Lab"

447 60 20
                                        

Aku pekakkan telinga saat Rachel membebel itu ini. Buku yang aku jumpa di rak bacaan milik Alex aku keluarkan dan ingin dibaca.

"Rachel, kau pergi mandi. Aku malas dengar kau membebel aku dengan keadaan kau yang teruk sebegini dan bukan seperti biasa." Ya, dengan rambut serabai dan pakaiannya yang tidak kemas itu membuatkan aku hairan. Rachel tidak pernah sebegini, atau ini kali pertama aku melihatnya sebegitu?

"Ini salah tuan muda tau tak? Saya risau tuan muda pelik sejak semalam. Tuan muda mana cakap macam ni, tuan muda yang saya kenal selalu senyum, sopan dan."
"Lembik? Apa-apa sajalah Rachel, tapi kau kena tahu aku bukan Alex yang lama. Alex yang lama dah mati dan aku yang akan menggantikannya." Jujur aku membuatnya berkerut menatap aku.
"Apa maksud tuan muda?"
"Aku bukan Alex yang kau kenal Rachel." Aku bercekak sebelah pinggang dan menatap dalam matanya.

Dia ketawa kemudiannya, mungkin dia berfikir aku sedang membuat lawak.
"Jangan berguraulah tuan muda, tuan muda mesti dah penat sangat kan? Dengan semua ni, sebab tu tuan muda tiba-tiba berperangai pelik macam ni kan?"
'Hebat betul pemikiran dia.'
"Suka hati kaulah Rachel, cuma aku minta kau jangan terkejut dengan siapa kau jaga sekarang." Aku abai dia dan beralih membaca buku. Aku kutip buku sejarah dan kuasa-kuasa yang wujud dalam dunia itu.
"Kau pergi mandi dan sarapan."

......

Kuasa hanya satu dan jarang manusia yang mampu mewujudkan dua kuasa dalam satu badan dengan jumlah mana yang sedikit.

Sekiranya ada, mereka adalah manusia yang terkuat. Malah, mempunyai tiga kuasa adalah luar biasa.

Kuasa boleh diwujudkan dengan membayangi dan merasai elemen yang ingin dikeluarkan.

Mempunyai lebih satu kuasa, mereka akan menjadi perhatian seluruh raja dan mereka akan diminta berkhidmat.

Aku menutup buku yang aku baca. Telapak tangan aku membentuk penumbuk. Biasakan diri dengan bermain elemen lain? Aku kuasa air, tapi sekarang aku nak wujudkan kuasa api. Bagaimana ya?

"Kuasa ni boleh diwujudkan dengan campuran elemen Rachel, kenapa kau tak percaya kajian aku? Tengok, api terjadi disebabkan udara yang dilepaskan oleh kita."

Aku merenung buku tanganku. Ingatan Alex menerawang lagi di fikiran aku.
'Itu karbon dioksida Alex, aku kesian dekat kau kerana lahir dekat dunia ni. Kalau kau lahir di dunia aku, kau pasti menjadi saintis.'

Buku tanganku yang aku bayangi api kini marak secara menyeluruh tanpa signal. Aku memandangi selamba dengan tidak berperasaan. Hanya elemen alam dikaitkan dengan sains memang ia tidak sukar diwujudkan. Kecuali orang yang tidak tahu menemukan caranya.

Aku membuka telapak tangan dan cuba membentuk bebola api. Tepat sangkaan aku, semuanya terhasil saat aku hanya membayanginya sahaja. Tetapi, aku merasakan sesuatu yang tidak kena pada tubuh aku.

'Jadi ini Mana, dimana ia sumber utama diserap untuk menghasilkan kuasa aku?' Aku senyum sinis. Bagiku, mana boleh ditingkatkan dengan stamina dan daya tahan tubuh. Selain itu, aku hanya menjaga kesihatan dan sering melakukan kerja berat untuk membiasakan perkara ini. Ingat senang nak jaga Mana? Aku melibaskan telapak tanganku selamba untuk menghilangkan api tersebut. Derap langkah yang semakin menghampiri itu menyapa aku.

"Tuan muda, saya tinggalkan sarapan di luar bilik." Ujar Rachel menunduk kepalanya sedikit.
"Bawa ke dalam." Aku pelik kenapa perlu makan diluar? Tapi aku lagi pelik melihat Rachel yang ternganga.

"Tu..Tuan muda nak makan kat dalam makmal?"
"Tak kan aku nak makan kat luar?"

"Tinggalkan diluar, nanti aku makan. Kau boleh tunggu aku Rachel?"

Oh, begitu. Ingatan Alex yang menerpa fikiran aku baru sahaja tadi membuatkan aku tersengih sendiri.
"Aku malas nak keluar Rachel, bawakannya sahaja ke dalam ni. Mungkin kau tak perlu tinggalkan lagi makanan dekat luar."

