𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 37 || H•S

120 1 0
                                    

Imanina melangkah masuk ke dalam bilik Puan Hasyimah.

"Hah Iman, datang juga kamu. Masuk, saya ada benda nak cakap dekat kamu ni." pelawa puan Hasyimah.

Imanina hanya tersenyum, dia masuk ke dalam bilik itu.
"Ada apa puan panggil saya?" soal Imanina.
"Saya panggil kamu ni, nak soal mengenai tawaran kamu ke luar negara? Macam mana? Kamu terima ke?" soal puan Hasyimah.

"Tapi puan, keluarga saya mana mampu nak tampung saya." jujur Imanina, bukan apa. Dia tidak mahu membebankan tuan Zakri untuk bekerja-keras. Biarlah dia belajar di UUM ni pun, sudah memadai.

Puan Hasyimah tersenyum manis.

"Itu tak usah kamu runsingkan. Pihak universiti akan tanggung kamu 100%, jadi kamu gunakan sahaja duit tu, keluarga kamu tak perlu keluarkan duit walau sesen pun. Lagipun kamu ni budak bijak Iman, sayang kalau tolak tawaran ni." pujuk puan Hasyimah.

Imanina berfikir sejenak.

"Tapi pinjaman tu macam mana saya nak bayar? Saya bukan orang senang puan." jujur Imanina lagi.
"Itu pun kamu jangan risaukan. Macam yang saya cakapkan, pihak universiti yang tanggung kamu 100% bermakna, kamu dapat biasiswa dan pihak universiti berharap kamu pulang dengan membawa sekalung sijil." terang puan Hasyimah.

Imanina mengangguk.

"Jadi macam mana? Kamu terima?" soal puan Hasyimah inginkan kepastian.
"Dekat mana saya sambung belajar?" soal Imanina kembali.

"Dekat Italy." balas puan Hasyimah.
Imanina tersenyum penuh makna.

"Okey puan! Saya terima!" jawab Imanina tanpa segan-silu.

Puan Hasyimah tersenyum bahagia.
"Alhamdulillah, takpe nanti pihak universiti uruskan pemindahan kamu dan uruskan tiket penerbangan kamu okey? Soal tempat tinggal dan siapa bakal jemput kamu, itu kami akan urus kamu tinggal bersiap-sedia terbang ke sana okey?" soal puan Hasyimah.

Imanina mengangguk laju.

"Okey, kamu boleh pulang." arah puan Hasyimah.
"Sebelum tu puan, saya nak tanya. Bila saya kena terbang ke sana?" soal Imanina ingin tahu.

"Dua bulan dari sekarang, jadi kamu bolehlah prepare siap-siap barang yang kamu perlu bawa okey?" ujar puan Hasyimah.

Imanina tersenyum dan menunduk hormat. Dia keluar dari bilik tersebut.

'Kena beritahu Faliq ni.' desis hati Imanina, dia memanggil nombor Iman faliq.

"Eipp dia tak angkat? Maybe dia busy kot." gumam Imanina sendiri.

Kemudian,dia memanggil nombor tuan Zakri.

Assalamualaikum abah,

Abah,Iman nak bagitahu ni. Iman terima tawaran pergi luar negara. Pasal tiket apa semua abah jangan risau, sebab pihak universiti uruskan tinggal Iman beli barang yang patut je untuk di bawa ke Italy. Jadi abah jangan lupa datang tau!

Ok abah bye!

Imanina mematikan panggilan.
"Hye Iman!" tegur Uwais.

Imanina memandang Uwais yang menegurnya.
"Eh Uwais, apa awak buat kat sini?" soal Imanina pelik.
"Saya nak hantar tugasan haritu, cuma ternampak awak berdiri dekat sini. Sebab tu saya pergi dekat awak, awak buat apa ni? Nak call siapa?" soal Uwais bertubi-tubi.

Imanina tersenyum.

"Nak call Elisha, nak beritahu. Saya nak ajak dia keluar." balas Imanina.
Uwais hanya sekadar mengangguk.

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now