𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 33 || H•S

113 1 0
                                    

"Makcik Kiah! Masak apa tu?" soal Imanina dengan mesra.
Makcik Kiah tersenyum.
"Masak nasi goreng untuk sarapan kamu." balas makcik Kiah.
Imanina tersenyum.

Dia terus sahaja menyediakan pinggan dan garpu di atas meja.

"Makcik Kiah dah buat air? Kalau belum biar lah Iman yang buat." kata Imanina.
"Belum, tapi Iman pandai ke buat air?" soal Makcik Kiah ingin mengusik.

Imanina tertawa kecil.

"Makcik, saya bukan nak belagak. Tapi itu salah satu kepakaran saya tau!" kata Imanina dengan bangga.
Makcik Kiah ketawa.

"Ada-ada saja kamu ni Iman, pergi lah buat. Tapi buat air nescafe tau. Sebab Tuan Amran tak minum air teh." pesan makcik Kiah.

"Baik bos!"

Imanina terus mengambil teko untuk membuat air. Sedang dia membuat air, Puan Kalsum datang ke dapur.

"Amboi, meriah je dapur dengar korang gelak ketawa. Sampai atok dekat ruang tamu pun ikut tergelak." usik Puan Kalsum.

Imanina memandang Puan Kalsum sambil tersenyum.

"Eh nenek. Kejap ye nek, sikit lagi air nak siap." ujar Imanina dengan lembut.
Puan Kalsum tersenyum.
"Rajin bakal isteri Faliq ni, untung Faliq dapat kamu." usik Makcik Kiah.

Imanina mencuit pinggang makcik Kiah sebelum dia menghantar teko tersebut ke meja makan.

"Oh mak kau meletup tercabut terburai! Eh Isteri Faliq! Eh bertuah punya budak Iman!" kata makcik Kiah.

Puan Kalsum ketawa apabila mendengar pembantu rumahnya itu melatah.

Siap sahaja makcik Kiah masak dia terus membawa nasi goreng tersebut ke meja makan.
"Iman, pergi panggil Faliq makan." kata puan Kalsum kepada Imanina.

"Baik nek, atok?" soal Imanina.
"Atok biar nenek yang panggil."

Imanina mengangguk.

Dia berjalan ke bilik Iman faliq, namun di ketuk berkali-kali tiada sahutan. Dia terdengar bunyi dari gym.

'Maybe dia dekat gym kot.' desis hati Imanina dan berjalan menuju ke gym.

Apabila dia membuka pintu gym, dia melihat Iman faliq sedang bersenam. Lebih menyeramkan, Iman faliq tidak memakai baju. Hanya memakai seluar pendek paras lutut. Terpaparlah dadanya yang berbentuk dengan sempurna, serta sixpacknya yang tersusun cantik di perut seksi jejaka kacak itu.

Iman faliq yang menyedari kedatangan Imanina terus memandang ke arah Imanina. Dia tersenyum melihat Imanina yang terpaku menjamah tubuh tegapnya. Dia menghentikan kegiatannya.

"Why sayang? Tergoda dengan saya ke?" sindir Iman faliq.
Imanina serta-merta menggeleng laju.
"Nenek panggil makan." kata Imanina dan hendak berlalu pergi.

Iman faliq terus mengejar Imanina dan menarik tangan si gadis molek itu.
"Kenapa nak laju-laju ni? Bukan ke mana pun meja makan tu." usik Iman faliq.

'Tadi sukakan, sekarang dah dekat. Jamah lah puas-puas sayang oi!' desis hati Iman faliq.

Imanina menggeleng.
"Nenek dan atok tengah tunggu tu. Jom lah!" ajak Imanina lagi.

Iman faliq tersenyum.

"Yelah, by the way. Nanti lepas makan jom jalan-jalan, petang ni kita nak balikkan." kata Iman faliq.
Imanina hanya sekadar mengangguk.
"Suka kan jamah tubuh seksi saya ni?" usik Iman faliq.
"Mana ada!"

Iman faliq ketawa terbahak-bahak.

Mereka berdua jalan menuju ke meja makan.
"Hah datang juga kamu. Jom makan." ujar tuan Amran.

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now