𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 9 || H•S

160 1 0
                                    

"Betul ke ni Hawa? Yang Iman tu dah pernah kena sentuh?" soal Hafiz tidak percaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Betul ke ni Hawa? Yang Iman tu dah pernah kena sentuh?" soal Hafiz tidak percaya.

Hawa mengangguk.

"Aku tak sangka weh, aku tengok Iman tu baik je, lepas tu pendiam. Tak sangka dia ni liar." ujar Hafiz dengan riak wajah yang tidak percaya.

Hawa tertawa.

"Tu lah kau, kitaorang cakap taknak percaya. Jadi kau masih nak bertaruh perasaan dengan si Iman yang kotor tu?" soal Hawa sinis.

Hafiz menggeleng laju.

"Memang tak lah! Orang dah pakai kot, taknak lah aku." Jerit Hafiz.

Hawa tersenyum sinis.
'Berjaya juga aku merosakkan nama baik perempuan sundal tu.'

Imanina berlari.

Tuan Zakri yang melihat anaknya berlari,terus mengejar dan di tariknya naik kereta.

"Anak abah ni kenapa?" soal Tuan Zakri dan mengesat air mata anaknya.
"Abah, Iman nak pulang abah, Iman taknak duduk sini." Luah Imanina sambil menangis teresak-esak.
Tuan zakri mengangguk laju.
"Ye ye, kita pulang. Dah abah taknak tengok anak abah menangis, abah nak pergi jumpa maklong kamu dulu." Ujar tuan Zakri.

Tuan Zakri keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah.
Orang kampung telah memandang tuan Zakri dengan pandangan serong.
Tuan Zakri mendengar setiap bisikan-bisikan syaiton eh bukan. Bisikan penghinaan terhadap anaknya.
'Kesian, tak pandai didik anak dengan baik sampai anak buat benda yang bukan-bukan.'

'Tu lah, bangga sangat dengan kecantikan anak sendiri. Sampai anak buat zina pun dia buat tak tahu.'
Dan banyak lagi tohmaan yang di lemparkan oleh penduduk kampung, namun tuan Zakri berbuat pekak dan berjumpa dengan kak longnya.

"Kak Zakri pulang dulu." Pamit Zakri.

Puan Azizah mengangguk lemah.
"Maafkan kakak Zakri, bukan kehendak kakak nak bongkarkan rahsia ni tapi kakak engkau si Hazimah tu. Kakak pun tak tahu apa yang dia tidak puas hati dengan arwah Rasyidah." Pohon Puan Azizah.

Tuan Zakri hanya trersenyum kelat.

"Segala rahsia yang kita simpan rapi akhirnya terbongkar, tak pe lah kak. Pasti ada hikmah di sebalik semua ni." Balas tuan Zakri dengan datar.

"Ye lah kak, saya nak bawa Iman pulang." Pamit tuan Zakri dan berlalu pergi.

Dia berhenti di hadapan Hazimah dan Ishmah.
"Terima kasih sebab telah taburkan segala fitnah terhadap anakku. Suatu hari nanti kebenaran pasti terbongkar." Kata sinis tuan Zakri dan berlalu pergi.

Dia terus menaiki kereta dan memandu meninggalkan rumah puan Azizah.

"Puas hati kau Hawa?" soal Nazim.
Hawa memandang Nazim dengan riak wajah yang cuak.

"Eh Nazim, bila awak sampai?" soal Hawa sambil tersenyum gedik, dia memegang tangan Nazim namun di tarik kasar oleh Nazim.
Elisha berada di sebelah Nazim hanya sekadar tersenyum sinis.

"Puas hati kau malukan dia depan khalayak ramai? Puas hati kau bongkarkan aib dia?" soal Nazim, menunggu sahaja masa untuk apinya Meletus.

Hawa tersenyum sinis.

"Ya, hati saya puas sebab semua orang pandang hina dia! Awak tu, terlalu sayang dekat dia, padahal dia tu kotor, jijik hina!" bentak Hawa.

Nazim tanpa sedar telah menampar pipi Hawa.

Hawa memegang pipinya.
"Kau ingat tamparan tu sampai kau mampus! Kau ingat Hawa, aku takkan pernah cintakan kau dan tidak akan pernah cinta perempuan murahan bernama Hawa Adawiyah!" laung Nazim dan berlalu pergi meninggalkan rumah Puan Azizah.

Elisha tersenyum sinis.
"Kau dah kecewakan Nazim, kau nak pikat dia tapi kau main cara kasar." Sindir Elisha dan mengejar Nazim.

Hawa mengetap rahang.

"Tak pe Hawa, yang penting kau dah malukan Imanina." Ujar Farisha meujuk Hawa.
Hawa menggeleng.

"Aku malukan dia, sebab aku nak si Nazim tu benci dia. Tapi dia bukan benci, malah dia semakin sayang dan dia bencikan aku!" bentak Hawa.

"Nanti kau pandai-pandai lah goda si Nazim tu. Kau kan pro bab-bab menggoda ni." Kata Farisha ingin menyedapkan hati Hawa.

Hawa hanya diam.

°

°

°

°

°

°

°

°

Imanina terus sahaja masuk ke dalam biliknya dan menangis semahunya di bantal.

"Iman anak abah, jangan macam ni nak. Abah tahu semua tu bukan atas kehendak kamu, jangan dengar apa yang mak ngah kamu cakap tu. Dia cemburu dengan kamu dan arwah mama, sebab kamu berdua ada apa yang mereka tiada. Anak abah ni orangnya cantik dan bijak serta anak abah ni berbudi bahasa orangnya. Tak macam si Hawa anak mak ngah tu, kurang adab, busuk hati dan kuat cemburu. Anak abah ni kuat kan?" pujuk tuan Zakri.

Imanina hanya diam dan menangis semahunya.
Tuan Zakri melepaskan keluhan berat.

"Abah tahu, anak abah mampu harungi pelbagai rintangan yang Allah beri." Kata tuan Zakri dan berlalu pergi dia memberi ruang kepada anaknya untuk menenangkan diri.

Manakala Imanina hanya menangis dengan teresak-esak.
"Bukan kehendakku ingin seperti ini, bukan kehendakku untuk kehilangan dara pada saat aku belum bergelar isteri. Tapi ini semua kehendak Ilahi." Ujar Imanina.

Dia mengesat air matanya.

'Ya Allah, kau kuatkan aku untuk kuat harungi segala rintangan pahit manisnya kehidupan.' Desis hati Imanina.
Dalam keadaan dia menangis tanpa dia sedar dia mulai terlelap.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now