Kereta mewah Eskandar masuk ke salah satu mansion.
Elisha memandang sekeliling, tiada yang berubah. Semuanya seperti sedia-kala, cuma yang berubah adalah keadaan.
Eskandar menghentikan kereta di depan perkarangan rumah.
"Adik, jom turun." pelawa Eskandar.
Elisha tersenyum dan mengangguk.Datang dua orang pembantu rumah mereka.
"Selamat datang Encik Eskan dan Cik Sha." ucap seorang perempuan muda.Eskandar tersenyum dan mengangguk.
"So, this is my little sister. My lovely little sister." Kata Eskandar dan memeluk bahu Elisha.Mereka berdua tersenyum memandang dua adik beradik yang akrab itu.
"Dah jom masuk, adik mesti penatkan? And adik mesti nak jumpa mommy right? Puan Sri ada dekat dalam?" soal Eskandar kepada pekerja di rumahnya.
Pekerja tersebut mengangguk.
"Pak mad, tolong masukkan kereta dekat basemant ye pakcik." kata Eskandar.
Pak mad mengangguk dan terus memandu kereta tersebut ke arah yang di arahkan.Eskandar mengambil beg adiknya dan berjalan masuk ke dalam rumah agam tersebut.
Terbuka sahaja pintu besar itu,seorang perempuan yang kelihatan umur dalam lingkungan 50- an itu tersenyum ke arah Eskandar dan Elisha.
"Welcome to our home my daughter !" ucap Puan sri Fariyah.
Elisha memeluk erat ibunya.
Dalam pelukan tersebut tanpa Elisha sedar dia mengalirkan air matanya dengan sangat deras.
Puan Fariyah menggosok belakang anaknya untuk memenangkan Elisha.
"Jangan nangis sayang." pujuk Puan Fariyah.
Elisha memandang dengan penuh kasih wajah tua ibunya."Mommy sihat?" soal Elisha.
Puan Fariyah mengesat air mata Elisha dan mengangguk."Mommy sihat sayang. Kamu sihat?" soal Puan Fariyah.
Elisha mengangguk.Eskandar tersenyum tatkala melihat keadaan antara adik dan ibunya, sungguh dia rindu dengan suasana tersebut.
"Dah lah tu, nanti-nanti lah sambung drama pukul 7 korang tu. Sekarang ni adik naik atas dan bersihkan badan, lepas tu tidur. Esok nak start kelaskan? Ah sebelum tidur jangan lupa solat isyak." pesan Eskandar.
Puan Fariyah memukul lengan anak terunanya.
"Apa cakap macam tu? Drama kamu kata? Mommy rindu dekat anak dara mommy ni, dekat bertahun-tahun mommy tak pernah jumpa dia lepas mommy bercerai dengan daddy kamu." marah Puan Fariyah.Eskandar tertawa.
"Ye lah yelah." akhirnya Eskandar mengalah.
"Dah adik naik sekarang!" arah Eskandar.
YOU ARE READING
BUKAN KEHENDAKKU
RomanceKARYA KETIGA🌻 "I love when you shout my name sweetheart." ~ Iman Faliq. "Are you crazy Iman?" ~ Nur Imanina. "We have a same feeling, but not have a same world." ~ Eskandar Ethan. "No need to worry, I still behind you untill i die." ~ Nazim Haykal...