𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 62 || H•S

317 3 0
                                    

Beberapa tahun kemudian...

"Daddy kata kita nak pulang ke kampung mama. Jauh ke kampung mama daddy?" Soal Adam.

Iman faliq tersenyum.

"Tak jauh pun Adam, hurm Adam dah kemas baju? Kita nak mandi sungai dekat sana tau." Adam melompat keriangan.
"Yes mandi sungai! Adam pergi jumpa adik-adik bye daddy!" Pamit Adam dan berlari ke bilik Imanina.

Iman faliq hanya menggeleng.

Adam kini telah mencecah 16 tahun, manakala si kembar Ryan Aayden dan Harraz Mikhael pula telah mencecah sembilan tahun.

"Mama!" Jerit Adam masuk ke dalam bilik Imanina.
"Kenapa Adam?" Soal Imanina dengan lembut. Mujur si kembar itu tidak tidur.
"Abang.."

Adam tersenyum, di cium pipi Ryan dan Harraz.

"Mama dah kemas baju untuk Ryan dan Harraz?" Soal Adam dengan perlahan. Imanina tertawa kecil dan mengangguk.
"Adam dah kemas? Kejap lagi kita nak gerak pulang kampung." Adam mengangguk.

Ziyad masuk ke dalam bilik Imanina.

"Hye Ryan, hye Harraz." Sapa Ziyad dan mencium pipi gebu Ryan dan Harraz.
"Ziyad nak pergi mana ni? Hansem nampak." Soal Imanina pelik, kemas semacam sahaja dia melihat anak saudaranya itu.

Ziyad tertawa kecil.

"Ziyad nak hantar Daniall pergi sekolah, lepas tu Ziyas terus pergi gelanggang training basketball." Imanina hanya sekadar mengangguk.
"Ye lah ma, Ziyad jalan dulu. Hati-hati, mana daddy?"
"Dekat dalam bilik kerja dia." Ziyad mengangguk dan terus pamit.

Setelah siap kerja, Iman faliq terus sahaja keluar dari bilik kerjanya dan melangkah untuk mengambil baranh-barang untuk di masukkan ke dalam keretanya.

"Daddy.." Iman faliq memandang anak saudaranya.
"Amboi, hansem-hansem ni nak ke mana?" Ziyad tertawa kecil.
"Ziyad nak hantar Daniall pergi sekolah lepas tu nak pergi training basketball." Iman faliq hanya mengangguk.

"Hati-hati bawa motor." Ziyad mengangguk.

Iman faliq hanya tersenyum dan menggeleng melihat anak saudaranya itu. Kaki terus mengatur langkah menuju ke biliknya. Dia melihat Imanina sudah siap bertudung dan sedang bermain dengan anak-anaknya.

"Sayang.."
Imanina memandang suaminya.
"Eh daddy lah." Ujar Imanina dan tersenyum manis.
Iman faliq tertawa kecil dan mendukung Ryan.
"Anak-anak daddy dah tak sabar ke nak pergi mandi sungai?" Ryan hanya tertawa begitu juga dengan Harraz.

"Sayang dah kemas-kemas?" Imanina mengangguk.
"Adam?"
"Dah!" Jerit Adam dari pintu bilik mereka.

Iman faliq dan Imanina hanya tertawa kecil.
"Kalau macam tu, Adam boleh tolong daddy angkat barang-barang adik?" Adam mengangguk laju.
"Mestilah boleh daddy! Adam pergi start enjin kereta ya! Mama dan daddy cepat-cepatlah." Iman faliq menggeleng kepala. Di cium kepala Harraz.

"Tak lari pun sungai dekat rumah tok abah tu Adam." Adam hanya tertawa.

Imanina pula mula mendukung Harraz namun di halang oleh Iman faliq.

"Sayang tak payahlah dukung Harraz. Biar abang yang dukung Ryan dan Harraz sayang tu tengah sarat mengandung." Imanina tersenyum. Terharu dengan keprihatinan suaminya.

"Suami siapa ni sweet sangat."  Iman faliw tertawa.
"Suami awaklah sayang." Iman faliq melepaskan Ryan dan Harraz.
"Ryan dan Harraz pergi cari abang Adam dan ikut dia naik kereta okey?"

Ryan dan Harraz hanya menurut arahan bapanya.

Iman faliq memandang isterinya, di bawa isterinya ke dalam dakapannya.

"Terima kasih ya Allah, kerana telah menghantar bidadari tanpa sayap ini ke dalam hidup Iman faliq. Kerana wanita ini, abang dapat mengubah hidup abang. Maafkan abang untuk kisah kita beberapa tahun lalu."

Imanina membalas pelukan suaminya.

"Iman sayang abang dunia dan akhirat." Iman faliq mencium dahi isterinya.

"Abang juga sayang bidadari abang dunia dan akhirat." Imanina tersenyum manis.
"Mama! Daddy! Cepatlah!" Jerit Adam dari bawah. Habjs huru-hara dia di bawa apabila melihat adik-adiknya yang ingin turun dari tangga.

Di pimpin tangan Ryan dan Harraz turun ke tingkat bawah.

Imanina dan Iman faliq tersenyum.

"Jom sayang." Imanina menggenggam tangan Iman faliq dan perlahan-lahan turun dari tangga.

Iman faliq tersenyum manis.

Diriku yang dulu biarlah menjadi cerita ku yang dulu, memang benar aku khilaf aku tiada hati perut. Sanggup merosakkan wanita yang tiada dosa, aku terlalu taksub dengan duit, nama dan dunia sehingga aku lupa Allah yang Maha Esa. Sehinggalah Tuhan mempertemukan aku dengan seorang bidadari tanpa sayap ini, yang telah mengubah segalanya. Aku, Iman faliq lelaki yang penuh dengan dosa yang mencari jalan untuk berubah.

"Abang akan pimpin tangan ini sehingga ke syurga Allah." Imanina membalas genggaman suaminya.

[ TAMAT ]

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now