𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 49 || H•S

162 4 4
                                    

"Uargh!"

Iman faliq mendengus geram, di tarik nafas dalam-dalam. Menahan segala amarahnya.

"Adam.. Jangan lah macam ni, daddy nak pergi kerja ni."

Adam menggeleng sambil menangis.

"Adam taknak sekolah! Adam benci sekolah!"
"Muhammad Adam Amshar!"

Adam terdiam.

Iman faliq menarik nafas dalam, dia memandang seketika cikgu Anis yang turut terkejut dek kerana Iman faliq melenting.

"Kenapa Adam benci sekolah? Tak baik tau macam ni, daddy takde ajar anak daddy untuk benci sekolah." pujuk Iman faliq.

Adam menggeleng.

"Adam tak suka bila kawan-kawan semua cerita pasal mommy diaorang. Tapi Adam? Adam takde nak cerita sebab Adam takde mommy." luah Adam dengan sayu.

Cikgu Anis dan Iman faliq saling berpandangan.
"Cikgu hari ni Adam tak sekolah."
Cikgu Anis hanya sekadar tersenyum dan mengangguk faham.

Pandangan Iman faliq teralih ke arah anaknya. Di usap lembut kepala anaknya.

"Jom ikut daddy pergi pejabat daddy, okey my prince? "
Adam hanya sekadar mengangguk. Kemudian, dia masuk ke dalam kereta.

Iman faliq memandang cikgu Anis sambil tersenyum kecil.

"Maaflah cikgu sebab menyusahkan. Tak pasal-pasal pagi-pagi buta cikgu dah nampak drama anak beranak."

Cikgu Anis tertawa kecil.

"Takde hal lah encik Iman. Biasa lah budak-budakkan."

Iman faliq hanya sekadar mengangguk.

"Saya pergi dulu, dah lambat nak masuk pejabat ni." pamit Iman faliq dan berlalu pergi.
Cikgu Anis tersenyum manis, ah encik duda ini sentiasa kelihatan hot sahaja di pandangannya.

"Amboi cikgu Anis, pandang duda hot tu tak terkelip." usik cikgu Mierah.
Anis tertawa.
"Ada-ada sajalah cikgu Mierah ni, dah jom masuk."

"Tak salah mencuba, lagipun Adam kan nak sangat mommy. Mana tahu cikgu dapat menambat hati Adam sekali dapat mencuri hati si duda beku tu." usik Mierah kemudian berlalu pergi.

Anis tersenyum seketika, betul kata Mierah. Tidak salah jikalau mencuba. Cikgu Anis masuk kembali ke dalam taska sambil tersenyum lebar.

°

°

°

°

°

°

Imanina memandang jam. Fuh nasib tak lambat.

"Nice Imanina! Hari ni kau datang awal! Nasib tuan Faliq belum sampai, ada urusan lah tu."

Imanina tersenyum manis.

"Selalunya jam berapa tuan Faliq datang ke pejabat?" dia melabuh di kerusi yang telah di sediakan di mejanya.
"Selalunya dah sampai, tapi tak tahu kenapa hari ni lambat."

Imanina mengangguk faham.

"Ah tu tuan Faliq dah sampai, aku gerak dulu. Fighting! "

Iman faliq berjalan masuk ke dalam pejabat bersama Adam.

Adam pula dari tadi telah menarik perhatian pekerja-pekerja Iman faliq dek kerana kecomelan yang di miliki persis seperti bapanya. Kacak dan juga putih.

Imanina tergamam.

Iman faliq dah kahwin? Cepatnya dia melupakan aku, tapi.. Aku siapa nak marah dia? Aku yang tinggalkan dia, jadi aku kena terima kenyataan.

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now