Eskandar memerhati adiknya yang sedang menyikat rambutnya.
Terukir senyuman di bibir jejaka kacak itu, tidak sangka yang adiknya bakal menjadi isteri orang. Namun fikiran Eskandar ligat memikirkan seorang wanita yang dia temui di lapangan terbang Kuala Lumpur.
"Imanina.."
Dia kembali teringat. Semasa dia sudah tiba di lapangan terbang tersebut, dia ternampak Imanina dengan seorang lelaki yang dalam linkungan 40-an. Namun yang peliknya, Imanina seperti hendak pergi jauh.
'Mana Iman faliq? Bukan dia bercinta dengan si Iman kah? Ke diaorang putus?' desis hati Eskandar.Elisha memandang abangnya.
"Abang! Buat apa berdiri dekat situ?" soal Elisha.
Eskandar hanya tersenyum.
"Saja, kan tak lama lagi adik bakal jadi isteri orang. Mesti susah abang nak tengok adik macam ni, sebab sibuk berkepit dengan suami 24 jam." sindir Eskandar.Elisha tertawa.
"Err.. Adik, esok majlis adik. Iman datang ke?" soal Eskandar ingin tahu.
Ketawa Elisha mati apabila abangnya mengajukan soalan tersebut kepadanya."Iman bukan dekat Malaysia, Iman dah fly ke luar negara. Negara mana Sha pun tak tahu, katanya tak sempat sebab pihak universiti sudah menanti kehadiran dia. Jadi dia terpaksa pergi, yang datang abah dia je." keluh Elisha. Dia agak sedih, kerana di saat dia kahwin sahabatnya tiada bersamanya. Namun sedikit sebanyak dia berasa bersyukur kerana rezeki Imanina untuk sambung belajar semakin luas.
Eskandar tersenyum.
"Takpe, nanti dia ada masa dia baliklah okey?"
Elisha mengangguk.
"Dah tidur, esok hari bahagia adik. Tidur tau! Good night my sunshine."Eskandar menutup pintu bilik Eskandar. Dia kembali masuk ke dalam biliknya.
"Kalau dia tahu aku siapa, mesti dia akan benci aku."
Eskandar menarik nafas dalam.࿈ BUKAN KEHENDAKKU࿈
Iman faliq melabuhkan punggung di tilam kingnya. Dia melihat surat yang dari tadi di genggam penuh erat.
Perlahan-lahan air matanya mengalir.
Dengan hati yang cuba di kuatkan, Iman faliq membuka surat itu dengan perlahan-lahan.
Dear Imanfaliq,
Iman faliq membaca surat tersebut dengan di temani tangisan.
Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kepada awak. Sebab awak sudi berkawan dengan saya dan bercinta dengan saya. Awak kenalkan saya dengan mama awak, awak sudi beri peluang kepada saya untuk merasai kasih sayang seorang ibu. Awak beri saya peluang untuk merasai kasih sayang seorang nenek dan atok. Why Iman why? Why awak permainkan hati saya sedemikian? I'm hurt Iman faliq! I trust you so much, saya ingatkan awak lelaki lain daripada yang lain. Namun saya salah, saya salah anggap terhadap awak. Saya bodoh Iman, bodoh sebab percayakan awak. Bodoh sebab terlalu sayangkan awak. Lepas ni antara kita berdua tiada apa-apa hubungan lagi, cukup sampai di sini sahaja. Pergi lah awak kembali dengan bekas kekasih awak. Terima kasih sekali lagi kerana sudah menghancurkan kepercayaan saya.
YOU ARE READING
BUKAN KEHENDAKKU
RomanceKARYA KETIGA🌻 "I love when you shout my name sweetheart." ~ Iman Faliq. "Are you crazy Iman?" ~ Nur Imanina. "We have a same feeling, but not have a same world." ~ Eskandar Ethan. "No need to worry, I still behind you untill i die." ~ Nazim Haykal...