𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 52 || H•S

188 4 2
                                    

Imanina membimbing tangan Adam agar tidak berjauhan dari dirinya, manakala Iman faliq menarik beg-beg miliknya serta milik Imanina. Terukir senyuman manis di bibir si jejaka kacak itu, sudah seperti bercuti bersama keluarga kecil sahaja.

Imanina dan Adam duduk di salah satu kerusi yang telah di sediakan.

"Adam dan mama Iman tunggu sini, sementara menunggu panggilan penerbangan kita." arah Iman faliq dan turut duduk di sebelah Imanina, di silangkan kakinya dan dia memandang Imanina yang dari tadi asyik tersenyum dan bergelak ketawa bersama Adam.

Adam hanya mengangguk.

"Hm, tuan-"
"Kita dekat luar Iman, tak payahlah panggil saya tuan. Panggil je Iman, kalau nak lagi sedap telinga mendengar panggil abang atau sayang." usik Iman faliq sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipinya yang dalam di kiri dan kanan.

Imanina tertawa kecil.

"Baiklah Iman, lama lagi ke penerbangan kita?" soal Imanina dan memandang sekilas ke arah jejaka kacak itu, tidak mampu menatap lama wajah tersebut. Tidak tahu mengapa, ada satu perasaan yang menakutkan ada di dalam hati Imanina.

"Hm, kejap lagi kot."

Panggilan penumpang MH221, kapal terbang akan berlepas sebentar lagi.

Adam yang mendengar pengumuman tersebut tersenyum lebar.

"Daddy, mama! Dengarkan? Jomlah jomlah!" panggil Adam dan menarik tangan Iman faliq dan Imanina.

Imanina tertawa kecil dan mengangguk.
"Ok, ok jom! Jom daddy." pelawa Imanina dan memegang tangan Adam.

Kaki menyusun langkah hendak ke balai pelepasan.

iiii

Haziq memandang kosong kerusi yang berada di hadapannya, failnya berada di hadapannya tidak menarik perhatiannya langsung. Tidak tahu mengapa, hatinya tidak berasa sedap apabila mengetahui adiknya dan Imanina akan berlepas ke Langkawi.

Tok! Tok!

"Masuk!"

Aiqal masuk ke dalam bilik kerja Haziq. Terukir senyuman di bibir si jejaka kacak itu.
"Hey bro!" sapa Aiqal dan berjabak tangan.

Haziq tersenyum dan menyambut huluran tangan Aiqal. Tanpa di pelawa, Aiqal terus sahaja duduk di kerusi.

"Apa hal kau datang pejabat aku ni Qal? Tak pernah-pernahnya kau nak jejak kaki ke pejanat aku melainkan urusan kerja. Ye lah, almaklum sibuk dengan kerja." usik Haziq.

Aiqal tertawa kecil.

"Salah kah aku nak jumpa kau? Lagipun Faliq takde kan? Dia lergi bercuti dengan Imanina dan anaknya." Haziq hanya mengangguk.

Aiqal tersenyum.

"Apa kau fikir ni Ziq? Macam ada sesuatu yang kau runsingkan, ceritalah apa dia? Mana tahu aku boleh bantu kau."

Haziq tersenyum.

"Entahlah Qal, hati aku tak sedap bila tahu Imanina dan Iman akan bercuti sama-sama. Bukan sebab aku tak percaya diaorang, tapi seolah-olah ada benda yang akan menimpa diaorang berdua."

Aiqal mengerutkan dahinya.

"Maksud kau?"

Haziq berdiri dan duduk di sofa biliknya, dia melonggarkan tali lehernya.

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now