Imanina bersiap-siap untuk pergi ke sebuah majlis kecil-kecilan yang di buat oleh kakak kepada Tuan Zakri.
"Imanina cepat! Nanti kita lambat ke majlis maklong kamu!" laung Tuan Zakri.
Imanina berlari keluar dari biliknya,dan terus ke pintu utama. Dia bersiap berbaju kurung merah jambu dan tudung shawl berwarna merah belacan.
Tuan Zakri menggelengkan kepala memandang anaknya yang kelam-kabut.
"Hah siap pun anak abah ni, dah cepat kita nak pergi rumah maklong." Ujar Tuan Zakri dan berlalu menaiki kereta.
Imanina hanya sekadar tersenyum kelat.
Dia mengunci rumah dan turut menaiki kereta.
Dalam perjalanan Imanina hanya banyak berdiam diri."Kamu dengan Nazim macam mana?" soal Tuan Zakri, dia masih tertumpukan pada pemanduannya.
Imanina memandang pelik ke arah bapanya.
"Apa maksud abah?" soal Imanina pelik.
Tuan Zakri hanya sekadar tersenyum."Mesti Nazim dah luah perasaan dia dekat anak dara abah sorang ni kan?" duga Tuan Zakri.
Imanina tersenyum malu.
"Macam mana abah boleh tahu yang Nazim luah dekat Iman?" soal Imanina sambil memandang Tuan Zakri."Abah terdengar masa makan dekat warung pak Ma'ad, Hawa kata dia cemburu sebab Nazim pilih kamu berbanding dirinya. Jadi abah tahu lah yang dia dah luah perasaan dekat kamu." Kata Tuan Zakri.
Imanina hanya sekadar tersenyum kelat.Tuan Zakri memandang seketika ke arah Imanina yang tidak menjawab persoalannya.
"Anak abah okey tak ni?" soal Tuan Zakri.
" Iman rasa, Iman tak layak untuk sesiapa pun. Iman ni bukan suci, Iman dah kotor abah. Iman tak layak dengan lelaki macam Nazim." Balas Imanina sayu.Tuan Zakri berasa kesian terhadap nasib anak daranya.
"Siapa kata anak abah ni tak layak dengan sesiapa? Iman layak kepada lelaki yang terima apa adanya kamu, bukan Iman yang nakkan semua ni. Ni semua sudah takdir Iman, jadi abah taknak Iman kata kamu tak layak kepada lelaki yang baik. Kamu juga berhak dapat lelaki yang baik." Terang Tuan Zakri.
Imanina tersenyum dan mengangguk.
Kereta berhenti di hadapan rumah.
Imanina menarik nafas berat.Dia bakal bertemu dengan sepupu durjananya, siapa? Dia lah Hawa Adawiyah.
Hawa merupakan sepupu kepada Imanina, namun mereka bukan seperti sepupu. Kerana Hawa tidak pernah suka sama sekali kepada Imanina. Hawa cemburu dengan Imanina yang mempunyai segalanya, Imanina mempunyai kecantikan,kepintaran dalam semua aspek. Dan Imanina dan Hawa sering di bandingkan, bahawa Imanina jauh lebih bijak dan cantik daripada Hawa. Lagi-lagi, semenjak Imanina berpindah ke kampung, hampir kesemua lelaki tergila-gilakan kepada Imanina sehingga teman lelaki Hawa memutuskan hubungan mereka dan mengejar cinta Imanina. Bukan sahaja lelaki kampung yang menyukai Imanina, malah sepupu lelaki Imanina juga turut menaruh perasaan terhadapnya.
Dan itu menyebabkan Hawa benci terhadap Imanina, itu kerana dia tidak suka melihat Imanina sensara dan kecewa.
Namun bagi Imanina, semua itu tidak penting. Dia tidak bangga dengan kecantikannya kerana dia tahu, semua tu hanyalah pinjaman daripada Allah kepada hamabaNya, dia mahu melihat sama ada hambaNya menggunakan dengan sebaiknya atau tidak pemberian yang sementara itu.
"Iman, turun." Ujar Tuan Zakri.
Imanina mengangguk dan turun keluar dari kereta.Keluar sahaja dia,maklong kakak kepada Tuan Zakri memeluk adiknya.
"Baru sampai Zakri?" soal Puan Azizah.
