Tuan Amran masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum! Kalsum! Saya dah pulang." kata Tuan Amran dan melabuhkan punggung di sofa.
Puan Kalsum datang dan menyalam suaminya.
"Abang nak apa-apa? Saya boleh buatkan." soal Puan Kalsum.
Tuan Amran menggeleng kepala.Iman faliq berjalan ke ruang tamu. Dia berniat untuk ke dapur, namun apabila dia mendengar suara seorang lelaki tua memberi salam. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke ruang tamu.
"Eh atok!" sapa Iman faliq dan menyalam Tuan Amran.
"Faliq. Kamu bila sampai? Dengan siapa kamu datang?" soal Tuan Amran dengan mesra."Faliq datang dengan kawan Faliq." kata Iman faliq sambil tersenyum.
Tuan Amran hanya sekadar tersenyum.
"Hah jom lah makan, Faliq pergi panggil Iman makan. Nenek dan atok tunggu kamu dekat meja makan." kata Puan Kalsum dan jalan bersama-sama suaminya ke meja makan.Iman faliq pula berjalan menuju ke bilik Imanina.
Dia mengetuk pintu bilik Imanina.
"Iman sayang! Jom makan, atok dan nenek dah tunggu kita dekat meja makan!" ujar Iman faliq. Sambil dia menyebut perkataan sayang,terukir senyuman di bibirnya.Entah mengapa rasa romantik sahaja apabila memanggil Imanina sayang.
Imanina membuka pintu, dia melihat Imanina memakai baju t-shirt dan seluar oversize serta tudung masuk sahaja.
Iman faliq melemparkan senyuman manis ke arah Imanina.
"Iman jom makan! Atok dah tunggu tu." kata Iman faliq.
Imanina mengangguk dan menutup pintu bilikmya. Dia mengikut jejak Iman faliq.Yelah kalau nak harapkan dia pergi sendiri? Hm hampa, ada nanti dia sesat di rumah keluarga Iman faliq. Sudahlah besar luas pula tu.
Apabila mereka sudah tiba di meja makan, Puan Kalsum dan Tuan Amran melemparkan senyuman manis ke arah Imanina dan Iman faliq.
"Oh ini lah kawan kamu tu?" usik Tuan Amran.
Iman faliq tertawa dan mengangguk."Ini lah kawan Faliq." balas Iman faliq.
"Hah duduk-duduk." pelawa Puan Kalsum.Mereka duduk dan mula menjamu selera.
Sedang mereka makan, Tuan Amran mengajukan beberapa soalan panas.
"Kamu berdua pergi sini buat apa?" soal Tuan Amran.
"Kan Faliq sudah bagitahu. Kitaorang datang sini sebab nak buat tugasan yang lecture arahkan." balas Iman faliq."Yeke? Ke sebab nak tunjukkan atok dan nenek calon isteri kamu?" sindir Tuan Amran.
Tersentak dengan itu, Imanina terbatuk-batuk.
Iman faliq segera memberikan Imanina air.
"Careful sayang. " pesan Iman faliq dengan romantik.Imanina meneguk air tersebut.
Puan Kalsum dan Tuan Amran sudah sembunyi senyum melihat adegan tersebut.
Selesai sahaja mereka makan, Tuan Amran dan Iman faliq berada di ruang tamu. Manakala Imanina dan Puan Kalsum berada di dapur mencuci pinggan.
"Iman nenek nak tanya boleh?" soal Puan Kalsum sambil mengelap meja makan.
Imanina memandang Puan Kalsum sambil mencuci pinggan.
"Apa dia nek?" soal Imanina.
"Dah berapa lama kamu bercinta dengan Faliq?" soal Puan Kalsum.Tehenti seketika perbuatan Imanina apabila Puan Kalsum menyatakan soalan tersebut.
YOU ARE READING
BUKAN KEHENDAKKU
RomanceKARYA KETIGA🌻 "I love when you shout my name sweetheart." ~ Iman Faliq. "Are you crazy Iman?" ~ Nur Imanina. "We have a same feeling, but not have a same world." ~ Eskandar Ethan. "No need to worry, I still behind you untill i die." ~ Nazim Haykal...