𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 23 || H•S

119 1 0
                                    

Iman faliq berdiri di hadapan kaunter.

"Kau duduk lah dulu, aku nak order makanan. Kau nak apa?" soal Iamn faliq.
"Saya ikut awak je lah." balas Imanina.

Iman faliq hanya mengangguk.

"Saya nak spaghetti carbonara 2 dan orange juice 2." pesan Iman faliq.
Wanita yang berada di kaunter itu mengangguk dan tekun menekan pesanan yang di pesan Oleh Iman faliq.

Kepala Iman faliq berpusing untuk memandang Imanina.
'Macam mana aku nak try dia? Tengok gaya macam susah je, tapi kenapa Eskandar boleh dan aku tak boleh? Aku tahu, mesti si Eskan guna cara paling smooth sekali sebab tu perempuan ni boleh sangkut dengan dia.' desis hati Iman faliq.

'Tak pe, aku try dulu dia dengan cara beri duit. Kalau tak berkesan kita buat paling smooth.' desis hati Iman faliq lagi.

"Encik! Kesemua sekali Rm300." kata perempuan yang menjaga kaunter itu.
Iman faliq hanya menyerahkan kredit kadnya.

Selesai sahaja dia membayar, baru sahaja dia ingin melangkah ke arah meja yang Imanina duduk. Telefon bimbitnya berbunyi dan memaparkan nama abang sulungnya di kaca telefon.

Waalaikummussalam kenapa long?

Kau dekat mana Iman? Kau tak masuk pejabat ke?

Err,tak aku tak masuk. Aku ada tugasan dekat kampus ni, so aku tak masuk. Kau je lah gantikan aku ye long?

Hm yelah. By the way, malam ni kau stay mana? Kau tidur dekat rumah kau lagi ke?

Tengoklah macam mana, not sure lagi. Yelah Long, cau lu.

Panggilan di matikan.
Dia berjalan menuju ke arah Imanina.

"May i ?" soal Iman faliq.
Imanina mengangguk.

"So, kau nak kita pergi mana?" soal Iman faliq dengan tenang.
"Mana-mana awak je lah. Saya ikut awak." balas Imanina sambil tersenyum.

Iman faliq berfikir sejenak.

"Okey! Aku dapat! Kita pergi Pahang amacam?" soal Iman faliq dan menongkat dagu di hadapan Imanina, sengaja ingin mencairkan Imanina.

Imanina menundukkan pandangannya tatkala matanya bertentangan dengan mata helang Iman faliq.

"B-boleh je." balas Imanima tergagap.
"Comel je aku tengok kau malu-malu,jangan nalu-malu lah. Sebab kita kena lah ada chemistery supaya projek kita ni berjalan dengan lancar okey sayang?" soal Iman faliq dengan romantik.

Imanina mengangguk lemah.

"Bila kita pergi Pahang?" soal Imanina lagi.
"Hujung minggu ni,biar aku ambil kau hari sabtu ni, lagipun esokkan hari jumaat. Esok takde kelas ann?" balas Iman faliq.

Imanina mengangguk.

"Kejap sebelum tu, berapa hari kita dekat sana?" soal Imanina lagi.
"Dua minggu, sekali boleh release tention . kau okey kan?" duga Iman faliq.

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now