Imanina memandang sekelilingnya yang keputihan sahaja. Berkerut dahinya, dia di mana sekarang ni? Namun dia melihat seorang wanita di salah satu bangku panjang.
Imanina menyusun langkah ke arah wanita itu.
"Err, cik bol-" terbantut soalannya tatkala melihat wajah itu, persis seperti arwah uminya yang selama ini abahnya sering tunjukkan kepadanya.
Wanita itu tersenyum dan berdiri dan terus sahaja memeluk Imanina. Manakala Imanina kembali menangis, sungguh dia merindui arwah uminya.
"Umi.."
"Ye anak umi, kenapa ni menangis? Mana Nur Imanina umi yang kuat dan tabah?" Soal umi Imanina dan mengusap kepala anaknya.Imanina menggeleng.
"Iman dah malukan abah, dah malukan umi. Iman kena tangkap basah dengan majikan Iman sendiri umi, mesti orang cakap Iman ni murah umi." Luah Imanina dengan keadaan menangis.
Umi Imanina ataupun lebih di kenali sebagai Umayrah menarik anaknya untuk duduk.
Umayrah memegang pipi anaknya, di usap air mata yang mengalir.
"Siapa cakap Imani malukan umi dan abah? Umi dan abah bahagia sangat sayang nampak kamu dah kahwin, abah kamu tak pernah rasa malu dengan kamu sebab kena tangkap basah. Abah kamu tahu, ini bukan kehendak anak gadisnya. Semua ini perancangan Allah dan abah bahagia sangat. Begitu juga dengan umi, umi bahagia nampak kamu kahwin dengan lelaki sebaik Iman faliq."
"Mulut orang kita tak boleh nak tutup sayang, itu pilihan dia nak cakap apa tentang kita. Kita yang lalui segala onak-duri kehidupan, kita tak boleh nak cepat putus asa. Kamu kena kejar kebahagiaan kamu, dan kamu dah separuh jalan. Umi yakin, kebahagiaan yang kamu cari selama ini ada dengan Iman faliq suami kamu. Kamu cuma perlu terima dia."
Imanina menggeleng.
"Susah umi, tak tahu kenapa. Setiap kali lihat wajah Iman faliq, Imani ada rasa sesuatu. Dia macam ada kaitan dengan kisah rogol Imani." Umayrah tersenyum dan mencium dahi anaknya.
"Umi tahu, bukan senang nak terima apa yang telah terjadi dengan kamu, jadi umi minta sayangi Iman faliq." Ujar Umayrah dan berdiri.
Berkerut dahi Imanina, di pegang tangan lembut uminya.
"Umi nak pergi mana? Imani masih nak lama-lama dengan umi." Umayrah tersenyum.
"Ini bukan tempat kamu sayang, tempat kamu adalah berada di sisi suami."Imanina menggeleng.
"Bagi lah Imani luangkan masa dengan umi sekejap."
Umayrah tersenyum manis sehingga teroancwr cahaya di wajahnya.
"Ingat pesan umi ni wahai anak perempuanku Nur Imanina. Jaga air muka si sang suami, jaga tingkah laku kamu, kalau nak keluar beritahu si sang suami. Jikalau dia kata jangan keluar, janganlah keluar. Jaga pemakanan suami. Jangan tinggi suara dengan suami faham anak umi? Janji dengan umi yang kamu akan jadi anak dan isteri serta ibu yang baik?"Imanina mengangguk laju.
"Imani janji umi!"
Umayrah tersenyum dan mencium pipi anaknya.
"Umi jalan dulu, berbahagia dengan suami kamu ya.""Umi! Umi! Umi!"
"Umi!" Imanina tersedar dari lenanya.
"Iman.. Kenapa ni sayang?" Soal Iman faliq risau. Sungguh dia berasa risau dengan keadaan isterinya."Kita dekat mana sekarang ni?" Soal Imanina tidak menjawab soalan Iman faliq.
"Dekat bilik, saya risau dekat awak yang berendam lama-lama dalam tandas. Sekali saya rempuh pintu tandas tu, saya nampak awak terbaring dekat tub dan pengsan."Imanina hanya tersenyum lemah.
"Terima kasih sebab risaukan saya."
Iman faliq menggeleng dan memegang tangan isterinya.
"Mestilah saya risau awak sayang, awak isteri saya dan awak adalah tanggungjawab saya mulai sekarang. Segala kesihatan, keselesaan, duit dan juga pemakaian adalah tanggungjawab saya."Imanina tersenyum.
"Saya akan usaha untuk jadi isteri yang baik untuk awak."
Iman faliq tersenyum.
