"Kau nak tahu tak apa maksud si Imanina tu?" sampuk Hawa.
Dia berdiri di antara Nazim dan Imanina.
Tersentak dengan itu, mereka memandang ke arah figura yang berdiri itu.
"Kau buat apa dekat sini Hawa?" soal Nazim datar.
"Saya nak bagitahu lah perkara sebenar yang awak tak tahu." Jawab Hawa dengan gedik.
Hawa berjalan mendekatkan diri ke arah Imanina dan Nazim.
"Kesiankan dekat awak dan Elisha, sebab selama ni korang berdua di permainkan je oleh si Imanina ni." Kata Hawa dan berjalan memusingkan Nazim dan Imanina.
"Apa yang kau merepek ni Hawa?" soal bengang Nazim.
"Okey biar saya cerita dekat awak perkara sebenar okey." Balas Hawa.
Imanina sudah terpegun dengan Hawa."Imanina ni bukan perempuan yang awak anggap suci pun sebenarnya. Dia ni bertopeng je, selama ni dia berlakon depan korang yang kononnya dia ni suci lah, alim lah. Hormat orang tua lah. Sebenarnya dia ni perempuan kotor!" kata Hawa dengan lantang.
Dengan beraninya, Nazim menghayunkan tangannya ke pipi Hawa.
"Awak ni kenapa Nazim?" soal Hawa bengang.
"Kau sedar tak apa yang kau cakap ni Hawa? Kau cakap Iman ni perempuan kotor, kau ada bukti yang dia ni pernah buat perkara terkutuk tu ada? Kalau sebab kau sakit hati dengan Iman sebab dia dapat menangi hati aku, tapi jangan sampai menghina dia." Marah Nazim.
"Bukti? Awak nak bukti ke? Saya ada je bukti yang perempuan kotor ni buat benda tak senonoh dengan lelaki mana entah. Ni bukti dia." Kata Hawa dan melemparkan sampul kepada Nazim.
Nazim mengambil sampul tersebut dan di bukanya.
Alangkah hancurnya hatinya apabila melihat gambar tersebut, di mana seorang wanita dan seorang lelaki melakukan perkara terkutuk. Dan lebih memilukan hatinya, wanita itu adalah wanita yang paling dia puja iaitu Imanina.
Nazim memandang Imanina dengan pandangan tidak percaya.
Imanina pula sudah menggeleng."Tu bukan atas kehendak saya Nazim, saya di r-rogol." Balas Imanina dia cuba menahan air matanya dari mengalir.
"Iman ni tipukan Iman? Iman yang aku kenal takkan buat macam ni kan?" soal Nazim inginkan kepastian.
Imanina mengangguk."Ya Nazim, saya takkan lakukan perkara terkutuk tu Nazim takkan." Balas Imanina.
Hawa ketawa jahat.
"Mustahil lah Iman, kalau kau dah sedap sangat. Mesti kau rela kan?" duga Hawa.
Air mata Nazim mengalir dengan deras."Tak! Aku kena rogol masa tu, tu bukan atas kerelaan aku." Balas Imanina.
"Bagitahu aku Iman, siapa lelaki yang rogol kau tu? Biar aku cari dia dan kerjakan dia habis-habisan." Kata Nazim dan menyekat kasar air matanya.
Imanina memandang lama Nazim.
YOU ARE READING
BUKAN KEHENDAKKU
RomansKARYA KETIGA🌻 "I love when you shout my name sweetheart." ~ Iman Faliq. "Are you crazy Iman?" ~ Nur Imanina. "We have a same feeling, but not have a same world." ~ Eskandar Ethan. "No need to worry, I still behind you untill i die." ~ Nazim Haykal...