𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 43 || H•S

107 3 2
                                    

Eskandar berdiri memandang adiknya.

"Are you ready Elisha ?" Elisha tersenyum tawar. Eskandar tersenyum.
"Berdebar ke tu?" Elisha memukul lengan abangnya.
"Abang! Sha tengah berdebar ni!" Eskandar tertawa kecil.
"Rilek lah, doa semoga urusan kamu di permudahkan." Elisha mengangguk.
"I hope so abang. Kan best kalau Iman ada sekali, boleh dia temankan Sha sekarang." Eskandar tersenyum dan menggosok lembut rambut adiknya.

"Iman mesti gembira tengok kawan baik dia ni dah nak bergelar isteri." Elisha tersenyum.
Datin Fariyah masuk ke dalam bilik Elisha.

"Ya Allah! Cantiknya anak mommy! Eh Eskan, kamu ada dekat sini?" Eskandar tersenyum dan mengangguk.

Tiba-tiba tubir mata datin Fariyah berair. Eskandar tersenyum dan usap perlahan air mata ibunya. Begitu juga dengan Elisha, tiba-tiba menangis.

"Argh! Janganlah menangis, nanti luntur make up Elisha. Mommy stop crying! Nanti mommy tak cantik." usik Eskandar dan menarik adik dan ibunya ke dalam dakapannya.

Datin Fariyah hanya tertawa kecil. Manakala Elisha mengelap air matanya perlahan-lahan.

"Jom, diaorang dah tunggu kita tu."
Elisha berjalan perlahan-lahan keluar dari bilik tersebut dan terus melangkah masuk ke dalam kereta.

Nazim memandang dirinya di pantulan cermin.

"Nazim! Cepat bersiap! Kita dah lambat nak pergi masjid ni!" laung ibunya dari luar. Nazim hanya diam. Tidak tahu mengapa, hatinya terasa kosong. Bukan ini yang dia impikan, dia impikan berkahwin dengan Imanina bukan Elisha.

'Iman.. Kenapa kau buat aku macam ni? Kau tahu kan aku sayang kau, kau anggap aku ni main-main ke semasa luahkan perasaan aku terhadap kau. Mampu kah aku lalui kehidupan aku dengan perempuan yang aku tak cintai?' desis hati Nazim.

"Nazim!"
Nazim mendengus geram dan keluar dari bilik.
"Hah keluar juga kamu, cepat sikit! Rombongan dah tunggu dah dekat masjid tu!" Nazim hanya diam dan berlalu pergi.

Kereta yang di pandu oleh pemandu Eskandar terhenti di depan masjid.

"Nazim belum sampai?" Elisha mengangkat bahu.
"Belum lah mommy, sebab tiada kereta Nazim Dha tengok." Eskandar tersenyum.

"Nanti adalah tu, sabarlah."
"Hah tu kereta dia! Adik dan mommy pergi lah dulu, biar Eskan yang tunggu tok kadi." datin Fariyah dan Elisha terus sahaja turun tatkala melihat Nazim dan sekeluarga turun dari kereta.

Eskandar berdiri di hadapan keretanya.

"Hye abang Eskan.." Eskandar mengangkat keningnya.
"Masuklah dulu, abang nak tunggu tok kadi ni." Nazim tersenyum dan melangkah masuk.

Ramai wanita memandang ke arah Eskandar yang kacak memakai baju melayu serta samping. Eskandar tampak kacak serta kemas sahaja di lihat.

Tok kadi pun kelihatan bersama para jemaahnya. Eskandar bersalaman bersama tok adi.

"Jemput masuk tok." Tok kadi tersenyum dan mengangguk.

"Baiklah saya tengok pengantin lelaki dan perempuan pun sudah ada, sebelum tu. Mana bapa ataupun wali kepada pengantin perempuan?"

Eskandar mengangkat tangannya.

"Saya abang kepada pengantin perempuan."
"Taknak nikahkan adik saudara?" Eskandar memandang Nazim seketika.
"Boleh ke?"
"Boleh apa tidak boleh, di persilakan saudara untuk menikahkan adik tuan. Saya akan berada di samping tuan."

Eskandar mengangguk dan berganti tempat. Kini dia berada betul-betul di hadapan Nazim.

Eskandar menghulurkan tangannya dan di sambut oleh Nazim.

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now