Rachel yang aku lihat sempat berkerut mengangguk sahaja menuruti perintah aku.
'Alex, Alex. Makmal kau ni bukan makmal kimia, aku tengok pun dah serupa library.'

Sedulang makanan yang masih panas itu sampai kepadaku. Aku makan dengan lahapnya dek terlalu lapar. Rasa macam tak makan setahun.

"Tuan muda, selepas ini tuan muda selesaikan semua kerja ni tau. Kalau tidak dihantar pada hari ditetapkan, pihak akademi akan maklumkan kepada tuan besar. Jadi, tuan muda tidak boleh mengelak tentang ni."
"Is it important?"
"Yes."

Aku ambil buku-buku ditangannya. Ku selak satu persatu dengan perasaan teruja. Semua ingatan Alex tentang pembelajaran menderu laju di fikiran aku seakan sebuah slaid bergambar yang telah dicetak. Aku puas hati dengan ingatan Alex yang kuat. Tajuk-tajuk pembelajaran antaranya sejarah, pengawalan kuasa, tentang kelemahan beberapa raksasa. Merafal kuasa sampingan kehidupan harian dan juga kuasa gelap. Selain itu, ada juga beberapa tajuk kecil memaparkan tentang darjat pangkat bangsawan dan rakyat jelata. Aku rasa semuanya senang berkat dengan bantuan ingatan Alex.

"Ini je?" Aku menoleh ke arah Rachel yang mengangguk serius.
'Kelas aku selalu petang, rasanya aku boleh capai jam sepuluh pagi ni.' Aku melihat jam di dinding. Sempat lagi aku nak buat penelitian yang ada di dalam makmal Alex. Sebenarnya aku tertarik dengan bangkai raksasa yang dikutip Alex. Semuanya terlihat berguna sekiranya Alex membedahnya.
'Aku pasti habiskan semua ni.'

..........

Suasana akademi aku tidak terlalu ramai memandangkan ianya hanya untuk para anak-anak bangsawan. Apa yang membuatkan aku tertarik ialah akedemi ini mengizinkan semua para butler mereka menemani tuan mereka. Seperti Rachel yang sekarang membawa beg aku.

Aku mengingat jelas keadaan laluan dan lorong kelas dengan bantuan ingatan Alex. Sampai meja aku duduk dan memerhati gelagat anak-anak riang disana. Memang semua butler kena berdiri ke? Aku pandang Rachel yang sedang mencari buku aku di dalam beg.
"Rachel, sebenarnya dah lama aku nak cakap tentang ni." Ya, selain tahu ingatan Alex, aku tahu perasaan Alex juga. Tapi aku tidak terpengaruh lansung dengan perasaan lemah Alex ini.
"Apa dia tuan muda?" Rachel menatap aku bersama senyuman manis dia.
"Aku tak suka akademi ni sebab semua pelindung mereka berdiri dari awal masa pertama hingga akhir. Aku nak sangat menentang sistem ni." Ya, itu perkara yang aku tahu Alex sangat membencinya.
"Kita tidak boleh mengubah semua tu tuan muda." Rachel tetap tersenyum. Aku pula pelik. Mana hak kemanusiaan?
Aku teringat aku boleh buat kuasa lain dengan membayangi sahaja bukan?

Aku menolak Rachel ke tepi.
"Eh tuan muda? Kenapa?" Pertanyaannya aku tidak ku jawab sebaliknya aku terus mencipta bongkah batu setinggi kerusi yang aku duduki.

Aku boleh perasan beberapa mata yang melihat gelagat aku. Aku tidak kisah tentang itu. Batu yang sudah siap tidak terlalu cantik itu aku tepuk. Berpeluh jugak dahi aku mengeluarkan Mana untuk hasilkan kuasa perbatuan.
"Duduk sini Rachel."
"Tu..Tuan muda tak perlu susah pa.."
"Ini perintah aku." Aku rasa kuasa veto aku mampu tundukkannya. Dia terdiam dan akur.

"Wah, wah, wah. Tengok si pucat ni ada hati nak tunjuk belas, hahaha." Satu suara gedik betina mana menegur aku dari belakang. Aku tak berpaling dan lebih memberi perhatian kepada Rachel yang kini menunduk malu.
"Eh bila kau ada kuasa batu? Setahu aku kau ada kuasa air je Alex?" Seorang budak lelaki pulak menegur aku.

Aku menoleh dan mengangkat bahu.
"Tak tanya, memang kau tak tahu." Selamba aku membalas tanpa perasaan. Jawapan aku yang terlihat tidak bersahabat itu membuatkan mereka memberi pandangan pelik ke arah aku. Aku tahu sebab apa, spontan senyuman leret aku tersungging.

'Aku bukan Alex yang korang kenal.'
Senyuman leret aku yang aku rasa sinis kini menambah lagi kerutan di dahi semua butler yang menonton.
"Kenapa peduli denganku, bukan selama ni kau semua anggap aku tunggul dalam kelas ni? Hehehe."



MISTAKE DEADS 𝐂Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang