𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 13 || H•S

143 2 0
                                    

Elisha bersama Eskandar Ethan sedang menikmati hidangan yang mereka pesan di sebuah hotel bertarafkan lima bintang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Elisha bersama Eskandar Ethan sedang menikmati hidangan yang mereka pesan di sebuah hotel bertarafkan lima bintang.

Fikiran Eskandar ligat memikirkan mengenai Imanina. Perempuan yang baru sahaja dia lihat, namun dapat mencuri hatinya dalam pertemuan pertama mereka.

Tanpa dia sedar, terukir sebuah senyuman di bibir si jejaka kacak itu, senyumannya itu cukup membuat hati wanita yang melihat cair. Matanya yang kebiruan, kulit putih dan tinggi mencecah 181 cm. Fikiran ligat memikir tingkah-laku Imanina sepanjang dalam perjalanan mereka ke kampus. Imanina sering kali mengelak pandangan apabila mereka terpandang antara satu sama lain.

Elisha yang sedar akan senyuman abangnya berasa pelik. Kenapa dengan abangnya yang tiba-tiba sahaja tersenyum.
"Abang dah kenapa senyum-senyum sendiri?" soal Elisha pelik.

Namun apakan daya,teguran dari Elisha tidak di balas sama sekali oleh Eskandar. Dia sudah hanyut di buai cinta seorang wanita yang penuh dengan budi bahasa itu.

"Abang..." panggil sekali lagi Elisha.
Tetapi juga sama, tiada sebarang respon daripada Eskandar.

"Abang!" nada Elisha kali ini lebih meninggi, menyebabkan Eskandar kembali ke dunia realiti.
"Hah kenapa adik? Tak sedap ke? Kita boleh pergi hotel yang lebih sedap untuk adik kesayangan abang ni." Balas Eskandar dengan gelabah.

Sedikit pun senyuman di bibirnya tidak hilang. Dia semakin hanyut dengan asmaranya.
Elisha menggeleng kepala.
"Dah sedap dah, cuma abang kenapa? Sha tengok abang senyum-senyum sendiri? Fikir apa? Abang dah ada makwe ke? Kenapa tak bagitahu adik?" soal Elisha bertubi-tubi.

Eskandar tertawa dengan macho.

"Apa adik cakapkan ni? Abang ada girlfriend? Lambat lagi dik, abang cuma nak fokus dengan syarikat abang dan adik abang ni." Ujar Eskandar sambil mengusap-usap pipi adiknya.
Elisha tersenyum bahagia.

"Sweetnya Eskandar Ethan!" puji Elisha dan tertawa kecil.
Eskandar hanya mampu menggeleng kepala.

"Dah makan cepat. Lepas tu kita pulang rumah, mommy dah tertunggu-tunggu dekat anak dara dia sorang ni." Arah Eskandar.

Elisha tersenyum ceria.

"Argh rindunya dekat mommy!" luah Elisha.
"Mommy je? Abang?" duga Eskandar sambil membuat muka simpati.
Elisha tertawa.

"Adik rindu mommy dan abang! Semenjak mommy dan daddy bercerai, hidup Sha sunyi tiada abang. Kadang-kadang Sha rindu suasana dulu, mommy dan daddy sweet depan kita, sampai kita bergaduh sebab Sha pun nak sweet macam mommy dan daddy. Tapi semua tu tinggal kenangan." Luah Elisha dengan sayu.

Sungguh dia rindu dengan suasana dahulu, di mana keluarga mereka boleh tertawa dan berbahagia bersama. Namun datangnya orang ketiga melunturkan kebahagiaan yang mereka kecapi.

"Benda dah lalu dik, abang pun sama rindu dengan suasana dulu. Tapi ingat itu dulu, hidup kena di teruskan. Bak kata BTS LIFE GOES ON." Ujar Eskandar dengan tenang.

Elisha tertawa.

"Eh jap, abang army ke?" soal Elisha dan tertawa terbahak-bahak.
Eskandar menjeling ke arah Elisha.

"Tak lah, cuma abang suka dengan tajuk lagu bts tu hah." Balas Eskandar sambil tertawa kecil.
Elisha mengangguk.

"So adik nak stay dekat rumah atau tinggal dekat hostel?" soal Eskandar untuk kepastian. Jikalau adiknya tinggal di rumah senang lah dia untuk usha Imanina, jikalau dia tinggal di hostel musnahlah harapnnya untuk usha Imanina.

Elisha mengangguk.

"Adik ingat, nak tinggal dekat rumah lah. Boleh kan kalau abang hantar adik pergi kampus?" soal Elisha meminta simpati.

Eskandar tertawa melihat muka simpati adiknya.

"Apa-apa untuk adik abang sorang ni. Tapi abang ingat kalau adik tinggal rumah abang nak belikan adik kereta. Adik cakap je adik nak kereta apa, abang belikan." Kata Eskandar sambil tersenyum.

Mata Elisha bersinar-sinar.

"Betul ni bang?" soal Elisha tidak percaya.
"Apa pula tak betulnya? Abang betul-betul lah ni." Balas Eskandar.

Elisha menepuk tangan seperti kanak-kanak.
Eskandar hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah adiknya.
"Dah makan, lepas ni kita terus pulang." Arah Eskandar.

Mereka menghabiskan makanan mereka sebelum pulang ke rumah agam milik ibunya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now