𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 44 || H•S

131 1 0
                                    

Alpha berdiri menanti seseorang, manakala Gabriel sedang khusyuk bermain permainan video.

Seorang jejaka berjalan penuh berkarisma ke arah Gabriel dan Alpha. Tersenyum kecil Alpha melihat rakannya yang semakin kacak dan bergaya itu.

Alpha menghulur tangan berjabak tangan bersama jejaka tersebut dan di peluknya.

"Welcome home Eskandar Ethan! " terukir senyuman di bibir Eskandar.
"Mana Lucas? Kau dengan Gabriel je?" Alpha mengangguk.

"Lucas busy dengan syarikat." Eskandar tersenyum dan mengangguk.

Telefon Gabriel berbunyi, dia melihat nama Lucas terpampang.

Hah Hello asal?

Sekarang?

Haah dah ambil dah ni, baru nak gerak.

So kitaorang singgah rumah kau dulu?

Okok.

Panggilan di matikan.

"Jom lah gerak, Lucas suruh singgah rumah dia sekejap." Eskandar hanya sekadar mengangguk. Manakala Alpha terlebih dahulu jalan.

xxx

Imanina duduk di meja hujung cafe tersebut sambil memandang luar bandar Italy. Imanina menghirup air yang di pesan.

Fikirannya ligat memikirkan kenangan-kenangan pahit yang dia lalui di Malaysia. Di gelengkan kepalanya berkali-kali.

"Kau kena bangkit Imanina! Kau dah janji kan yang kau akan mulakan kehidupan baru kalau kau dah jejak kaki di tanah Italy ni? Kau boleh je lah hidup tanpa si Iman faliq, akan ada lelaki yang boleh jaga kau!" pujuk Imanina.

Dia membuang pandangannya.

"Sabar lah dulu! Kau ni pun, tak lari lah si Alice a.k.a scandel kau tu! Aku nak beli cappucino kejap. Kau nak ke?" Eskandar menggeleng.
"Tak baik untuk kesihatan." Gabriel tersenyum selamba.

"Bukan selalu pun, hari-hari je." seloroh Gabriel, Eskandar hanya menggeleng kepala.
"Jom temankan aku dulu!"
"Cafe mana? Malas aku jalan." Gabriel merengek.

"Alah jomlah!" Eskandar mendengus geram.
"Cepatlah bodoh!"
Gabriel tersenyum manis.

"Alpha, kau taknak ikut?" Alpha menggeleng kepala.

Eskandar dan Gabriel turun dari kereta. Mereka pergi ke adah cafe yang sering kali Gabriel pergi.

Eskandar berjalan masuk ke dalam cafe di mana, cafe yang Imanina sedang menenangkan jiwanya.

Imanina memejamkan matanya.

Gabriel jalan ke kaunter dan memesan air yang dia inginkan. Eskandar pula duduk di salah satu meja yang berdekatan dengan Imanina, namun masing-masing tidak menyedari antara satu sama lain.

Eskandar membuka telefonnya. Terukir senyuman di bibir si jejaka kacak itu tatkala melihat lockscreennya , di mana gambar Imanina sambil tersenyum manis. Walaupun dia tahu, Imanina kini bukan miliknya. Namun hatinya tetap untuk Nur Imanina sahaja.

"Pretty girl. "

Imanina mengesat air matanya, tidak tahu mengapa. Dia asyik memikirkan Iman faliq, setiap kali dia memikirkan lelaki itu, air matanya pasti mengalir dengan sangat deras.

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now