𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 47 || H•S

159 3 0
                                    

Beberapa tahun kemudian..

"Daddy!" jerit Adam Amshar.
Iman faliq memandang ke arah anaknya sambil tersenyum manis.
"Kenapa ni anak daddy?" soal Iman faliq dan mendukung anaknya, di cium seketika budak lelaki itu. Wajah dan kulit Adam yang putih sungguh mengikuti dirinya, manakala matanya mengikut bentuk arwah isterinya. Shazrani.

Ya, dia sudah berkahwin dengan seorang wanita pilihan keluarganya. Namun bukan menandakan dia telah berpindah hati dari seorang wanita bernama Nur Imanina, dek kerana bapa dan mama mentuanya hendak seorang cucu. Jadi dia terpaksa merealisasikan permintaan mereka, walaupun pada mulanya dia berkahwin dengan arwah isterinya atas perjodohan keluarga. Namun dia tetap menghormati permintaan keluarga arwah isterinya.

Mereka telah berkahwin lima tahun lepas, dan mendapat cahaya mata pada tahun kelima mereka berkahwin. Dan isterinya meninggal semasa melahirkan anak mereka, Muhammad Adam Amshar.

Iman faliq tersenyum melihat telatah anaknya.
"Aktif anak awak, sama macam awak sayang. I'm so proud to have a children with you Shazrani."

Hatinya tidak pernah berinjak hendak mencintai mana-mana wanita. Lagi-lagi selepas kematian Shazrani, dia berjanji tidak akan membuka hatinya untuk mana-mana hati melainkan dia telah bertemu dengan seorang wanita bernama Nur Imanina.

"Daddy, nanti kita pergi holiday nak?" soal Adam sambil tersenyum.

Iman faliq tertawa kecil dan mengangguk.

"Sure my son. Tapi sebelum pergi bercuti, bagi daddy siapkan semua kerja daddy dulu okey?" Adam mengangguk laju.

"Abang Ziyad! Tunggulah Adam!"
"Cepat Adam! Abang nak main ni."

Adam memandang Iman faliq.

"Daddy, Adam pergi main dengan abang Ziyad dulu bye!" pamit Adam dan berlari ke arah Ziyad.
Iman faliq hanya mampu menggeleng kepala.

Haziq duduk di sebelah adik lelakinya.

"So esok kau dah sedia nak turun pejabat?" soal Haziq, bukan dia tidak tahu. Selepas kematian isterinya, dia tidak pernah turun kerja dek kerana menghormati kematian isteri yang pernah bertakhta di hatinya buat seketika sahaja.

Iman faliq tersenyum dan mengangguk.

"Walau macam mana pun, aku kena teruskan kehidupan aku. Aku perlu jaga Adam, dia je sekarang ni harapan aku. Lepas arwah Shazrani meninggal, aku rasa hidup aku kembali kosong, tapi aku kena kuat demi Adam. Anak kitaorang."

Haziq mengangguk faham.

"Tak sangkakan, kau boleh perlahan-lahan jatuh cinta dengan arwah Shazrani dan ada anak dengan dia."

Iman faliq tersenyum.

"Perancangan Allah, memang pertama aku kahwin dengan dia atas dasar perjodohan keluarga. Sepanjang perkahwinan kitaorang, aku acuh tak acuh je dengan dia. Tapi dia tetap jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang isteri, sampailah umi dan abah dia nak sangat cucu. Dekat situ aku dah mula jatuh cinta dengan dia, jatuh hati dengan sifat penyabarnya. Tapi tak sangka, bila aku dah jatuh cinta. Allah ambil balik apa yang dia pinjamkan, dan Allah gantikan Muhammad Adam Amshar."

Haziq tersenyum.

"Mungkin jodoh kau dengan orang lain lagi, siapa tahu bukan."

Iman faliq menyandarkan tubuhnya, matanya masih ralat ke arah anak lelakinya.

"Siapa? Iman? Jangan-jangan dia pun dah kahwin dah dengan Eskandar."

Selepas dia tahu keberadaan Imanina, dia berniat hendak mencari Imanina di Italy. Namun setelah dia sampai di Italy, sedang dia jalan hendak ke salah satu restoran ternama di Italy. Dia ternampak Imanina tersenyum manis dengan seorang lelaki yang amat dia kenali, dari situ hatinya mula hancur. Penantiannya selama ini hanya sia-sia, dan sejak detik itu. Iman Faliq cuba untuk mencintai isterinya arwah Shazrani.

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now