𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 40 || H•S

149 2 0
                                    

Sepanjang ujian di jalankan, Imanina dan Iman faliq tidak pernah bertemu mahupun bertegur-sapa. Jikalau Iman faliq hendak mendekati Imanina, Imanina pasti akan mengelak atau mencari alasan untuk tidak bersama-sama dengannya. Ini membuatkan hati Iman faliq tidak sedap hati, kerana Imanina tidak pernah sedemikian dengannya. Sehinggakan hari terakhir ujian pun mereka berdua tetap sedemikian.

Apabila ujian sudah tamat, Imanina cepat-cepat mengemas barangnya dan berlalu pergi dari dewan tersebut. Iman faliq cepat-cepat mengejar figura Imanina, dia memegang tangan Imanina.

"Iman, kenapa beberapa hari ni awak macam menjauh dari saya?" soal Iman faliq pelik. Sungguh dia pelik dengan kekasih hatinya, dia ada buat apa-apa kah sehingga membuatkan hati Imanina menjauh darinya.

Imanina hanya diam, dia menarik kasar tangannya dan berlalu pergi. Sekali lagi Iman faliq memegang tangan Imanina.

"Apa awak nak Iman?" soal Imanina dengan nada yang meninggi.
Iman faliq terdiam sejenak untuk pertama kalinya dia melihat Imanina meninggi suara dengannya.
"Iman.. Saya ada buat benda yang salah ke? Sampai buat awak berubah macam ni? Awak tak pernah tinggi suara dengan saya Iman." soal Iman faliq datar, dia agak kecewa dengan sifat Imanina.

Imanina tersenyum sinis.

"Cuba awak tanya diri awak sendiri Iman. Apa yang buatkan diri saya ni berubah." bentak Imanina, dia menarik kasar tangannya dan meninggalkan Iman faliq sendirian.

Iman faliq cuba berfikir seketika.

"Kenapa ni Faliq?" soal Aiqal pelik dia menepuk belakang sahabatnya itu.
"Aku tak tahu kenapa Iman tiba-tiba macam ni, sebelum ni ok." luah Iman faliq.
"Aku rasa, Faris ada cakap sesuatu dengan Iman sehingga si Iman menjauh dari kau."

Iman faliq memandang Aiqal.
"Apa maksud kau ni Qal?" soal Iman faliq pelik.
"Taklah, beberapa hari yang lalu. Lepas kau hantar Imanina, Faris pergi jumpa Imanina, lepastu aku nampak muka Iman macam sembam. Maybe lepas menangis." terang Aiqal.

Mata Iman faliq membulat.

"Jangan-jangan si Faris bagitahu dekat Iman tentang dare tu." duga Aiqal.
"Tak! Itu dulu, memang betul aku bercinta dengan sebab dare, tapi lama-kelamaan aku makin sayang dia." luah Iman faliq, dia cuba mengawal air matanya dari mengalir.
Aiqal menepuk belakang Iman faliq.
"Pergi cerita perkara sebenar, supaya dia tak salah faham dengan kau." arah Aiqal dengan lembut.

Iman faliq terus berlari mengejar Imanina.

Imanina duduk di kerusi tempat oranh beriadah. Imanina menangis semahu-mahunya. Mengapa mesti dia yang harus melalui kesakitan ini? Sungguh sakit, kalau bunuh diri itu tidak berdosa. Barang-kali itu lah benda pertama yang dia lakukan.

Iman faliq menoleh ke kiri dan ke kanan mencari figura Imanina. Apabila dia menoleh ke kanan,dia melihat Imanina sedang duduk di salah satu kerusi. Dengan sepantas kilat, Iman faliq berlari dan mendapatkan Imanina.

"Imanina.."
Imanina mengangkat wajahnya, apabila dia melihat Iman faliq, Imanina hendak berdiri. Namun di halang oleh Iman faliq.

"Please Iman, dengar dulu penjelasan saya." rayu Iman faliq.
Imanina kembalu duduk, dia tidak memandang Iman faliq.
"Jadi betullah apa yang Faris cakap tu? Awak memang pergunakan saya je?" soal Imanina.

Iman faliq duduk di sebelah Imanina.
"Ya memang betul."
Imanina memandang wjaah Iman faliq dengan riak wajah yang kecewa.
"Tapi.. Itu sebelum saya betul-betul kenal awak Iman, bila saya betul-betul kenal awak. Saya jatuh cinta dengan awak, saya sayang awak sangat-sangat." luah Iman faliq.

Imanina menggeleng.

"Cukup sampai di sini Iman. Hati saya betul-betul hancur. Orang yang saya sayang rupanya selama ni permainkan saya, awak sengaja nak hancurkan hati saya. Sebab awak tahu saya ni perempuan kampung, saya terlalu innocent sebab tu senang awak permainkan."

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now