𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 10 || H•S

167 1 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Uncle Zakri, Iman mana?" soal Nazim.

"Iman dalam bilik, dari tadi dia dalam bilik." Balas tuan Zakri.
"Baru je?" soal Elisha pula.

"Dekat sejam dah." Balas tuan Zakri.
Nazim dan Elisha berpandangan sesama sendiri.

"Kita nak buat macam mana ni?" soal Nazim buntu.
"Kita bagi je lah Imanina ruang." Balas Elisha.

"Ye lah uncle, kitaorang pulang dulu. Nanti esok kitaorang datang, sebab ingat nak bawa Iman pergi pekan cari barang untuk sambung belajar nanti." Ujar Nazim dan menyalam tuan Zakri.

Tuan Zakri mengangguk.

"Kamu dah nak sambung belajar?" soal tuan Zakri.
Nazim mengangguk.

"Saya dengan Elisha." Balas Nazim.
"Oh Sha pun sambung sekali?" soal tuan Zakri dan cuba memaniskan senyumannya.

Elisha mengangguk.

"Kitaorang satu universiti uncle." Balas Elisha.
"Dekat mana korang sambung belajar?" soal tuan Zakri.

"Dekat Universiti Utara Malaysia." Balas Nazim.

Tuan Zakri mengangguk.
"Ye lah uncle, kitaorang pulang dulu. Assalamualaikum." Pamit Nazim.
"Waalaikummussalam warahmatullah i'wabarakatu."

Tuan Zakri terus menutup pintu rumah dan melangkah ke bilik air untuk membersihkan badannya.

°

°

°

°

°

°

°

°

Tuan Zakri menyiapkan sarapan pagi untuk mereka berdua.

"Assalamualaikum uncle!" ucap Nazim dari depan rumah.
Tuan Zakri menjemput kedatangan Nazim dan Elisha.

"Eh Elisha dan Nazim. Masuk lah dulu, nanti uncle panggilkan Iman ye." Kata tuan Zakri sambil tersenyum.
Nazim hanya tersenyum dan menyalam tuan Zakri.

Elisha tersenyum dan duduk di ruang tamu bersama Nazim.
"Kamu berdua dah sarapan? Kalau belum sarapan lah dulu sementara tunggu Iman bersiap." Pelawa tuan Zakri.

Nazim menagngguk.

"Tak pe uncle, saya dah sarapan dekat rumah." Balas Nazim.
Elisha berdiri.

"Saya lapar uncle." Kata selamba Elisha.
"Pergi lah dapur makan,uncle kejap lagi nak gerak ni pergi kebun." Kata tuan Zakri.

"Ye lah uncle, hati-hati." Ucap Elisha dan berjalan ke dapur untuk makan.

Nazim menggeleng kepala. Wahai bestie,ke mana kah kau meletak malu mu bestie?
"Nazim, uncle dah nak pergi kerja. Kamu bolehkan jagakan Iman tu untuk uncle? Iman tu belum sihat sepenuhnya,cuma kalau di biarkan dia berkurung di bilik bahaya pula. Jadi uncle percaya dekat Nazim untuk jagakan Iman." Kata tuan Zakri sambil menepuk belakang Nazim.

Nazim tersenyum dan mengangguk.

"Saya janji akan jaga dengan baik Iman." Balas Nazim

Tuan Zakri mengangguk.
"Yelah uncle gerak dulu, pesan dekat Iman, jangan lupa kunci rumah sebelum keluar." Pesan tuan Zakri.
Nazim mengangguk lagi.

"Hati-hati uncle." Pesan Nazim.
Tuan Zakri tersenyum.
Dia menaiki motornya untuk pergi ke kebun miliknya.
Imanina pula dari bilik dengan pakaian berhoodie hitam, tudung hitam serta seluar track berwarna hitam.
Tampak di wajah Imanina yang dia telah menangis. Kerana wajahnya kelihatan muram dan bengkak.

Nazim berasa sakit melihat wanita yang dia puja sedih.

"Iman, jom sarapan. Lepas sarapan kita gerak pergi pekan okey?" ujar Nazim sambil tersenyum ke arah Imanina.
Dia juga harus kuat demi Imanina, kalau dia sedih bagaimana pula dengan Imanina?

Imanina hanya sekadar mengangguk lemah.

Mereka berjalan menuju dapur, dia melihat Elisha yang sedang melahap.
"Seronok melahap dekat rumah orang?" sindir Nazim.
Elisha memandang Nazim dan Imanina.

Elisha tersenyum selamba dan menyambung makan.
"Hm... Iman makan lah." Pelawa Elisha.
"Woi Sha, tak senonoh siak kau ni. Cuba beradab sikit dekat rumah orang." Marah Nazim.
"Alah bukan rumah orang lain pun, rumah Iman kan Iman kan?" balas selamba Elisha.

Imanina tersenyum melihat telatah Elisha.
Lega hati Nazim apabila melihat Imanina tersenyum.

"Iman, makan."

Imanina mengangguk.

°

°

°

°

°

Imanina hanya sekadar memerhati Nazim dan Elisha yang sedang mencari barang pribadi mereka untuk masuk ke universiti.

Ting!

Imanina mengerling ke arah telefonnya yang berbunyi.
Dia melihat bahawa yang masuk merupakan email.

Imanina membuka email tersebut.

Alangkah terkejutnya dia apabila email itu merupakan tawaran kemasukan ke universiti.
Imanina menutup mulutnya.

Dia masih tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia pandang.

Nazim memandang Imanina yang menutup mulutnya,berkerut dahi Nazim.
"Iman, kau okey tak ni?" soal Nazim.
Elisha memandang Imanina.

"Eh Iman, kau okey tak ni? Kalau tak okey cakap, kitaorang hantar kau pulang." Kata Elisha.
Nazim mengangguk.

"Haah Iman, kalau kau tak sihat. Kitaorang boleh hantar kau balik. Jangan lah buat aku risau Iman." Ujar Nazim dengan riak wajah yang risau.

"Elisha, Nazim aku dapat sambung belajar!" kata Imanina dengan teruja.
Elisha tersenyum dan menepuk tangan.

Dia melompat keriangan,manakala Nazim tersenyum manis memandang Imanina.

"Yeah! Iman pun sambung belajar!" laung Elisha.
"Eh jap, kau sambung dekat mana?" soal Elisha.

"Erm, kejap aku check balik." Balas Imanina dan membuka kembali email tersebut.
"Dekat Universiti Utara Malaysia babe!" kata Imanina dengan teruja.

"Yeah! Kau satu kampus dengan kitaorang lah." Kata Elisha.
"Okey memandangkan kau pun satu kampus dengan kitaorang. Jom biar aku belanja kau." Pelawa Nazim.

Imanina dan Elisha memandang Nazim.

"Iman je? Aku?" soal Elisha.
Nazim tertawa.

"Kau orang berdua lah." Balas Nazim.
Imanina tersenyum.

"Tak payah susah-susah lah Nazim. Nanti aku bawa abah aku pergi beli barang." Kata Imanina sambil tersenyum.
"Alah tak pe Iman, sekali-sekala." Balas Nazim.

Imanina hanya mampu tersenyum.

Sepanjang hari mereka mencari barang untuk kemasukan universiti termasuklah Imanina.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now