𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 50 || H•S

197 4 4
                                    

Iman faliq duduk di balkoni rumah, di hadapannya kini ada sebuah tablet dan file. Namun tablet tersebut tidak sesekali menarik perhatiannya, kerana di mindanya kini adalah memikirkan peristiwa yang baru sahaja berlaku. Nur Imanina.

Alangkah bahagianya dirinya apabila mendengar Imanina belum menjadi milik orang, kerana dia dapat peluang untuk mendekatkan dirinya kepada Imanina. Dia yakin, Imanina adalah jodohnya.

Terukir senyuman di bibir si jejaka kacak.

Haziq masuk ke dalam bilik adiknya, berkerut dahinya melihat adiknya yang tersenyum-senyum sendiri.

"Oi! Kenapa kau senyum-senyum sendiri?" soal Haziq pelik.
Iman faliq menggeleng, matanya masih memandang langit yang berhiasi bintang-bintang.

"Ke kau tengah fikir pasal staff baru kau tu?" duga Haziq dan memandang dalam ke arah Iman faliq.

Iman faliq memandang abangnya.

"Kau rasa?"
"Heih, dia main rasa-rasa pula. Seriuslah bodoh!" Iman faliq ketawa.
"Aku seriuslah ni."
Haziq memicit pelipisnya.

Adam datang ke arah Haziq dan Iman faliq.
"Daddy, papa! Kenapa ni?" soal Adam polos.

Iman faliq dan Haziq memandang Adam.

Haziq mendukung Adam dan di dudukkan kanak-kanak itu di ribanya.
"Papa tak tahulah dengan daddy kamu ni, gila sebab panahan bakal mama baru kamu." Adam tertawa kecil.

"Papa nak tahu tak. Mama Iman kan baik sangat! Dia tak pernah marah Adam, dan dia bagi tau Adam panggil mama Iman mama." cerita Adam dengan teruja.

Iman faliq tersenyum mendengar luahan si sang kecil, sungguh dia juga berasa bersyukur. Kerana Imanina sudi mencurah kasih kepada Adam, walhal Imanina bukanlah ibu kandung kepada Adam.

Haziq mengangguk.

"Dia baik ke Adam?" Adam mengangguk laju.
"Mama Iman baik!"
"Adam nak tak kalau mama Iman jadi mama baru Adam?" soal nakal Haziq.

Iman faliq membulatkan matanya.

"Jangan ajar anak aku yang bukan-bukan Haziq." ugut Iman faliq. Haziq tidak mengendahkan amaran adiknya.

Adam mengangguk laju.

"Nak! Nak! Nak! Adam suka mama Iman jadi mama baru Adam, mama Iman baik papa! Tak sama macam aunty Syella. Aunty Syella selalu pukul Adam ops!" Adam dengan segeranya menutup mulutnya apabila terlepas cakap.

Senyuman Iman faliq serta-merta hilang. Pukul? Syella memukul anaknya?

Haziq terdiam sejenak.

"Pukul? Adam tak pernah pun beritahu daddy yang aunty Syella pukul Adam. Dekat mana aunty Syella pukul Adam? Beritahu daddy sekarang." soal tegas Iman faliq. Adam terdiam.

Haziq menggeleng kepala.

"Jangan garang sangat dengan anak kau ni Faliq, nanti dia takut dengan kau. Didik anak bukan menakutkan anak." pesan Haziq, dia mengelus kepala si kecil itu.

"Adam pergi cerita perkara yang sebenar dengan daddy. Nanti daddy marah, dia tak bawa Adam jumpa mama Iman." Adam menggeleng. No more see mama Iman? No!

Adam turut dari pangkuan Haziq dan berlari ke arah Iman faliq.

"Daddy, I'm sorry. I'm sorry cause didn't tell you. Adam takde niat taknak beritahu daddy, tapi aunty Syella cakap tak yah beritahu daddy. Kalau tak nanti dia hantar Adam ke rumah anak yatim, Adam taknak berjauhan dari daddy!" luah Adam tulus, mengalir air matanya. Masih terasa pukulan Syella terhadapnya, sehingha lebam di kerjakan.

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now