𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 38 || H•S

116 1 0
                                    

Iman faliq tersenyum tatkala melihat Datin Faridah, kakak iparnya dan Imanina sedang tergelak-ketawa.

"Amboi, happynya." usik Imam faliq.
Puan Faridah memandang anaknya.

"Eh Faliq, kitaorang belum habis masak ni. Nanti dah siap mama suruh Iman panggil kamu dan abang kamu." ujar puan Faridah dan kembali berbual dengan menantunya dan bakal menantunya.

Imanina memandang seketika ke arah Iman faliq yang dari tadi memerhatikannya. Dia menjelir lidah ke arah Iman faliq dan menyambung berbual dengan puan Faridah.

Iman faliq hanya mampu menggeleng kepala.

Memang macam ni ke perempuan? Mentang-mentang jumpa bakal mentua yang masuk air, terus lupakan kita yang lelaki ni.

Iman faliq melangkah ke arah abangnya yang sedang menonton cerita kartun. Ni lagi sorang dah nak jadi bapa orang pun, perangai pun masih macam budak-budak.

"Hoi! Kau nonton apa tu?" soal Iman faliq dan duduk di sisi abangnya.

Dia menggeleng kepala, kalau upin&ipin aku masih boleh terima. Ni masalahnya yang dia nonton ni cerita my little pony. Aku pun tak boleh terima syiak!

"My little pony ni huh. Best siak cerita dia, kau kena nonton. Nanti kau ada anak, ni juga yang bakal kau nonton." ujar Haziq, matanya masih tertumpu ke arah telivision.

Iman faliq menggeleng kepala.

Dia mengetuk kepala abangnya dengan kuat menggunakan alat kawalan jauh.
"Apakah bodoh sangat abang aku ni? Cuba jadi matang sikit bijak! Kau tu tak lama lagi nak jadi bapa bongok!" maki Iman faliq kepada abangnya.

Haziq menggosok kepalanya.

"Sakit bijak! Kau ni." Haziq menggosok-gosok kepalanya yang terasa sakit itu.
"Bulan berapa akak Aisha bersalin?" soal Iman faliq.

"Haritu doktor kata bulan depan." mata Haziq masih lahi tertumpu ke arah kaca television.
Iman faliq hanya mengangguk.

Otaknya cuba untuk menerima cerita my little pony itu. Argh otak aku hilang! Macam mana abang aku boleh terima cerita ni? Bodoh punya abang nak jadi bapa pun still bebal. Harap-harap anak dia ikut perangai macam mama dia waras plus cantik.

"Pfft.. Pfft!"

Iman faliq berkerut.

'Siapa pula nak urat aku ni?' desis hati Iman faliq dan memerhati di luar rumah, namun malangnya tiada sesiapa di luar.

Siapa boleh masuk ke dalam rumah? Rumah ni mempunyai privasi yang kuat.

"Pffft!"

Iman faliq memandang ke arah laluan di antara hendak ke dapur dan ke balkoni.

Terukir senyuman manis di bibir jejaka kacak itu, Iman faliq mengangkat keningnya.
"Sini lah dulu!" panggil Imanina.

Iman faliq tertawa kecil dan mengangguk.

"Apa dia sayang?" soal Iman faliq dengan lembut.
Imanina tersenyum.
"Saya nak panggil awak makan, sekali dengan abang awak. Tapi awak sibuk tengok luar, entah apa yang awak tengok." gumam Imanina. Sebenarnya dia lah yang memanggil Iman faliq, namun Iman faliq memandang ke luar sahaja.

Iman faliq meletuskan ketawanya.

"Tak, saya ingat perempuan mana lah yang boleh tembus masuk ke dalam rumah family saya ni. Rupanya awak." kata Iman faliq.

Imanina menggeleng kepala.

"Ada-ada je awak ni. Dah jom makan, panggil abang Haziq sekali. Akak Aisha dah tunggu dia tu." arah Imanina dan berlalu pergi.

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now