"Assalamualaikum abah."
"Walaalaikumussalam, amboi banyaknya barang yang kamu beli. Guna duit siapa ni?" usik tuan Zakri.
Imanina tertawa kecil."Abah ni. Ni Nazim yang belanja Iman, Iman dah tolak pelawaan dia. Tapi dia tetap nak beli juga untuk Iman." Balas Imanina dan duduk di sebelah tuan Zakri.
Tuan Zakri mengerut dahi.
"Kenapa pula dia nak belanja kamu? Takkan lah sebab kamu belum beritahu jawapan kamu terima dia atau tidak, dia rasuah kamu untuk terima dia." Usik Tuan Zakri dan tertawa terbahak-bahak.
Imanina memukul lengan tuan Zakri.
"Abah ni! Mana ada, dia belanja Iman sebab dia tahu Iman dapat sambung belajar." Kata Imanina sambil tersenyum lebar.
Serta-merta ketawa tuan Zakri terhenti,di gantikan dengan senyuman yang bahagia.
"Iman dapat sambung belajar?" soal tuan Zakri tidak percaya.
Imanina mengangguk laju.Tuan Zakri memeluk anaknya.
'Alhamdulillah ya Allah, terima kasih. Biarlah dia keluar dari kampung ini. Agar dia dapat bina kebahagiaannya sendiri.' Desis hati tua tuan Zakri.Imanina membalas pelukan abahnya.
Tuan Zakri meleraikan pelukan mereka.
"Esok kita pergi beli barang lagi okey?" soal tuan Zakri sambil tersenyum manis.Imanina menggeleng.
" alah tak payah lah abah. Dah banyak dah ni yang Nazim belikan." Balas Imanina.
"Lagipun abah simapn duit tu, nanti Iman dah jauh abah sendiri. Kalau abah sakit, abah gunakan duit tu untuk beli ubat." Sambung Imanina.Tuan Zakri tersenyum. Sungguh dia bersyukur kerana di kurniakan seorang anak yang tidak banyak kerenah dan pandai berdikari.
"Tak pe lah, anggap je abah bawa kamu jalan-jalan ye? Lepas ni anak abah dah jauh dari pandangan abah, susah dah abah nak bawa kamu jalan." Ujat tuan Zakri.
Imanina hanya sekadar tersenyum.
"Pergi mandi, lepas tu solat maghrib." Arah tuan Zakri dengan lembut.Imanina membalas senyuman bapanya dan mengangguk.
°
°
°
°
°
°
°
°
Nazim duduk di ruangtamu sambil menonton filem accountant.
Puan Arifah duduk di sebelah anak terunanya."Apa yang kamu beli sampai dekat RM 1000 keluar?" soal puan Arifah kepada anaknya yang lekang menonton telivision.
"Beli barang untuk masuk universiti lah ibu." Bohong Nazim.
Puan Arifah menggeleng kepala.
"Ibu tak percaya! Takkan lah sampai RM 1000 kamu shopping Nazim Haykal!" marah puan Arifah.Nazim merengus geram.
"Fine! Nazim belanja Elisha dan Imanina beli barang sekali. Alang-alang dorang pun dah temankan Nazim pergi shopping, apa salahnya kalau kita kongsi rezeki dengan orang lain." Jawab Nazim jujur.
"Imanina? Perempuan yang dah rosak tu?" soal puan Arifah tidak percaya.
Ya, dia tidak suka anaknya berkawan dengan budak Imanina tu, sudah lah kotor penzina pula tu. Sama sahaja dengan arwah ibunya. Pelacur!Nazim memandang puan Arifah dengan perasaan marah. Nasib ibunya, kalau bukan sudah lama dia buang pergi sungai Kinabatangan.
"Apa ibu cakap macam tu? Imanina kena rogol ibu kena rogol! Sekali lagi Nazim ulang kena rogol!" bentak Nazim.
Puan Arifah menggeleng.
"Mungkin pertama betullah kena paksa, lama-lama dah rela dah sebab kesedapan." Sindir puan Arifah.
"ibu jan..." ayat Nazim tergantung apabila bapanya mencelah pertengkaran mereka berdua."Apa ni bising-bising?" soal tuan Rahman.
" Nazim ni bang! Saya tak suka dia berkawan dengan budak Imanina tu! Budak tu kotor, penzina!" bentak puan Arifah."Astagafirullah alazim Arifah, apa yang awak cakap kan ni? Budak Imanina tu bagus orangnya, cuma nasibnya sahaja tidak menyebelahinya. Tak baik awak fitnah dia, hukumnya berdosa besar Arifah. Banyaknya beristighfar." Marah tuan Rahman.
Puan Arifah merengus geram.
"Bagus lah tu, anak bapa nak bela-belakan perempuan sundal tu. Bagus, jangan menyesal kalau satu hari nanti budak tu bolot semua harta kita." Kata puan Arifah.
Tuan Rahman menggeleng kepala.
"Tak habislah harta awak ni,jangan nak tamak sangat. Lagi satu, budak Imanina tu takkan punya nak bolot harta kita, saya kenal keluarga dia tu. Arwah mama dia pun bagus orangnya, cuma arwah kena fitnah sahaja." Terang tuan Rahman.Puan Arifah mendengus geram dan berlalu pergi.
Tuan Rahman menggeleng,manakala Nazim menarik nafas lengah.
"Terima kasih ayah sebab tolong Zim." Kata Nazim sambil duduk di sebelah bapanya.
Tuan Rahman menepuk belakang anak lelakinya."Tak de hal lah. Ayah buat sebaik mungkin, ayah tak suka Imanina kena hina terus. Ayah tahu, Imanina kena rogol bukan atas kehendak dia sendiri. Lagipun ayah tahu, kamu jatuh cinta dengan Imanina kan?" duga tuan Rahman.
Nazim tersenyum dan mengangguk.
"Bagus lah tu, ayah suka Imanina jadi menantu ayah. Kalau si Hawa tu jadi menantu ayah habis. Budak tu bukan boleh percaya sangat. Seram aayh tengok dia tu." Kata tuan Rahman sambil tertawa.
Nazim juga turut tetawa.
"Kan, kalau ayah nampak seram, lagi-lagi lah Nazim ni yang hari-hari terpaksa berhadapan dengan dia tu." Rungut Nazim.
Tuan Rahman tertawa.
"Apa boleh buat, anak ayah ni terlalu kacak." Puji tuan Rahman.
Nazim tersenyum bangga.'Nazim suka dekat budak kotor tu? Aduh macam mana ni, musnah lah harapan aku nak menantukan Hawa. Aduh!'rungut puan Arifah.
Puan Arifah tersenyum sinis.
'Tak pe, aku akan pastikan Nazim tetap kahwin dengan Hawa walau bagaimana cara sekali pun. Taknak lah aku budak kotor tu jadi menantu aku.' Monolog puan Arifah dan masuk ke dalam biliknya kembali.
YOU ARE READING
BUKAN KEHENDAKKU
RomansaKARYA KETIGA🌻 "I love when you shout my name sweetheart." ~ Iman Faliq. "Are you crazy Iman?" ~ Nur Imanina. "We have a same feeling, but not have a same world." ~ Eskandar Ethan. "No need to worry, I still behind you untill i die." ~ Nazim Haykal...