𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 3 || H•S

266 4 0
                                    

"Seronok dating?" soal Elisha dan terus duduk di sebelah Imanina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Seronok dating?" soal Elisha dan terus duduk di sebelah Imanina.
"Dating apanya? Kitaorang dari tadi tunggu kau, lambat sangat datang." Marah Imanina.

"Ha'ah kau asal lambat huh?" soal Nazim sambil memandang tajam ke arah sahabatnya itu.
Elisha tersenyum kambing.

"Alah, maaflah tadi terserempak dengan buah hati jadi duduk lagi bersembang." Balas selamba Elisha.
Imanina dan Nazim hanya mampu menggeleng kepala.

"Kau jumpa lagu sudah Nazim?" soal Elisha lagi.
Nazim mengangguk.

"Insha Allah, aku bawa lagu Jeon Jungkook, still with you." Balas Nazim sambil tersenyum penuh makna ke arah Imanina.

Elisha mendengus.
"Elleh, macam aku tak tahu yang kau tu..." belum habis Elisha menghabiskan ayatnya, datang lagi seorang perempuan ke arah mereka berdua.

"Hoi Imanina! Kau ni memang takde rasa malukan? Berapa kali aku dah pesan dekat kau, jangan dekat dengan Nazim ni!" marah Hawa dan menampar pipi Imanina.

Nazim dan Elisha tergamam.

Terus sahaja Nazim menarik Hawa jauh dari Imanina.
"Apa masalah kau ni Hawa main tampar je Imanina tanpa soal siasat?" soal Nazim bengang.

Hawa menghentak kaki.
"Awak tahukan yang saya cemburu tengok awak rapat dengan Imanina! Dia tu perempuan mur..." belum habis Hawa menghabiskan ayatnya, Nazim telah menamparnya.

"Kau jangan cakap yang Imanina tu murah, dia tu wanita paling ayu dan menjaga kehormatan diri. Aku rasa kau kena cermin diri, sekarang ni siapa yang murah? Kau murah sangat sebab terkejar-kejarkan lelaki yang taknak dekat kau!" sindir Nazim dan berjalan meninggalkan Hawa.

Hawa mengetap rahang.
'Tak pe, kau lebih bela perempuan murah tu kan? Takpe, nanti aku sendiri yang akan bongkar segala rahsia yang perempuan sundal tu buat.' Desis hati Hawa dan berlalu pergi.

Nazim berjalan ke arah Elisha dan Imanina.
" Iman kau okey ke?" soal Nazim.
"halah-halah soalan kau ni, kau tengokkan tadi dia kena tampar oleh kekasih gelap kau tu! Mestilah sakit siak." Marah Elisha.

Apa punya soalan tanya macam tu dah nampak orang kena tampar. Memang sah-sah orang tak okey.
"Yelah takkan aku nak tanya Iman sakit ke Hawa tampar?" sindir Nazim.

"Tapi..."
"Dah-dah, jangan gaduh. Nazim kau dah jumpa lagu yang kau akan bawa esokkan? Jadi kitaorang balik lah, jumpa dekat tempat pertandingan esok." Ujar Imanina dan berdiri ingin meninggalkan Elisha dan Nazim.

"Kau nak aku temankan kau pulang ke?" soal Nazim.
Imanina menggeleng.

"Tak payah lah Nazim, aku takut kalau Hawa nampak kita jalan berdua-duaan dia serang aku lagi. Aku malas lah nak bergaduh pasal lelaki ni." Balas Imanina sambil tersenyum.

Nazim akhirnya pasrah.

"Bye Iman! Hati-hati!" laung Elisha sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Imanina yang semakin jauh dari pandangan mata.

Nazim menggeleng kepala.

"Macam je esok kau dah tak jumpa si Iman tu." Sindir Nazim dan berjalan pulang.
Elisha turut ikut Nazim dan mencebik.

