Eskandar telah sampai di lapangan terbang Italy.
Eskandar berjalan dengan penuh bergaya sambil memakai kaca mata hitam.
"Eskandar!" jerit seorang rakannya.
Eskandar memandang ke arah suara yang menyerunya. Terukir sebuah senyuman di bibir jejaka kacak itu dan mengangkat sebelah tangannya.Dia memeluk lelaki itu.
"Welcome to Italy my big brother! " ucap lelaki kacak itu, dia lebih kurang tinggi juga namun Eskandar lebih tinggi berbanding dia.
"Thanks Lucas!" ucapnya.
Eskandar mengangguk."Dah jom! Aku bawa kau pergi rumah kau. Ke nak jalan-jalan dekat bandar dulu?" soal Lucas sambil menepuk belakang Eskandar.
Eskandar menggeleng.
"Balik je lah terus." balas Eskandar sambil tersenyum.
Lucas mengangguk."No problem bro!"
Mereka masuk ke dalam kereta porshe milik Lucas.
"Bro asal tiba-tiba kau gerak pergi Italy hari ni?" soal Lucas pelik. Yalah Eskandar sendiri bagitahu yang dia bakal berangkat ke Italy bulan hadapan. Tup tup dah ada dekat depan mata ni. Mujurlah dia tidak sibuk, kalau tidak. Terpaksa lah Mark yang menjemputnya.
Eskandar diam.
"Aku malas lah nak lambat-lambatkan urusan dekat sini." balas Eskandar.
Lucas hanya mengangguk.
"Berapa lama kau dekat sini?" soal Lucas lagi.
"Maybe for five years or ten years. " balas Eskandar dengan nada datar, cuba untuk menahan segala sebak di dadanya.Lucas memandang Eskandar dengan riak wajah yang tidak percaya.
"Seriously Eskandar Ethan? Asal lama sangat? Kau tak pernah macam ni doh, paling lama pun kau dekat sini sebulan. Tu pun dah meroyan teruk, ni kan pula for five years ? Are you kidding bro ?" soal Lucas tidak percaya.
Eskandar hanya mengangkat bahu.
"Yang aku tahu aku tak main-main." balas Eskandar.
Lucas menghentikan kereta di depan mansion yang megah berdiri itu. Dia memandang Eskandar dengan pandangan pelik, mesti ada sesuatu yang membuatkan jejaka ini membawa diri sebegitu jauh.
"Cuba kau cerita apa dah jadi ni? Asal sdcara tiba-tiba je? Ksu ada masalah ke? Cerita dekat aku, aku kan kawan baik kau." pujuk Lucas.
Eskandar tersenyum.
"Jom masuk dulu, dekat dalam aku cerita. Boleh kopi-kopi." pelawa Eskandar dan keluar dari kereta.
Lucas dengan lincahnya terus sahaja keluar dari kereta dan mengambil beg bagasi Eskandar.
Eskandar melangkah masuk ke dalam rumahnya, di ikuti dengan Lucas.
"Welcome home Tuan Eskandar !" ucap pembantu rumah Eskandar.
Eskandar hanya mengangguk.
"Buat air panas untuk kami berdua." pesan Eskandar dan berlalu pergi, dia duduk di sofa ruang tamu.
Lucas duduk di hadapan Eskandar.
"Ok sekarang cerita dekat aku." ujar Lucas.
Eskandar tersenyum kelat."Aku taknak ingat kisah yang memahitkan. Hati aku cukup kecewa. Aku nak rawat hati aku yang sedang hancur." balas Eskandar.
Lucas mengerutkan dahinya.
YOU ARE READING
BUKAN KEHENDAKKU
RomanceKARYA KETIGA🌻 "I love when you shout my name sweetheart." ~ Iman Faliq. "Are you crazy Iman?" ~ Nur Imanina. "We have a same feeling, but not have a same world." ~ Eskandar Ethan. "No need to worry, I still behind you untill i die." ~ Nazim Haykal...