𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 59 || H•S

197 4 0
                                    

Iman faliq menangis teresak-esak di dalam pelukan Imanina. Di eratkan lagi pelukannya.

"Abang minta maaf sayang, semua ni bukan salah sayang. Tapi salah abang yang terlalu jahil." Imanina memandang wajah kacak suaminya dengan kerutan di dahinya.

"Apa maksud abang?" Soal Imanina tidak faham.
"Aiqal dah cerita semua."
"Cerita apa abang?"

Iman faliq memandang sayu wajah isterinya.

"Cerita beberapa tahun yang lalu, wanita yang abang telah ragut kesuciannya. Wanita yang selama ini abang cari ingin meminta maaf, rupanya dia selama ni dekat sahaja dengan abang." Imanina memandang tidak percaya suaminya.

"Siapa perempuan tu abang?"

Iman faliq memandang lantai.

"Isteri abang, Nur Imanina." Hati Imanina seperti di sambar petir. Jadi yang merogol dia adalah suaminya sendiri? Iman faliq?

Iman faliq menangis teresak-esak, terimbau kembali perbualan yang Aiqal dengannya.




𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼





"Apa maksud kau?"
Aiqal tersenyum sinis.

"Kau mesti ingatkan kisah cerita beberapa tahun yang lalu. Kau perkosa seorang budak kampung sebelum kau berpindah ke bandar?" Soal sinis Aiqal.

Iman faliq memandang tajam ke arah Aiqal.

"Apa maksud kau ni Qal?! Apa kena mengena antara cerita aku dengan cerita isteri aku yang tidur dengan lelaki lain ni?" Soal bengang Iman faliq.

Aiqal ketawa sinis.

"Lelaki yang tidur sebelah isteri kau tu sebenarnya kau bodoh!? Sekali lagi aku ulang kau!" Iman faliq terdiam.
"Perempuan yang selama ni kau cari ada di samping kau, dia yang selama ini kau tunggu-tunggu itulah perempuan yang kau sudah rogol Iman faliq. Di sebabkan kejahilan kau, kau sudah rogol Imanina isteri kau. Dan kau boleh kata isteri kau dah tak suci? Then how about you Mr. Iman Faliq? Lelaki yang telah meragut kesucian seorang wanita bernama Nur Imanina? Apa yang patut di gelar engkau huh?!" Suara Aiqal semakin meninggi.

Sungguh dia berasa sakit hati apabila Iman faliq sanggup mengatakan bahawa isterinya sudah tiada kesucian.

"Aku yang saksikan semua itu Iman, memang salah aku sebab tak halang kau. Aku pun banyak dosa dengan isteri kau, dan sebab tu juga aku bagi idea dengan Faris untuk bagi kau dare tu. Supaya kau dapat berkenalan lebih dalam dengan Imanina, tapi aku tak sangka plan aku gagal. Malah plan aku menyebabkan korang terpaksa berjauh hati."

Iman faliq diam mendengar cerita Aiqal, rupanya Aiqal kenal perempuan yang dia pernah perkosa.

"Tapi Tuhan Maha Bijaksana, dia pertemukan lagi kau dengan dia dalam keadaan masing-masing masih saling mencintai walhal kamu dulu pun sudah ada pasangan. Dan kau nak tahu? Aku juga yang atur tangkap basah tu, tapi aku tak tahu korang boleh tertangkap. Aku sebenarnya nak perangkap aku dengan Haze, tapi korang pula yang terkena. Tapi aku bersyukur, sebab wanita yang kau cari kini sama-sama dengan kau. Jalani kehidupan berdua."

Iman faliq memandang rakannya.

"Kau lah yang buat semua ni?!" Aiqal mengangguk.
"Niat aku baik Iman, tapi kalau kau nak salah ertikan niat aku ni. Aku pun tak tahulah dengan kau, terpulang dengan kau Iman." Ujar tenang Aiqal.

"J-jadi.."

Iman faliq mengangguk.

"Abang yang rogol sayang.. Tapi sumpah demi Allah, tidak pernah sehari abang tidak fikirkan perempuan yang abang rogol tu, sebab abang nak cari wanita tu. Tapi tidak sangka wanita tu rupanya isteri abang sendiri." Imanina menggeleng kepala.

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now