KARYA KETIGA🌻
"I love when you shout my name sweetheart." ~ Iman Faliq.
"Are you crazy Iman?" ~ Nur Imanina.
"We have a same feeling, but not have a same world." ~ Eskandar Ethan.
"No need to worry, I still behind you untill i die." ~ Nazim Haykal...
Fikirannya ligat memikirkan mengenai jejaka yang bernama Iman faliq. "Kenapa macam pernah aku nampak lelaki tu? Dia seolah-olah macam ada kena-mengena dengan kisah silam aku. Sebab setiap kali aku pandang dia, segala memori akan terulang tayang dalam minda aku. Siapa kau Iman Faliq?" gumam Imanima sendiri.
Haze yang melihat Imanina bercakap sendiri berasa pelik. 'Roommate aku ni gilakah?' desis hati Haze.
"Hoi Iman! Dah mandi ke?" soal mengejut Haze. Imanima terus terduduk di katil sambil mengurut-urut dadanya akibat terkejut.
"Jadi?" soal Haze pelik. Imanina menggeleng dan tersenyum.
"Hm apa-apalah. Aku nak keluar kejap lagi. Kau nak ikut?" soal Haze dingin. Imanina menggeleng.
Haze hanya mengangkat keningnya dan berlalu ke meja belajarnya.
Dia memandang seketika ke arah Imanina. "Aku hampir lupa, tadi ada sorang perempuan tu. Entah siapa seksi nak mampus kau pergi lah tengok. Dia tunggu kau dekat bawah." pesan Haze dan berlalu masuk ke dalam tandas.
Imanina segera mengambil begnya dan turun.
Apabila sampai sahaja dia di tingkat bawah. Dia melihat Elisha bersama dengan abangnya.
"Hye babe!" laung Elisha dan memeluk Imanina.
Imanina tersenyum dan membalas pelukannya. "Asal aku tak tengok kau sepanjang hari ni?" soal Imanina pelik.
Elisha tertawa.
"Elleh, macam mana kau nak nampak aku. Kalau kau sibuk jadi bualan para jejaka dalam kampus ni." sindir Elisha.
Imanina memukul bahu Elisha.
"Weh kau nampak lain harini." kata Imanina. Elisha tersenyum.
"Nampak lain macam mana tu?" soal Elisha. "Betullah kata roommate aku, kau seksi nak mampus! Abang kau tak marah ke?" soal Imanina.
Elisha menggeleng.
Imanina memandang Elisha dengan riak wajah terkejut. Elisha yang dia kenal dulu kini berbeza, Elisha terlalu banyak berubah. Dari biasa-biasa berubah ke arah seksi. Seksi yang teramat.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Dah harini ni aku nak bawa kau pergi makan. Tapi kat rumah aku okey?" soal Elisha.
Imanina menggeleng.
"Tak pe lah Sha, aku segan lah. Lain kali je lah, lagipun aku kena beritahu roommate aku yang aku keluar. Nanti dia tercari-cari pula dekat aku." balas Imanina dengan segan.