"Suka hati aku lah, dia kan sahabat tersayang aku." Balas Elisha sambil tersenyum-senyum.
Nazim hanya menggelengkan kepala.
"Elisha, kalau aku luah dengan kau. Janji kau takkan beritahu sesiapa termasuklah Iman?" soal Nazim.

Elisha mengangguk.

"Aku sebenarnya suka dekat seseorang." Luah Nazim.
Mata Elisha bersinar-sinar.

"Siapa weh siapa?" soal Elisha dengan teruja.
Dia memegang tangan Nazim dan di goncang-goncangnya.

Nazim menarik kasar tangannya.
"Bengong lah minah ni, sabar lah siak." Marah Nazim.
Elisha tertawa.

"Siapa Nazim? Siapa wanita yang malang tu?" soal Elisha.
"Kau kata perempuan tu malang? Jadi kira kau nak kata aku ni lelaki tak guna ke?" duga Nazim dan memandang tajam ke arah Elisha yang sudah tertawa terbahak-bahak.

"Sorry-sorry. Okey siapa wanita yang bertuah tu dapat menangi hati jejaka kacak ini?" soal Elisha dalam tawanya yang tersisa.

Nazim hanya mampu menggeleng kepala sahaja. Kawan siapa ni? Pungut kejap.
"Kau sure nak tahu ni?" soal Nazim kembali.

Elisha mengangguk.

"Perempuan tu adalah Imanina." Balas selamba Nazim dan menyambung jalannya.
Mata Elisha membulat, dia mengejar Nazim yang berada di hadapan.

"Serius lah kau suka Iman weh? Sejak bila kau suka dia?" soal Elisha tidak percaya.
"Since sebelum aku jadi kawan baik dia." Balas Nazim.

"Tapi kenapa kau boleh ter in love dengan Iman ni?" soal Elisha ingin tahu.

Nazim tersenyum.

"Hah tu kau tak tahu. Aku suka dia sebab dia ni pendiam dan tak banyak bergaul, dia jaga kehormatan diri dia. Dan paling aku suka, dia ni pandai masak dan juga cantik. Dia tu kan salah satu perempuan paling cantik dalam kampung ni dan perempuan berbudi Bahasa orangnya." Balas Nazim sambil tersenyum.

"Oh sebab tu lah kau suka Iman? Tapi kan okey lah tu, sebab Iman tu kan baik orangnya tutup aurat lepas tu taat kepada abah dia pula. So, you have a good taste Nazim Haykal." Puji Elisha.

Nazim tersenyum bangga.
"Kau janji tak bagitahu Iman okey?" soal Nazim.
Elisha mengangguk.

"okey." Balas Elisha sambil tersenyum.

"Okey lah Sha, rumah aku dah sampai. Kau nak aku teman sampai depan rumah kau ke?" soal Nazim sambil memandang Elisha.

Elisha menggeleng.

"Tak yah lah, nanti Iman cemburu kalau nampak kita jalan berdua-duaan." Balas Elisha sambil tertawa.
Nazim juga turut ketawa.

"Yang kuban-kuban je kau ni!" marah Nazim.
"Oh ya sebelum aku pulang, aku nak tanya kau ni. Bila kau nak confess dengan Iman pasal perasaan kau tu?" soal Elisha.

Nazim tersenyum.

"Aku rancang nak confess dekat dia esok, sebab tu aku bawa lagu Jeon Jungkook still with you. Aku tahu Iman kan suka sangat dengar lagu tu, so aku rancang nak confess melalui lagu tu je." Balas Nazim.

Elisha menepuk tangan.

"Good! Okey bye Zim jumpa esok!" laung Elisha dan beransur pergi.
" Bye!" balas Nazim.

Tanpa mereka sedar, rupanya ada orang yang curi-curi mendengar perbualan antara mereka berdua.
Hawa tersenyum sinis.

'Okey kita tengok siapa yang akan dapat kau, aku atau perempuan sundal tu.' Desis hati kecil Hawa.
Kemudian, dia beransur pergi dengan hatinya yang membuak-buak dengan dendam terhadap Imanina.



BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now