𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 55 || H•S

220 5 0
                                    

Imanina memandang ke luar beranda sambil melihat ke arah jarinya yang tersarung cincin express. Ibu Iman faliq ataupun lebih kepada ibu mentuanya memberinya.

'Ak-aku dah nikah..' Monolog Imanina sendiri.
"Mama!" Jerit Adam dan memeluk Imanina. Imanina hanya tersenyum kecil.

"Apa mama buat dekat luar sendiri? Daddy marah mama ke? Did he hurt you mama? Told to me, and I will punch him cause mad and hurt my beautiful mama." Ujar Adam dengan penuh risau, tiada sesiapa boleh sakitkan hati mamanya.

Imanina tertawa sendiri.

"Tak sayang, daddy tak marah pun mama. Mama cuma rindu dengan tok abah. Abah mama." Adam mengangguk faham. Adam naik ke atas pangkuan Imanina dan memeluk erat Imanina.

"Mama.."
"Ye sayang.."

"Kalau Adam nak jumpa tok abah boleh?" Soal Adam penuh harapan. Imanina mengangguk.
"Sudah semestinya boleh sayang, nanti mama bawa Adam jumpa tok abah okey?" Adam mengangguk laju.

Iman Faliq pula dari pada tadi memerhati gelagat anaknya dan isterinya. Terukir senyuman di bibir jejaka kacak itu.

"Daddy!"
Imanina memandang Iman faliq, di perbetulkan tudung yang di pakai. Iman faliq hanya tersenyum kecil, dia melangkah ke arah Imanina dan Adam.
"Kenapa anak daddy tak tidur lagi ni? Dah lewat."

Adam tersenyum lebar.

"Saja, Adam nak duduk dengan mama." Iman faliq tersenyum, dia mengambil Adam dan memangku anaknya.
"Alah daddy, Adam nak duduk di peha mama lah daddy!" Iman faliq mencium pipi.
"Tak kesian dekat mama ke? Mama penat tu, esok kita nak balik." Berkerut dahi Adam.

"Balik? Tapi daddy, kita baru je sampai Langkawi daddy. Takkan nak balik esok?"

Iman faliq menggosok kepala anaknya.

"Ye daddy tahu sayang. Tapi daddy ada urusan dengan mama, nanti kalau ada masa terluang daddy bawa Adam pergi bercuti di luar negara nak?"

Adam memuncungkan mulutnya sambil mengangguk.

"Right now, go to sleep." Adam mengangguk faham. Di cium pipi daddynya dan turun dari pangkuan Iman faliq.
"Good night daddy."
"Good night my prince."

Adam berjalan ke arah Imanina.
"Mama come closer to me."
Imanina menunduk sedikit memandang Adam, dengan serta mertanya Adam mencium bibir Imanina.

"Good night mama, sleep well." Ujar Adam dan berlalu pergi. Imanina pula tertawa kecil, terasa comel dengan sifat anaknya itu.

Iman faliq tersenyum melihat pemandangan itu. Hm untunglah kau Adam, dah awal-awal rasmikan bibir idaman daddy.

Imanina yang perasan akan pandangan Iman faliq mengangkat kening ke arah suaminya.
"Apa pandang-pandang?" Soal garang Imanina.

Iman faliq tertawa.

"Garangnya mrs. Iman kita ni." Imanina menjeling dan berdiri hendak masuk ke dalam rumah.
Baru beberapa langkah dia berjalan, terasa ada tangan yang menarik dirinya untuk duduk. Imanina kini telah selamat mendarat di tubuh tegap milik Iman faliq.

Mata bertentangan mata.

Iman faliq memerhati setiap inci wajah isterinya, di matanya Imanina begitu sempurna. Wajah yang cantik, putih dan sifat yang lemah lembut. Namun ada satu perasaan seperti wanita ini adalah wanita yang selama ini mereka cari-carikan, tetapi dia tahu ini cuma perasaannya.

Mana mungkin wanita yang pernah menjadi sejarah hitamnya itu akan dia jumpa kerana dia sendiri tidak mengetahui keberadaan wanita itu.

Imanina terus memukul dada Iman faliq.

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now