Aiqal dan Faris menanti kehadiran Iman faliq.
Faris memandang sekujur tubuh wanita yang baru sahaja turun dari motor berkuasa besar tersebut.
Apabila wanita itu membuka helmetnya, Faris berasa terkejut dan menyiku rakannya.
"Qal, tu bukan kah Haze?" soal Faris.
"Mana? Oh haah asal?" soal Aiqal dengan selamba.Faris tersenyum nakal.
"Aku tak sangka kan, bekas tunang kau ni. Cantik siak, cuma asal kau tinggalkan dia eh? Dari dulu aku tertanya-tanya, bila aku tanya jawapan kau. Bukan jodoh bukan jodoh." kata Faris tidak puas hati.
Aiqal hanya tersenyum dan menyandarkan tubuhnya.
"Bukan jodoh aku." balas Aiqal.
Faris mencebik dan memukul kepala Aiqal."Babi! Aku serius ni sial!" maki Faris.
Aiqal ketawa terbahak-bahak."Okey okey. Actually kitaorang tunang pun atas sebab keluarga, aku tak cintakan pun dia. Memang betul aku pernah bercinta dengan dia selama tiga tahun, tapi selama tiga tahun tu aku cuma main-main dengan dia. Bukan aku serius pun. Sebab tu masa dah nak nikah, aku buat perangai. Tak sangka kantoi pula." terang Aiqal dengan selamba.
Faris mengangguk faham.
"Cantik siak dia tu, cuma tulah. Outfit dia tu, macam lelaki. Yang membezakannya adalah pakai tudung je." ujar Faris.
Faris memerhati Haze yang lekang membuat pesanan di kaunter, sesekali dia menilik penampilan Haze.
Aiqal tersenyum.
"Dia dulu bukan macam tu, dia tu dulu ayu pakaian pun macam wanita solehah. Cuma bezanya dia memang minat motor,tapi jaranglah bawa motor. Sebab pakaian dia labuh-labuhkan, so dia selalu bawa kereta audi je. Dia start berubah jadi pencinta warna hitam dan kaki motor sejak kitaorang putus tunang,dia bukan macam yang aku kenal dulu. Dia berubah secara drastik, suka warna hitam. Selalu ride motor, outfit semua serba hitam. Tapi yang dia tak berubah ialah, dia still pakai-pakaian yang oversize." ceramah Aiqal.
Faris hanya sekadar mengangguk.
"Tu dia duduk dekat hujung tu."
Aiqal hanya sekadar tersenyum.
"Memang dia suka lepak dekat situ." balas Aiqal selamba.
Mata Faris membulat."Macam mana kau tahu?" soal Faris.
"Dia ex aku bro, aku tahu semua apa yang dia minat, apa dia suka. Apa dia tak suka,satu je aku tak tahu.""Apa dia?"
"Favourite place dia dekat badan lelaki dan bentuk tubuh badan dia yang sebenar." balas Aiqal.
Faris tersenyum nakal.
"Kalau aku taste bekas tunang kau boleh? Nak ajak tidur sama-sama." ujar Faris dengan nakal.
Aiqal memandang tajam ke arah Faris.
"Kau ingat dia apa? Macam perempuan dekat luar sana? Dia bukan apa yang kau fikirkan. Better kau lupakan niat kau tu!" bentak Aiqal."Elleh, kau masih sayang dia kan?" duga Faris.
Aiqal terdiam.
Faris hanya tersenyum sinis."Mana si Iman ni? Heish!" rungut Aiqal.
"Hah tu dah sampai." ujar Faris,dia melambai-lambai tangan ke arah Iman faliq.
Mata Aiqal pula dari tadi ke arah Haze yang sedang duduk bersendirian.
Iman faliq terus berjalan ke arah rakannya,dia menepuk belakang Faris.
"Babi kau Iman!" maki Faris.
Iman faliq hanya tertawa."Dari tadi tunggu bro?" soal Iman faliq.
Faris tersenyum sinis."Taklah bro, baru je sampai. Kitaorang ingat kau nak datang tahun depan. Rupanya hari ni juga kau datang." sindir Faris.
YOU ARE READING
BUKAN KEHENDAKKU
RomanceKARYA KETIGA🌻 "I love when you shout my name sweetheart." ~ Iman Faliq. "Are you crazy Iman?" ~ Nur Imanina. "We have a same feeling, but not have a same world." ~ Eskandar Ethan. "No need to worry, I still behind you untill i die." ~ Nazim Haykal...