𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 45 || H•S

164 1 0
                                    

Haziq datang bersama anak dan isterinya ke rumah adiknya. Ingin menanyakan khabar mengenai adik bongsunya itu.

"Ni ke rumah Faliq sayang?" soal Aisha sambil mendukung Ziyad yang nyenyak di buai mimpi.
Haziq mengangguk.
"Kejap, biar abang ketuk pintu rumah dia."
Aisha hanya sekadar mengangguk.

Tok! Tok! Tok!

"Assalamualaikum Faliq! Faliq oh Faliq! Assalamualaikum!"

Pintu di buka.

"Waalaikummussalam eh kau Haziq. Masuklah sendiri je?" Haziq tersenyum dan menggeleng.
"Aku datang dengan anak bini aku, kau buat apa dekat sini Qal?"

Aiqal tersenyum.

"Panjang cerita dia, masuklah dulu. Mana anak dan isteri kau? Hye kak Aisha, masuklah. Kesian akak, baru je bersalin dah jalan-jalan." Aisha tersenyum dan melangkah masuk bersama Ziyad.

"Comelnya! Siapa nama dia ni?" soal Aiqal sambil memandang silih-berganti ke arah Haziq dan Aisha.

"Ziyad Mikael."
"Nice name bro!"
"Nak dukung? Dukung lah, practice. Nanti kau kahwin dengan anak tuan Darren, siapa nama dia? Hazel Darren kan?"

Diam terkutik Aiqal di buatnya.

"Er.. Aku panggil si Iman lah dulu."
Aiqal terus sahaja berlalu pergi, manakala Haziq tersenyum manis.

"Kejap! Hazel Darren? Do you mean Haze?"
Haziq mengangguk.
"Orang ramai kenal dia Haze, tapi nama sebenar dia Hazel." Aisha hanya sekadar tersenyum.

"Anak mama ni kenapa? Kejap ye, kita tunggu daddy Iman okey?"

Aiqal mengetuk pintu bilik Iman faliq.

"Iman oh Iman! Si Haziq datang rumah kau ni hah! Kakak ipar kau pun datang siap bawa anak buah kau Ziyad!" Iman faliq membuka pintu.

"Dari tadi ke diaorang sampai?" Aiqal menggeleng.
"Baru je, maybe nak jumpa kau lah tu. Pergi lah turun jumpa anak buah kau." Iman faliq hanya diam dan terus melangkah turun ke tingkat bawah.

Aisha melemparkan senyuman manis ke arah Iman faliq.

"Say hye to daddy Iman sayang. " Iman faliq tersenyum kecil.
"Hye Ziyad Hayder. "

Haziq tersenyum.

"Kenapa tak datang rumah beberapa hari ni? Kitaorang risau tahu tak dekat kau. Aku call-call kau tak angkat, aku call Faris dia kata dia tak tahu. Aku call Aiqal, Aiqal jawab kau dekat rumah kau dengan dia." Iman faliq tersenyum kelat.

Haziq memegang bahu adiknya.

"Kau ada masalah ke? Cerita lah, tak pernah-pernahnya kau macam ni. Selalunya kau lah yang paling bising, dan kau orang yang paling excited bila tahu isteri aku mengandung dan tak sabar-sabar nak dapat anak buah. Sekarang ni? Dengan muka yang sembam, wajah pucat. Apa kes ni Iman faliq?"

Iman faliq tidak menjawab, dia terus terduduk dan mengalirkan air mata dengan sangat deras. Terhinjut-hinjut bahunya dek kerana menangis yang teramat.

Haziq yang berasa terkejut terus sahaja menarik adiknya ke dalam dakapannya. Walaupun Iman faliq tinggi darinya dan badan yang sado agak sukar untuknya menarik kerana Iman faliq terlalu sado.

"Aku sayang dia Ziq aku sayang dia." Haziq memandang Aiqal sambil mengangkat keningnya.

Aiqal hanya tersenyum kelat.

"Aku berdosa dengan dia Haziq, kalau lah aku berterus-terang dengan dia. Benda ni takkan terjadi, dan aku takkan kehilangan dia." sambung Iman faliq, tangisannya kian menderas.

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now