Tuan Zakri balik ke rumahnya, dia melihat terdapat sebuah kereta mewah di hadapan rumahnya.
Dia menyimpan motornya dan naik ke rumah. Jejaka tersebut terus sahaja turun dari keretanya.
"Uncle Zakri!" laung jejaka itu.
Tuan Zakri tergamam dengan apa yang dia lihat."Apa kamu buat dekat sini Farid? Sejak bila kamu sampai sini?" soal Tuan Zakri.
Farid menyalam Tuan Zakri dan mencium tangan tuan Zakri dengan lama.
"S-saya datang nak melawat uncle dan Iman." kata Farid takut.
Tuan Zakri tersenyum dan menepuk belakang anak saudaranya."Jom masuk dalam." pelawa tuan Zakri.
Farid tersenyum.
"Kamu duduk lah dulu, uncle nak buat air." ujar tuan Zakri.
Farid menggeleng kepala."Tak payah susah-susah uncle, uncle pun saya nampak baru pulang. Duduk lah kita bersembang, lama dah tak berbual dengan uncle." luah Farid.
Tuan Zakri tersenyum dan turut duduk di hadapan Farid.
"Uncle apa khabar?" soal Farid.
"Sihat alhamdulillah, kamu apa khabar?" soal Tuan Zakri.Farid tersenyum manis.
"Sihat uncle."
"Ke mana kamu menghilang? Bertahun-tahun kami cari kamu. Kemana kamu pergi?" soal Tuan Zakri ingin tahu.Farid tersenyum kelat.
"Saya sambung belajar dekat luar negara uncle,saya nak lupakan sejarah hitam saya dekat sini. Saya tak sanggup tengok wajah mulus Iman, sebab saya dia terpaksa tanggung segala caci maki dari orang kampung. Saya banyak dosa dengan Iman dengan uncle." luah Farid.
Tuan Zakri tersenyum.
"Uncle dah lama maafkan kamu, Iman pun dah lama maafkan kamu. Iman sekarang dah ada kehidupan baru dia, uncle yakin dia sekarang tengah bahagia di samping orang yang dia sayang." kata tuan Zakri.
"Macam mana uncle? Susah uncle untuk saya maafkan diri saya, saya tak dapat nak jaga Iman, padahal saya cuma ada satu adik sepupu perempuan. Tu pun saya susah nak jaga." luah Farid.
"Kamu kena lah maafkan diri kamu sendiri, kalau uncle dan Iman dah maafkan kamu. Kenapa kamu tak boleh maafkan diri kamu? Manusia layak dapat peluang kedua, sedangkan Allah memaafkan hambaNya yang membuat dosa,ini kan pula kita ni yang sekadar hambaNya." pesan Tuan Zakri.
Farid tersenyum.
"Baiklah uncle. Err, uncle mana Iman? Saya nak jumpa dia, rindu sangat nak tengok dia." luah Farid.
"Iman sambung belajar dekat UUM. Sekarang dia dekat Pahang dengan kawan dia, sebab ada projek perlu dia selesaikan." kata tuan Zakri.
Farid tersenyum bahagia.
"Alhamdulillah, cerah masa depannya. Lagipun dia tu budak bijak."
Tuan Zakri mengangguk."Tapi uncle dengar, pihak universiti nak hantar dia ke luar negara." kata tuan Zakri.
"Oh ye? Huwa! Sambung jelah. Sayang tu, peluang besar sayang kalau di tolak." balas Farid sambil tersenyum.
"Tulah uncle suruh dia terima juga, dia kata dia memang terima dia akan gerak ke luar negara dua bulan dari sekarang."
Farid hanya mampu tersenyum,syukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya adik kesayangannya menjumpai jalan kehidupannya sendiri.
°
°
"Ann, panggil Jeremy masuk bilik saya sekejap." arah Eskandar dengan dingin.
"Baik tuan!"
YOU ARE READING
BUKAN KEHENDAKKU
RomanceKARYA KETIGA🌻 "I love when you shout my name sweetheart." ~ Iman Faliq. "Are you crazy Iman?" ~ Nur Imanina. "We have a same feeling, but not have a same world." ~ Eskandar Ethan. "No need to worry, I still behind you untill i die." ~ Nazim Haykal...