Hari yang di nanti-nantikan oleh si kecil Adam amshar, di mana mereka akan bercuti bertiga. Adam melompat-lompat di atas badan Iman faliq untuk mengejutkan bapanya daripada lena.
"Daddy! Daddy bangunlah! Daddy kata nak bercuti dengan mama Iman kan! Daddy wake up! " jerit Adam amshar di telinga Iman faliq.
Iman faliq mengeliat.
"Adam.. Please stop it prince." Rayu Iman faliq menggunakan suara serak basahnya.
"Alah daddy! Then wake up if you want I stop." Iman faliq menarik nafas dalam, di bawanya Adam ke dalam pelukannya dan di cium dahi anak sulungnya itu."Yes prince, daddy dah wake up." Adam tersenyum lebar.
"Daddy pergi lah mandi, mama Iman mesti dah tunggu kita dekat rumahnya." Iman faliq mengangguk.
"Adam tunggu daddy dekat bawah tau! Jangan lambat daddy. I love you. "Adam turun dari tilam Iman faliq dan berlari keluar dari biliknya. Iman faliq hanya menggeleng kepala, ada-ada sahaja perangai anak lelakinya itu.
Iman faliq tersenyum dan memandang telefon pintarnya, di ambil dan dia menekan nombor Imanina.
Myfuture
Assalamualaikum Iman, I hope you ready for today. Adam dah excited tau nak pergi bercuti dengan awak. See you soon girl.
Iman faliq meletak kembali telefonnya, terukir senyuman manis di bibir si jejaka kacak itu. Dia terus sahaja bangkit dari pembaringannya dan mula melangkah ke tandas untuk membersihkan tubuhnya.
xxx
Ting
Imanina yang mendengar notifikasi tersebut, perlahan-lahan membuka matanya. Siapa pula yang menganggu hari cutinya ini?
Dapat sahaja dia telefonnya, Imanina mendapat pesanan dari Iman faliq. Apa mahu lelaki ini di hari minggu ni? Kan cuti mana kerja heish.
Iman faliq
Assalamualaikum Iman, I hope you ready for today. Adam dah excited tau nak pergi bercuti dengan awak. See you soon girl.
Mata Imanina serta-merta membulat. Alamak! Dia baru teringat yang dia sudha berjanji dengan si kecil Adam Mikael yang dia akan mengikuti keluarga kecil itu pergi bercuti ke Langkawi.
Me
Waalaikummussalam, err. Baik tuan Iman.
Imanina serta-merta bangkit dari pembaringannya dan bergegas membersihkan badannya.
Dia mengetuk kepalanya seketika, bolehnya dia lupa tentang janjinya bersama si kecil itu bahawa dia akan pergi bercuti bersama anak beranak tersebut.
xxx
"Adam.. Mana daddy ni? Nanti lambat macam mana?" Soal Haziq kepada Adam. Heish si Faliq ni betul-betullah.
Adam mengangkat bahunya.
Haziq menggaru kepalanya, sudah pasti kanak-kanak ini sudah merajuk kerana bapanya lambat bersiap.
Iman faliq berjalan ke tingkat bawah.
"I'm done Adam Amshar, let's go pick up mama Iman okey? " soal Iman faliq hendak memujuk anaknya, bukan dia tidak tahu yang anaknya sedang merajuk terhadapnya.
YOU ARE READING
BUKAN KEHENDAKKU
RomanceKARYA KETIGA🌻 "I love when you shout my name sweetheart." ~ Iman Faliq. "Are you crazy Iman?" ~ Nur Imanina. "We have a same feeling, but not have a same world." ~ Eskandar Ethan. "No need to worry, I still behind you untill i die." ~ Nazim Haykal...