𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 22 || H•S

132 1 0
                                    

Iman faliq bergegas masuk ke dalam kampus, dia mengerling ke arah jam. Dan menunjukkan pukul 7:59 pagi.

Dia memaki dirinya sendiri.
"Argh! Kalau aku tak pergi club semalam dan minum terlalu banyak. Tak lah aku lambat macam ni." desis hati Iman faliq.

Dia terus menerjah pintu kelas, tersentak dengan itu satu kelas memandangnya.
Iman faliq menarik nafas.

Dia memperbetulkan bajunya, kemudian berjalan duduk di sebelah Imanina. Dia ternampak juga Syella memberinya isyarat untuk duduk di sebelahnya, namun dia membuat tidak nampak dan terus duduk di sebelah Imanina.

"Good! Finally sampai juga encik Iman Faliq, saya ingatkan taknak datang kelas dah." sindir tuan Kamal.

Iman faliq hanya melemparkan senyuman manis.
Dia menarik nafas.

'Yes plan harus di mulakan sekarang.' monoloh Iman faliq sendiri.

Beberapa jam mereka di dalam kelas akhirnya kelas bakal berakhir.

"Baiklah! Sebelum kelas berakhir,saya ada tugasan untuk kamu. Tugasan ni memerlukan dua orang dalam satu kumpulan sahaja. Dan ahli tersebut biar saya yang pilihkan, suka atau tidak suka peduli apa saya." ujar Tuan Kamal.

Pelajar di dalam kelas tersebut masing-masing mengeluh.

Iman faliq hanya membuat riak wajah biasa, manakala Imanina sudah tidak senang duduk. Dalam hatinya berharap agar dia bersama Uwais.

"Baiklah, saya sudah memilih beberapa pasangan. Iman faliq awak bersama..." belum hsbis tuan Kamal meneruskan penerangannya.

Syella memotong ayatnya.

"Saya dengam Iman Faliq sir!" jerit Syella tanpa segan-silu.
Iman faliq memandang Tuan Kamal dan menggeleng kepala.

"Nope! Siapa kata? Saya tak sanggup tengok awak berkepit 24 jam dengan Iman Faliq. Iman faliq akan berpasangan dengan Nur Imanina. Mana Nur Imanina sini? Angkat tangan."
Kepala Tuan Kamal tercari-cari keberadaan Imanina.

Mata Imanina membulat.

Uwais pula sudah menggeleng kepala, habis!
Lemah-longlai Imanina mengangkat tangannya.

"Okey Ni Nur Imanina. Ingat Imanina, awak berpasangan dengan Iman faliq okey? Uwais, awak bersama Syuhada! And u Syella, u dengan Aiqal faham?"
"Sir apa tugasan dia?" soal seorang student.

"Good question Farah! Tugasan dia senang sahaja, pergi ke sebuah negeri. Di mana-mana lah, Selangor kah, Pahang, or Sabah. Dan pilih satu tempat di dalam negeri itu dan tolong ambil gambar dan cara mereka menguruskan kewangan mereka. Macam contoh dekat Sabah, kauorang tangkap bandar Kota Kinabalu. Setiap gambar tersebut sekalikan dengan huraian, bagaimana bandar tersebut boleh maju dan bagaimana mereka menguruskan kewangan mereka, jika memerlukan soal selidik. Di persilakan di benarkan untuk menyoal selidik. Faham?" soal Tuan Kamal.

"Faham sir!"

"Kepada pelajar-pelajar yang belum mempunyai pasangan, jumpa dengan saya. Jangan harap nak single, tak penat ke korang single terus?" sindir Tuan Kamal dan tertawa.

Iman faliq memandang Imanina.

"Iman, lepas ni ikut aku faham?" soal Iman faliq dengan dingin.
"Nak..."
Iman faliq terus berdiri dari kerusinya, dia menyembunyi senyum. Rancangannya bakal bermula.

Imanina memandang Uwais.
"Uwais, saya gerak dulu ye. Kalau Nazim cari saya cakap je saya ikut Iman faliq berbincang." pamit Imanina.

Uwais tersenyum dan mengangguk.
Imanima terus sahaja berjalan keluar mengejar figura Iman faliq.

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now