𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || Special chapter || H•S

387 5 1
                                    

"Abang!" Jerit Imanina dari tingkap rumah tuan Zakri.

Iman faliq yang sedang menghidupkan api memandang ke arah isterinya. Kemudian, dia memandang pula ke arah Nazim dan Eskandar.

"Apa hal Iman tu Faliq?" Soal Eskandar pelik. Iman faliq mengangkat bahu.
"Kejap biar aku pergi periksa. Nazim, Eskan. Korang sambung hidupkan api tu." Nazim dan Eskandar hanya sekadar mengangguk.

Iman faliq berlari ke arah isterinya.

"Kenapa sayang?" Soal Iman faliq risau. Dia melihat isterinya sudah menangis teresak-esak sambil menunjuk ke arah Ryan dan Harraz yang sedang bermain menggunakan alat solek Imanina.

Iman faliq menggeleng kepala.

"Ryan Aayden. Harraz Mikhael." Panggil Iman faliq dengan tegas.
Ryan dan Harraz memandang bapanya dengan terkebil-kebil.
"Kenapa main alat solek mama ni?" Soal Iman faliq dengan lemah-lembut.
Ryan hanya tersenyum selamba.
"Seronok lah daddy." Iman faliq tersenyum.

"Ni kan barang mama, tengok mama dah cry. Apa daddy ajar?" Soal Iman faliq dengan penuh sabar.
"Jangan buat mama menangis, nanti masuk neraka." Jawab serentak Ryan dan Harraz.

"So what you should say if mama crying because of you?"
Ryan dan Harraz berlari ke arah Imanina.
"Mama. Sorry." Ujar Ryan dan Harraz.

Imanina tersenyum dan memeluk anak-anaknya. Bertambah menangis Imanina di buatnya. Iman faliq melihat seketika ke arah anak perempuan yang masih tidur nyenyak, mujur tidak terbangun kerana mama dan abang-abangnya buat hal.

"Mama. Stop crying." Imanina hanya mengesat kasar air matanya dan mengangguk.
Adam yang kebetulan lalu menjenguk ke dalam bilik.
"Mama are you okey? Why are you crying mama? Something wrong? Did daddy do? Daddy?" Soal Adam dengan penuh possesive.

Iman faliq tertawa kecil.

"Ask your little brother Adam Amshar." Adam memandang garang ke arah adik-adiknya. Adam paling pantang melihat mamanya menangis, ia mampu membuatkan Adam bertukar watak menjadi garang dan tegas.

"Ryan, Harraz ikut abang. Jangan ganggu mama lagi, kita main dekat bawah dengan abang Ziyad dan abang Daniall sekarang. Kakak Inara, adik Halisya dan adik Hanifah nak datang." Ryan memandang abangnya.

"Tapi nak cium adik Mawar." Adam menggeleng.
"Adik Mawar tengah tidur, nanti kita cium dia." Ryan dan Harraz hanya mengangguk.

Iman faliq tersenyum ke arah anaknya, Adam Amshar kini lebih matang dan bijak mengawal situasi. Dia beralih pula kepada isterinya semula, Iman faliq memeluk isterinya dan di cium ubun-ubun Imanina.

"Sayang, berhentilah menangis. Ryan dan Harraz kan masih kecil biasalah tu, budak-budak baru nak membesar." Imanina hanya memeluk erat suaminya.

"Tapi diaorang makin nakal abang, Iman rasa Iman bukan mama yang baik untuk anak-anak Iman." Luah Imanina dan menangis.

Iman faliq mengangkat wajah isterinya.

"Apa kata macam tu sayang? Isteri abang ni lah ibu yang paling baik. Sayang jangan terlalu ambil hati, Insha Allah kalau anak-anak kita dah membesar diaorang akan jadi anak-anak yang soleh dan solehah. Dah takmau menangis-nangis, nanti Adam tengok lagi di sangka abang yang buat. Tak pasal-pasal abang kena tidur luar, padahal ini berpunca dari Ryan dan Harraz."

Imanina tertawa kecil.

Nurrisa Mawar merengek.

Iman faliq dan Imanina memandang serentak.
"Biar abang yang handle. Sayang pakai tudung, kita keluar. Kejap lagi Aiqal dan Haze nak datang." Imanina hanya mengangguk.

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now