Iman faliq memandang isterinya dan sedang tekun menyediakan sarapan sekeluarga.
"Kenapa Faliq?" Soal puan Faridah. Iman faliq menggeleng dan tersenyum, dia duduk di meja makan.
"Mana Adam?" Soal puan Faridah lagi.
"Dekat !atas dengan Haziq, kejap lagi turun.""Tokma! Daddy! Assalamualaikum dan good morning!" Iman faliq tersenyum.
"Waalaikummussalam and goor morning anak daddy. Good morning Ziyad!"Ziyad tersenyum.
"Good morning daddy, err. Mana mama?" Soal Ziyad mencari Imanina.
"Dekat dapur, kejap lagi datang." Ziyad hanya mengangguk.Imanina datang ke arah meja dan duduk di sebelah suaminya.
"Morning mama!" sapa Ziyad dan Adam serentak. Imanina tertawa kecil.
"Good morning anak-anak mama."
Iman faliq tersenyum.
"Hari ni abang hantar Adam pergi sekolah."
"Betul ni?" Iman faliq mengangguk."Adam, lepas makan salam nenek mama papa dan mommy lepastu naik kereta faham? Ziyad taknak ikut daddy?" Soal Iman faliq memandang anak buahnya itu.
Ziyad menggeleng.
"Papa nak hantar takpelah. Biar Ziyad ikut papa ye daddy." Iman faliq tersenyum dan mengangguk.
𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼
Iman faliq duduk meja kerjanya, dia meregangkan badannya setelah habis menyiapkan semua kerjanya. Tiba-tiba dia teringat akan sampul yang di bagi oleh pekerjanya. Hatinya terdetik hendak membuka sampul tersebut.
Iman faliq membuka laci meja kerjanya dan mengambil sampul tersebut.
Kepada: Iman faliq
Tidak tahu mengapa, hatinya berdebae-debar hendak membuka sampul tersebut. Iman faliq memegang dadanya.
'Kenapa aku rasa berdebar ni?' Desis hati Iman faliq. Dia menggeleng kepala dan di buka perlahan-lahan sampul tersebut.
Dia tarik sedikit isi sampul tersebut dan terdapat gambar di dalam sampul tersebut.
Iman faliq seperti di sambar petir melihat gambar yang tertera di hadapannya itu. Gambar isterinya yang sedang tidur dengan lelaki lain, namun dia tidak dapat tentukan siapa lelaki itu.
Hati lelakinya hancur.
"Im-Imanina?" Soal Iman faliq sendiri dengan tergagap. Dia tidak menyangka bahawa isterinya sudah pernah terlanjur.
Di luar pejabat Iman faliq, Imanina berdiri dan menaiki lif. Dia datang ke pejabat suaminya tanpa memberitahu kerana ingin memberi kejutan kepada suaminya, Imanina siap membawa bekal yang telah dia masak.
Berhenti sahaja lif tersebut, Imanina melangkah ke arah bilik Imanina.
"Riz, tuan Faliq ada di dalam kan?" Fariz mengangguk. Imanina tersenyum.
"Terima kasih, saya masuk dulu."Imanina terus melangkah dan mengetuk pintu bilik.
"Masuk."
Imanina menguak pintu dan tersenyum ke arah suaminya.
"Assalamualaikum abang, Iman datang bawa bekal untuk abang."Iman faliq memandang isterinya.
YOU ARE READING
BUKAN KEHENDAKKU
RomansKARYA KETIGA🌻 "I love when you shout my name sweetheart." ~ Iman Faliq. "Are you crazy Iman?" ~ Nur Imanina. "We have a same feeling, but not have a same world." ~ Eskandar Ethan. "No need to worry, I still behind you untill i die." ~ Nazim Haykal...