudah dekat empat puluh minit ibu mentuanya di butik kawannya.

Apa mama buat dekat butik tu?

Imanina mengambil telefonnya dan di dail nombor ibu mentuanya.

Hello ma

Hello Iman, Iman dekat mana dah?

Iman dekat shopping mall ni ma. Mama di mana? Masih di butik?

Oh, mama masih di butik kawan mama ni sayang. Iman masih boleh tunggu mama? Kalau Iman bosan, Iman call lah Faliq suruh temankan Iman.

Imanina tersenyum.

Takpelah ma, kalau macam tu. Iman pergi butik kawan mama boleh?

Boleh sayang, lagi bagus.

Okey ma, kejap lagi Iman sampai dekat je ann? Mama boleh send location?

Boleh kejap tau!

Ting!

Location: Butik E&N

Imanina tersenyum, dia terus sahaja mengatur langkah. Tidak sampai beberapa minit, Imanina sudah sampai di kedai butik tersebut. Dia melihat, butik ini kelihatan ekseklusif mesti pakaian dan tudung di sini mahal-mahal.

Imanina menolak pintu daun tersebut.

"Hah dah sampaikan pun, Iman meh sini!" Panggil puan Faridah. Imanina tersenyum, dua langkah dia ke hadapan. Kaki Imanina terhenti apabila melihat seorang wanita tua di hadapan ibu mentuanya.

"Kenapa kamu berdiri di situ Iman? Meh sini duduk sebelah mama." Imanina tersenyum manis, dia duduk di sebelah puan Faridah.
"Oh ini menantu kau Far?" Puan Faridah mengangguk.
"Iman apa khabar? Sihat?" Soal puan Fariyah sambil tersenyum manis, rindu sungguh dia terhadap wanita di hadapannya ini.

Imanina tersenyum.

"Sihat alhamdulillah."
"Eh kau kenal menantu aku Fariyah?" Puan Fariyah mengangguk sambil tersenyum.
"Kenal lah, Iman ni kawan baik anak perempuan aku. Elisha."
Puan Faridah hanya mengangguk faham.

"Nenda!" Jerit seorang kanak-kanak perempuan.
"Inara sofea jangan lari sayang." Pesan puan Fariyah.

Imanina dan puan Faridah tersenyum.

"Mommy, hye aunty Faridah and.." Imanina memandang Elisha yang kelihatan begitu cantik sekali.

"Elisha.."
"Iman.."

"Iman!" Mereka berdua saling berpelukan.
"Kau apa khabar Iman? Aku rindu sangat dekat kau tau! Dekat lima tahun kau menghilang." Imanina tersenyum dan mengusap air matanya sendiri.

"Aku pun rindu kau! Aku sihat, kau apa khabar? Cantik anak kau Sha." Elisha tersenyum.
"Sihat je."

"Daddy!" Jerit Inara dan berlari ke arah daddynya.
"Anak daddy, dah makan?" Inara mengangguk laju.
"Mana mommy?"
"Tu!" Tunjuk Inara.

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now