Iman faliq membuka matanya, dia melihat isterinya tiada di sebelahnya.
"Sayang?" Iman faliq bangkit dari baringnya, dia menggosok matanya dan berjalan keluar dari bilik.
"Farid?"
"Eh Faliq dah bangun dah kau. Kalau kau cari isteri kau, isteri kau ada di dapur tengah masak." Iman faliq hanya tersenyum."Farid aku nak.."
Farid tersenyum.
"Tak payah nak minta maaf, masing-masing kita masa tu tengah jahil. Yang pasti kau dah akui kesilapan kau dan aku sedar aku khilaf." Iman faliq tersenyum.Kaki terus mengatur langkah ke dapur, dan dia melihat isterinya sedang masak. Tidak tahu mengapa, dia melihat isterinya seperti sedikit berisi.
Iman faliq memeluk isterinya dari belakang.
"Good morning bidadari abang." Bisik Iman faliq. Imanina memandang suaminya, dia menahan senyuman dari terukir. Imanina kembali memandang masakannya.
"Hm morning. Abang duduklah dulu, saya nak masak ni." Balas Imanina dengan nada yang dingin.
Iman faliq tersenyum, di ciumnya kepala isterinya.
"Mana abah?""Abah pergi kebun." Balas Imanina sepatah.
Imanina mematikan dapur gas dan dia menurunkan makanan sebelum dia membawa makanan itu untuk di hidangkan."Abang pergi panggil abang Farid." Arah Imanina dengan senada. Iman faliq mengangguk.
"Far.."Farid tiba-tiba sahaja datang ke arah dapur.
"Aku dah datang ni, apa Iman masak?" Soal Farid dan tersenyum ke arah adik sepupunya.Imanina membalas senyuman tersebut.
"Iman masak mee goreng je abang. Lagipun ini kegemaran suami Iman dan kegemaran abah." Ujar Imanina dan memandang seketika suaminya.
"Seriuslah Iman."
"Ye." Balas Imanina dan Iman faliq serentak.
"Eh lupa, ada dua nama Iman dekat sini." Imanina tertawa kecil.
"Err, abang Farid.. Anak Iman teringinlah nak makan nasi kerabu."Farid tersenyum.
"Ye? Anak buah kesayangan uncle teringin nak makan nasi kerabu? Nanti uncle belikan ye." Berkerut dahi Iman faliq.
Anak Iman?
Imanina menyembunyikan senyuman.
"Faliq, makanlah apa yang kau termenungkan lagi? Sedap tau isteri kau masak ni." Iman faliq hanya tersenyum kelat dan mengangguk. Dia menekad akan bertanya kepada isterinya selesai mereka makan.
𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼
Imanina mencuci pinggan yang telah mereka gunakan. Iman faliq datang ke arah isterinya.
"Abang.. Apa ni? Saya tengah cuci pinggan ni." Iman faliq memusingkan isterinya.
"Apa maksud Iman pasal 'anak Iman'?" Soal Iman faliq tidak faham.
"Betullah, anak kita teringin nak makan nasi kerabu, tapi Iman tak reti nak masak nasi kerabu tu je." Iman faliq tersenyum lebar."Anak k-kita?" Imanina mengangguk.
Iman faliq tersenyum dan mengangkat isterinya.
"Tak lama lagi abang akan dapat anak dan Adam akan dapat adik!" Jerit Iman faliq.
Imanina tertawa riang.
"Abang turunkan Iman!" Iman faliq mencium bertalu-talu pipi munggil isterinya.Farid tersenyum melihat situasi antara suami dan isteri itu.
"Biar abang yang belikan sayang nasi kerabu okey?" Imanina tersenyum.
"Tapi abang Farid mesti dah belikan." Iman faliq menggeleng.
"Kejap, abang pergi jumpa dia. Kita pergi sekarang sayang nak?" Soal Iman faliq.
YOU ARE READING
BUKAN KEHENDAKKU
RomantikKARYA KETIGA🌻 "I love when you shout my name sweetheart." ~ Iman Faliq. "Are you crazy Iman?" ~ Nur Imanina. "We have a same feeling, but not have a same world." ~ Eskandar Ethan. "No need to worry, I still behind you untill i die." ~ Nazim Haykal...