𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 14 || H•S

150 1 0
                                    

Imanina berdiri betul-betul di depan pintu biliknya.
Dia menarik nafas dalam.

'Semoga dapat roommate yang baik.' Desis hati Imanina.
Dia menguak perlahan pintu biliknya.

Alangkah terkejutnya dia, apabila warna dinding tersebut berwarna hitam terdapat juga gambar-gambar lelaki. Barangkali itu adalah boyband yang dia minati.

Si gadis itu keluar dengan keadaan dia sedang mengeringkan rambutnya menggunakan tuala kecilnya.
Wanita itu memandang Imanina dari atas hingga ke bawah.
"Kau siapa?" soal dingin wanita itu.

Imanina tersenyum dan menghulurkan tangannya untuk berjabak tangan.
"Saya Nur Imanina, student baru dekat sini." Balas Imanina dengan mesra.
Wanita itu menyambut huluran Imanina.

"Aku Haze." Kata Haze dengan datar.
Imanina tersenyum.

"So kau lah roommate aku?" soal Haze dengan nada yang sama.
Imanina mengangguk.
"Kau ambil course apa?" soalnya lagi.

"Saya ambil bahagian pengurusan kewangan." Balas Imanina.
Haze hanya sekadar mengangguk.

"Selamat datang ke bilik ni. Aku harap kau dapat bertahan dengan aku, sebab ramai tak suka sebilik dengan aku sebab diaorang kata aku ni sendu. Bilik semua hitam bahagian kau je warna dia kebiruan, so aku harap kau bertahan lah dengan aku, lagi satu aku tak suka orang pengotor so please jaga kebersihan faham?" soal Haze.

Imanina mengangguk.

Haze terus sahaja merebahkan tubuhnya di tilam dan memesang earphone di telinganya.
Imanina hanya sekadar menggeleng kepala.

'Baik juga roommate aku ni, boleh lah jadi kawan aku nanti.' Desis hati Imanina dan berjalan ke arah almarinya,dia menyusun bajunya.

°

°

°

°

°

°

°

°

Nazim menghempas tubuhnya ke katil.

"Huh, penat sekali guys! Baru kemas baju dah penat. Kena banyak training ni supaya tampak hot di mata Imanina." gumam sendiri Nazim dan tertawa kecil.
Sudah sepertu orang gila Nazim kerana ketawa dan berbicara sendiri, jikalau orag dengar barangkali boleh di gelar mental.

Tiba-tiba pintu di kuak dengan kasar menyebabkan Nazim mengangkat kepalanya untuk memandang figura yang begitu jahanam sekali kerana membuka pintu seperti itu pintu bapa dia yang punya.

"Bro, tak reti beri salam ke sebelum masuk? Tak takut ke setan ikut sekali masuk?" sindir Nazim dan duduk di birai katil.

Lelaki tiu memandang tajam Nazim,dan memegang dadanya.
"Sakit siak." Ujar lelaki itu dan kembali ke arah pintu, dia keluar dan menutup pintu.

Kemudian, dia kembali masuk dengan membuka pintu secara perlahan dan sopan-santun.

"Assalamualaikum bakal ahli kubur." sindir figura tersebut.
Nazim tertawa.

Baru berjumpa, seperti sudah alama berkenal. Itulah hakikat seorang lelaki, simple dan mudah. Tidak terlalu complicated seperti perempuan, perlu isi birang dahulu, interview dan sebagainya. Jikalau mereka tidak berkenan mula lah berperang bagai. Perempuan begitulah susah untuk di ramal.

"Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh, kan manis macam tu." usik Nazim dan ketawa.
Lelaki itu menggeleng kepala.
"Banyak lah kau manis. By the way ann, kau siapa? Asal kita macam dah lama kenal?" soal pelik lelaki itu.
Nazim mengangkat bahu.

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now