𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 46 || H•S

152 2 0
                                    

Iman faliq duduk di balkoni rumahnya, fikirannya asyik memikirkan Imanina. Hatinya begitu sakit apabila wanita yang dia sayangi meninggalkannya dek kerana kesalahannya sendiri.

Tanpa dia sedar, air matanya kembali mencurah mengalir seperti air terjun.

Haziq menggeleng kepala. Dia duduk di sebelah adiknya.

"Faliq.."
Iman Faliq memandangnya.
"Aku dah tahu semua cerita pasal antara kau dengan Iman. Aiqal dah cerita dari awal sampai akhir."

Iman faliq tersenyum tawar.

"Bodohkan aku? Bodoh sebab permainkan perempuan yang sebaik Imanina. Bodohnya aku, tidak berterus-terang dengan dia." luah Iman faliq, tangisannya kian menderas.

Haziq menepuk belakang adiknya.

"Kau tak bodoh, cuma kau khilaf. Aku tak boleh salahkan kau seratus peratus, kalau betul Iman sayangkan kau. Kenapa dia perlu tinggalkan kau macam tu je? Dia bolehkan dengar penjelasan kau, then why she's leave you? "
Iman faliq menggeleng.
"Ni salah aku Ziq, kau tak boleh salahkan Iman. Kalau kau di tempat Iman, apa kau buat? Takkan kau nak stay dengan lelaki yang permainkan kau, yang perbodohkan kau? Mungkin ini lah khifarah yang aku dapat selepas permainkan hati ramai wanita."

Haziq tersenyum kecil.

"Alhamdulillah kalau kau dah sedar. Dan aku ada satu berita lagi nak sampaikan kau, soal perjanjian arwah papa dengan Dato Rafiq."

Iman faliq memandang ke arah abangnya.

"Perjanjian? Do you mean perjanjian tentang papa nak jodohkan aku dengan anak uncle Rafiq?"

Haziq mengangguk lemah.

Iman faliq tersandar di kerusi. Malang apa lagi yang menimpa dirinya, sudahlah dia belum boleh melupakan Imanina. Dan kini dia di jodohkan pula dengan orang lain atas kerana perjanjian arwah papanya.

"Haziq kau tak boleh ke bantu aku?"
Haziq menggeleng.
"Diaorang dah tuntut janji tu, kalau tak diaorang boleh saman mama. Dan diaorang nak kau berjumpa dengan anak diaorang esok."

"What?! Esok?!"

Haziq mengangguk sekali lagi. Iman faliq melepaskan keluhan berat.
"Yelah, esok aku pergi."

"Semudah tu je kau menyerah?"
"Then? Kau nak aku buat apa? Aku taknak air muka mama jatuh sebabkan aku je, cukuplah beberapa tahun lalu aku malukan mama. Anggap jelah aku tebus balik semua kesalahan aku dengan mama dan arwah papa."

Haziq tersenyum dan menepuk belakang adiknya.

"Adik aku dah besar dan matang."
Iman faliq memukul bahu Haziq.
"Mana Ziyad?"
"Dekat dalam, oh ya. Mama nak datang rumah kau, kejap lagi mama sampai."

Iman faliq mengangguk lagi.

Ding dong!

"Ah panjang umur mama."

Aisha membuka pintu, apabila dia buka. Terpaparlah wajah puan Faridah di depan pintu sambil tersenyum manis.

"Eh mama, masuklah." pelawa Aisha.
Puan Faridah tersenyum manis.
"Mana cucu mama?"
"Dekat dalam ma, Aiqal jaga."

Puan Faridah melangkah masuk ke dalam rumah Iman faliq. Dia melihat Aiqal sedang menjaga Ziyad sambil tersenyum manis.

"Eh Aiqal pun ada?"
Aiqal memandang puan Faridah dan tersenyum. Dia berdiri dan menyalam puan Faridah.

"Ye aunty, saya di sini pun sebab nak temankan Faliq"
Puan Faridah tersenyum dan mengangguk.
"Mana Faliq dan Haziq?"
"Dekat balkoni ma."

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now