E

300 39 2
                                        

Someone pov.
"Dapatkan budak tu, nampaknya dia masih hidup lagi. Dua orang yang aku upah untuk hapuskan dia nampaknya sia-sia. Tak guna Helena, dia sudah mewariskan kepada anak bungsunya."

"Tapi tuan, keluarga itu mempunyai sokongan kuat dari kerabat diraja, kalau kita serang secara besar-besaran begini, akan berlaku serangan balas.."

"Aku hanya nak budak tu mampus! Kalau keluarga dia terlibat, bunuh semua sekali! Biar keturunan tu lesap! Kau faham!?"

"Faham tuan, kalau begitu, saya permisi dulu."

Pintu terkatup rapat.
Lelaki separuh abad tersebut mengeluh kesal dan marah teramat. Assasin's diupah tidak balik memberi sebarang informasi seperti biasa.

"Helena, kuasa-kuasa tu sepatutnya milik aku. Aku akan merampasnya kembali."
Someone end pov.

...........

Kediaman George.
Someone pov.
"Ini ke rumahnya? Kita tidak terlambat bukan?"-A
"Kita bernasib baik, hari ni cuti." -B
Someone end pov.

........

Di pejabat George.
"Tuan, ada tetamu ingin berjumpa tuan." Seorang pelayan datang membawa berita.
"Siapa dia?" Si pembantu George menyoal.
"Saya tidak tahu, tetapi mereka mengatakan ada urusan mustahak untuk diselesaikan. Ia berkaitan tuan muda Alex."

George berkerut. Anaknya berbuat masalah? Tetapi sejak akhir-akhir ini anaknya tidak memberontak. Adakah tetamu yang menginginkan perkhidmatan piano milik Alex? Jika begitu terima sahaja.

"Bawakan mereka kesini." Arah George akhirnya. Beberapa minit selepas itu, muncul dua susuk individu terlihat muda. Riak George terus berubah pucat.

"George, maaf menganggu masa kau. Tapi kami ada urusan dengan anakmu." Ujar si bermata biru.
"Kau nak apa dari anak aku Silver?" George curiga.
"Dia ada sesuatu yang ditinggalkan oleh Helena kepada dia, dan kami amat memerlukannya." Sahut rakan Silver.

"Panggil Alex." Arah George ke pembantunya.
"Baik tuan."

"Boleh aku tahu, kenapa Helena berhenti dari organisasi rahsia diraja? Apa yang berlaku?" Soal George ingin mencungkil kisah arwah isterinya.
"Ia maklumat sulit untuk diperkatakan George." Jelas Silver.
"Kalau begitu, aku tidak akan meminta Alex untuk bekerjasama dalam hal ini. Aku hendak tahu kematian isteri aku. Aku tahu isteriku tidak berpenyakit, tetapi fitnah menyebar luas itu menganggu fikiran aku sampai sekarang." George bangkit dari duduknya dan berjalan menuju ke tingkap. Kecewa dengan kematian isterinya disebebkan perbunuhan.

"Tidak boleh begitu George, ini untuk kebaikan seluruh rakyat." Silver tak mengalah memujuk.
"Ia sangat penting untuk kerajaan kita. Pengorbanan Helena sangat bermakna buat kami." Sampuk kawannya pula.

"Pengorbanan mama?"

Alex muncul dimuka pintu sekaligus menamatkan pembicaraan orang-orang dewasa tersebut. Rachel setia dibelakang, kelibat Kris sepertinya tiada buat masa sekarang.

"Mereka ingin menanyakan sesuatu kepada kau." George kembali duduk di kerusi kerjanya. Hanya melihat dan mendengar selepas itu.

"Korang siapa?" Alex ambik tempat duduk di sofa single.
"Saya Silver dan ini Jack. Kami dari organisasi rahsia diraja kerajaan."
"Oh so, why are you looking for me? "
Selamba Alex menyoal menyebabkan kedua-dua pemuda itu terpempan seketika.

"Aku tiada masa untuk berlama disini,  so, straight to the point." Terlihat keanak-anakan dari segi fizikal tubuh namun kata-katanya sangat dewasa.
"Begini Alex, adakah mama kamu mewariskan sesuatu seperti sebuah buku kajian?" Tanya Silver sambil jarinya melukis kosong di udara membentuk satu buku.