"Awak rehat, saya nak masakkan awak bubur. Esok kita pulang Pahang."Berkerut dahi Imanina.
"Balik Pahang? Jadi macam mana dengan percutian kita? Adam? Kesian dekat dia, kita datang nak pergi bercuti tapi lain pula jadinya." Iman faliq tersenyum.
"Pasal Adam pandai-pandai lah saya pujuk, lagipun dia tengah jalan-jalan dengan Aiqal."
"Dia tahu ke kita dah nikah?" Iman faliq mengangguk.
"Dah, dia lah orang paling happy. Dan dia tak sabar nak pulang Pahang sebab boleh cerita dekat semua orang dia pun ada mama." Usik Iman faliq.Imanina tertawa kecil.
"Awak rehat okey sayang? Nanti kalau Adam dah pulang saya suruh dia jumpa awak. Sekarang rehat, saya nak masakkan bubur untuk awak."
iiii
Aiqal termenung duduk melihat Adam yang sedang bermain pasir. Terukir senyuman manis di bibirnya.
Tiba-tiba datang seorang lelaki berkaca mata hitam duduk di sebelahnya. Lelaki itu mengukir senyuman sinis ke arah Aiqal. Aiqal hanya memandang biasa lelaki itu.
"Apa kau nak datang dekat dengan aku? Tak puas lagi bunuh orang huh?" Sindir Aiqal dan bersandar, dia memerhati Adam. Kut-kut datang gila lelaki itu menculik Adam.
Lelaki itu membuka kaca matanya.
"Kau takya nak sindir-sindir aku lah Qal, kalau kau sendiri macam setan juga." Aiqal memandang tajam ke arah lelaki itu.
"Apa maksud kau Faris?"Ya Faris! Kawan lama mereka yang telah lama menghilang setelah kematian arwah isteri Iman faliq. Namun itu dulu sahaja mereka berkawan.
Faris tersenyum sinis, dia menyilangkan kakinya dan memandang Adam yang sedang seronok bermain pasir.
"Kau kan yang buat aduan pasal si Faliq dan Imanina supaya diaorang kena tangkap basah?" Duga Faris.Aiqal terdiam, memang benar dia yang buat aduan. Namun bukan hendak memerangkap Iman faliq dan Imanina, tetapi dirinya dan Hazel.
"Betulkan?"
"Tak! Kau tak tahu apa-apa Faris, kau jangan nak buat cerita kalau kau tak tahu cerita sial!" Tengking Aiqal dan berdiri, terasa mendidih apabila dirinya di tunjuk kerana memerangkap kawan baiknya sendiri.Faris tersenyum sinis.
"Kawan jenis apa kau ni? Kalau Faliq tahu perkara sebenar, confirm kau akan di benci. Kononnya kawan baik, tapi tikam belakang." Sindir Faris lagi.
"Kau!" Aiqal mencengkam kolar baju Faris, bila-bila masa sahaja penumbuk Aiqal akan lepas di wajah tampan milik Faris.
Aiqal tersenyum sinis.
"Takde guna aku bertikam mulut dengan lelaki tak faham bahasa macam kau." Ujar Aiqal dan memandang Adam.
"Adam.. Jom pulang, daddy and mama mesti risau dekat Adam."Adam tersenyum dan berlari ke arah Aiqal.
"Jom!"
Faris hanya tersenyum sinis memandang Aiqal dan Adam berlalu pergi.
"Acah-acah baik, tapi diri sendiri macam setan." gumam Faris sendiri, datang pula seorang wanita memeluk Faris dari arah belakang."U becakap dengan siapa Faris?" Soal Syella dan mencium lelaki itu. Faris menggeleng.
"Nothing sweetie, cuma terjumpa kenalan lama." Syella hanya mengangguk faham.Faris memandang atas bawah Syella. Sexy! Hanya berpakaian dress pendek dan potongan leher yang besar sehingga menampakkan lurah buah dadanya.
"I think you make me crave with you babygirl, let's go back to our villa and make some fun." Ujar Faris dan mengangkat Syella ala bridal.
Aiqal yang sedari tadi memerhati Faris tersenyum sinis.
"Sepatutnya kau yang di tangkap basah, bukan Imanina dan Faliq, takpe. Benda boleh buat aduan lagi kan?"
![](https://img.wattpad.com/cover/301110584-288-k362829.jpg)
YOU ARE READING
BUKAN KEHENDAKKU
RomanceKARYA KETIGA🌻 "I love when you shout my name sweetheart." ~ Iman Faliq. "Are you crazy Iman?" ~ Nur Imanina. "We have a same feeling, but not have a same world." ~ Eskandar Ethan. "No need to worry, I still behind you untill i die." ~ Nazim Haykal...