Tuan Zakri mengangguk.
"Mana anak dara aku?" soal Puan Azizah.Tuan Zakri menunding jari ke arah Imanina yang berdiri yang hanya sekadar memerhati mereka.
Puan Azizah terus memeluk Imanina.
Puan Azizah juga salah seorang yang mengetahui mengenai kes rogol Imanina. Namun dia juga turut merahsiakan.
"Anak umi sihat?" soal Puan Azizah sambil memegang pipi pau Imanina.
Imanina mengangguk.
"Sihat umi. Umi sihat?" soal Imanina tersenyum.Puan Azizah mengangguk.
"Rindu umi dekat kamu." Luah Puan Azizah.
"Dah jom masuk." Pelawa Puan Azizah.
Imanina ke dalam rumah.Apabila dia melihat abang iparnya,suami kepada Puan Azizah memanggilnya dia terus pergi ke arah situ.
Hawa bersama sepupu lelakinya iaitu Hafiz.
"Hye Iman." Sapa Hafiz.
Imanina tersenyum."Hye." Balas Imanina sambil memandang ke arah Hafiz, dia tidak sama sekali memandang Hawa walaupun Hawa sedang memandangnya dengan perasaan benci.
"Kau masih nak tegur perempuan kotor?" soal sinis Farisha, sepupu Imanina.
Hawa tertawa.
"Jan taste dia yang sudah di pakai." Sindir Hawa.
Mereka berdua tertawa.
Hafiz menjeling ke arah Farisha dan Hawa.Imanina terus berlalu masuk ke dalam dapur. Dia cuba mengawal air matanya daripada mengalir.
"Umi, ada apa-apa yang Iman perlu tolong?" soal Imanina.
Puan Azizah menggeleng kepala.Datang seorang wanita tua, kakak kedua kepada Tuan Zakri.
"Eh tak payah tak payah, jangan kau sentuh mana-mana makanan dekat sini. Aku taknak tetamu makan makanan yang perempuan sundal buat." ujar sinis Puan Hazimah.
Puan Ishmah tertawa."Kau ni, tak baik cakap macam tu, dia tu kan barang pakai guna. Memang layaklah di pakai lepas tu buang, sama sangat macam mak dia!" sindir puan Ishmah sambil tertawa terbahak-bahak.
"Ishmah! Hazimah! Kau melampau Hazimah!" bentak Puan Azizah, cuba mempertahankan maruah anak saudaranya.
Hazimah tidak menghiraukan kakaknya dan berjalan mendekatkan diri kepada Imanina yang kaku di hina.Puan Hazimah tersenyum sinis.
"Apa lah eh kau bagi makan semua orang sampai semua orang bela kau? Dengan keadaan kau yang kotor ni pun ada yang nak? Kau tu Iman, tak layak dengan Nazim yang baik tu, Nazim tu hanya untuk Hawa, sebab Hawa masih suci belum kotor macam kau!" ujar Puan Hazimah dengan lantang.Orang kampung masing-masing berbisik sesama sendiri, barangkali mereka mengatakan mengenai Imanina yang sudah di sentuh dek orang.
Puan Azizah menampar Hazimah.
"Aku tak ajar kau Hazimah untuk hina orang!" marah Puan Azizah.
Puan Hazimah tersenyum sinis.
"Akak ada ajar ke budak murahan ni cara jaga maruah dengan baik? Sebelum akak ajar saya, baik akak ajar si Zakri tu cara jaga anak dara dengan baik." Sindir Hazimah dan berlalu pergi.Puas hatinya dapat menghina Imanina di khalayak ramai. Selepas ini, pasti Imanina di pandang serong oleh orang kampung.
Imanina sudah menangis semahunya, dia terus berlari keluar dari rumah tersebut.
Hawa tersenyum puas melihat Imanina.
Manakala mereka yang lain terpegun dengan rahsia yang baru sahaja terbongkar.
YOU ARE READING
BUKAN KEHENDAKKU
RomanceKARYA KETIGA🌻 "I love when you shout my name sweetheart." ~ Iman Faliq. "Are you crazy Iman?" ~ Nur Imanina. "We have a same feeling, but not have a same world." ~ Eskandar Ethan. "No need to worry, I still behind you untill i die." ~ Nazim Haykal...