"Buku? Aku hanya dapat surat minta maaf dari mama dan beberapa senjata serta baju. Rasanya kau berdua buang masa mencari aku." Alex bangkit dari duduk namun dipanggil Silver.

"Ia tentang pengeluaran kuasa baru. Mama kamu mempunyai empat kuasa sebelum ini dan telah mencatatkan formula pengeluarannya. Ia sangat penting buat kerajaan kita maju Alex." Jelas Silver. Ya, Helena mempunyai banyak kuasa menyebabkan ramai orang tertanya-tanya bagaimanakah ia terjadi.

Alex bercekak pinggang sebelah.
"Sejujurnya buku tu tak ada pada aku. Cakap tentang kuasa, sebenarnya jawapannya adalah merenung persekitaran kita. Fikir dengan logik, bukan dengan keberkatan dewa atau dewi. Ya, memang mereka yang mewujudkan kita tapi tahap kecerdasan boleh diperoleh dengan mewujudkan lebih banyak kuasa yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Jadi, carilah sendiri. Jangan harapkan buku yang tak wujud pada aku. Mari Rachel, hari ni kita ada monster baharu nak diburu."

Alex keluar dari ruangan tersebut. Meninggalkan Silver dan yang lain terpinga-pinga.
"Kau dapat jawapan kau Silver, jadi sila pergi." Ujar George menyembunyikan gelak.
"Anak kau kedekut ilmu." Jack merungut.
"Aku juga tanya benda sama. Jawapannya, renung alam disekeliling kita. Namun, sampai sekarang aku belum menjumpai sumber di mana dia boleh berfikir untuk dapatkan kuasa." Jelas George.
"Maksud kau, Alex sendiri yang mencari kuasa?" Tanya Silver bersama tidak percaya. George mengangguk mengakuinya.

...........

Rachel pov.
Aku tak sangka Tuan muda sangat berfikiran kreatif mencipta kuasa. Mesti dari kajiannya. Kami sedang perjalanan ke makmal saat itu. Dalam perjalanan itulah terasa lama sehinggakan aku boleh teringat segala pesanan Helena.

Kajian Helena? Aku merasakan bahawa Helena tidak meninggalkan apa-apa catatan tetapi hanya meninggalkan senjata dan beberapa surat untuk Alex serta anaknya yang lain.

"Rachel, kau termenung apa? Aku sedang bercakap kau dengar ke tak?"
"Ya, saya mendengar tuan muda. Tentang raksasa air itu, saya rasa tuan muda ambil sisiknya sahaja. Boleh dijual kerana sisiknya mempunyai kebolehan untuk buat baju besi dan yang lain." Jelas aku tak sure. Haha
"Peliklah Rachel, aku macam pernah tengok jenis raksasa ni." Gumam Alex yang sedikit perlahan di pendengaran aku. Dia membuat bebola air membentuk satu raksasa dihadapan aku.

"Apa dia tuan muda?"
"Kau tahu naga lagenda Cina?"
'Tuan aku merapu apa lagi ni?'
"Tak pernah tuan muda, tuan muda dapat maklumat tentang naga tu dari mana?"
"Dari buku." Balasnya bersahaja.
'That's right, from a book.'

"Tuan Muda! Tuan Rachel!"
Sudah, apalagi ni. Aku dengan tuan muda berpaling ke belakang dan melihat seseorang mendapat kami. Seorang pelayan wanita. Dari riak cemasnya pasti ada berlaku sesuatu.

"Perempuan tu."
Aku menoleh menatap tuan muda yang berkerut. Masalah dengan tuan muda dia ke?
"Aku pernah jumpa dia pertama kali di kota rakyat. Aku ingatkan perempuan gila mana tegur aku rupanya dia pelayan aku sendiri. Haha, boleh lupa pula."

Kulihat Alex tertawa kecil. Mungkin kenangannya semasa melarikan diri dari rumah.

{ Sebenarnya Rachel tak tahu Alex pernah lari rumah untuk kali pertama. Hukuman George adalah keduanya menjadi pelarian dari rumah sendiri. }

"Tuan muda Alex, Tuan Rachel. Ada beberapa orang telah pecah masuk rumah dan serang tuan besar dan tetamu!"

'Eh?'

Aku mengerling tuan muda. Namun, dia sangat..SANTAI.





MISTAKE DEADS 𝐂Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang