Defeat

197 30 0
                                        

Alex pov.
"Tak guna." Benda pertama yang aku ucap setelah kalah teruk kena belasah Kitawa and her girlfriend?

Aku tak sangka boleh bertembung dengan mereka saat perjalanan nak ke dark forest, tempat paling bahaya dan aku syak disana adanya batu kegelapan. Tapi rancangan kami lari kerana terserempak dengan Kitawa. Aku jeling ke sisi aku dimana Kay duduk selamba dalam kurungan emas yang sememangnya khas menyekat kuasanya keluar.

"Takkan kau tak boleh korek tanah Kay!" Jerit ku tidak puas hati. Depan aku, bukan manusia dari dunia ni! Mereka dari dunia yang sama sepertiku!

"Tak dapat, benda ni turut mengcengkam dalam tanah. Macam bentuk bola." Ucap Kay kuis tanah dengan jarinya. Gaya nampak tak sedih, tapi apa dia buat?

Zing! zing! Zing! Zing! Zing!

Lontaran pedang besi oleh seorang budak perempuan seusia aku itu menuju ke arah aku, aku elak dengan baik. Namun tidak pasti setelah serangan belakang tiba-tiba berlaku dari belakang. Mengejut! Tak bagi salam!

Kitawa muncul bersama senyuman senget dia. Menghentam aku dengan penumbuk batu.
Buk! Berdebush aku terpelanting jauh. Tanah pada lantai tanah terseret seperti dibajak. Aku sudah kotor macam bermain dan lumpur. Aku sekarang penat gila.

Darah keluar dari mulutku dan dadaku sesak dek tumbukan padu dari Kitawa.
"Kau mati hari ni." Dia datang dekat denganku.

Aku dah tak kuat. Dua lawan satu? Memanglah aku kalah telak!
"Kenapa kau berpihak dengan dewa kehancuran Kitawa? Kau boleh hidup damai dalam dunia ni?" Tanyaku bersama mata separuh kuyu macam orang mabuk. Letih habis!

"Sebab dia akan bagi apa aku nak! Dunia ni? Dunia sampah! Apa yang aku dapat? Manusia dalam dunia ni terlalu lemah!" Ujarnya merenung anak mata aku dalam.
Aku tergelak. Entahlah, rasa macam lawak. Dia macam kau nak mati dalam cool. Tiber.

"Kau tahu, bila aku nak diambang kematian, dewa kematian tak izinkan aku mati. Sebab apa? Sebab mereka juga terikat dengan aku." Sinisku berkata.

"Kita tengok kalau kau mampu halang ni!" Dia terus menusuk aku dengan satu tusukan di perut.

Bolehku bayang ia sudah menembusi bahagian belakangku.
"Erghh." Aku nampak darah aku.

Berlinang ke lantai tanah. Membuak keluar macam buluh paip yang pecah.
Aku dongak tak percaya ke arah Kitawa.
"Kali ni aku malas nak bermain-main." Ucapnya terus menolak aku jatuh terdampar macam mayat reput.

Dia tinggalkan kami. Perlahan-lahan aku mengintai ke arah Kay yang turut memandang aku tanpa perasaan.
"To..long..Uhurk.." Darah membuak keluar dari mulutku.

"Aku tak mampu buat apa-apa. Relaxlah, dewa kematian akan bagi chance. Jangan risau." Ucapnya selamba. Bangang betul aku saat ni. Perlu ke aku percaya dia?

"Aku dah tengok kematian berapa kali selama berjuta tahun, jadi aku tak ada feel sangat." Katanya lagi macam tahu apa yang bermain di kepala otak aku.
"Beram..bus kau..." Ucapku sebelum menutup mata. Gelap. Kosong. Tiada bunyi bising lagi.

Alex end pov.
.........

Normal pov.
"Macam tu lah cerita dia." Alex menghabiskan cerita dan sambil tangannya buat gaya the end.

"Siapa yang serahkan kuasa tu!?" Marah Dewa kematian sambil pandang wajah-wajah dewa dewi yang lain. Dia betul-betul berang kali ni.

"Kuasa tu sepatutnya ada pada dewa dewi. Aku tak sangka Dewa Cinta berpihak pada kita." Ucap dewi takdir pula.

Selama ini mereka salahkan dewa cinta kerana sentiasa berbuat masalah. Rupanya sedang handle urusan di dunia tersebut.

"Kenapa dia turun tangan?" Tanya dewa alam pula. Dia sebenarnya tidak kisah sangat dengan aktiviti dewa cinta yang menembusi seluruh demensia dunia.

"Sebab ada pengkhianat di kalangan kita." Ucap dewi kehidupan akhirnya.

Semua terdiam. Menuduh bukan jalan penyelesaian mereka.
"Aku selalu semak jadual perubahan takdir dunia yang menurun pesat. Ia sangat drastik dan puncanya masih tak dikenalpasti." Jelas dewi takdir.

"Aku tahu siapa dia, tapi korang boleh je tengok scene aku sebelum mati kan? Dan kau semua akan tahu siapa pengkhianat di kalangan kau semua." Tutur Alex bagi idea bernas.

"Kami tak dapat buat begitu." Kata dewi kehidupan.

"Kerana kau bersama dewa cinta, kami tak dapat masuk kubah pelindung jejaknya. Ia seperti di dalam telur. Kami tidak tahu apa yang berlaku di dalamnya." Tambah dewa kehancuran.

"Hm, betul kata dewa kehancuran." Ujar dewi kehidupan yang seakan bersuara perli.

"Tsh susah. Dewi kehidupan, bangkitkan aku sekarang. Kau semua ni rumit, aku tahu siapa pengkhianat tu. Aku cerita memang ada yang tak percaya. Jadi kau semua turunlah ke dunia ni. Senang cerita." Alex dah malas nak berkompromi.

"Ikut sedap mulut kau je, tugas kitorang sape nak handle? Kau?" Dewi takdir mengamuk.

Alex angkat tangan. Surrender. Gaduh bukan jalan penyelesaian.

"Korang semua ni sentiasa gaduh, tak berubah betul."

Suara yang asing. Siapa?
"Tak sangka kau akan join mesyuarat kami kali ni, dewi tumbuhan." Perli dewa kehancuran.

"Ara~ Aku sibuk suburkan tanaman di tanah yang kering. Ini bukan kerja senang dimana aku kena merantau seluruh dunia. Sepatutnya kau menyambutku dengan baik." Balas dewi tumbuhan berani.

Alex berkerut. Ada betulnya.
"Selamat kembali dewi kehidupan, ada urusan kau kemari ke sini?" Sopan dewi kehidupan bertanya.

"Tumbuhanku mengadu bahawa ada dunia yang sedang dalam keadaan tenat. Dunia ini, kau tidak mengurus dengan baik dewa alam."
Telunjuk dewi tumbuhan terarah ke satu tempat. Bagi Alex, dia hanya nampak samar-samar bayang sahaja.

"Aku tak mampu berbuat apa-apa, kalau sudah tertulis di dalam buku takdir? Tugasku hanya memindahkan populasi manusia ke satu dunia ke satu dunia." Ujarnya tidak mengaku bersalah.

Alex terkebil-kebil. Fikirannya melayang teringatkan manusia yang diteleprotasikan ke dimensi tertentu tanpa sebab. Ia macam, to another world? Berbeza dengan dirinya yang terlahir semula.

Manakala pahlawan pula, dilahirkan kerana kuasa mereka istimewa dan boleh mendengar suara dewa dewi yang memerlukan bantuan atau perintah sebaik mencapai usia matang.

"Apapun, aku harus masuk campur. Dewa Cinta yang terperangkap itu perlu diselamatkan. Pedih telingaku mendengar rayuan dari tumbuh-tumbuhanku untuk membantunya." Ucap dewi tumbuhan jujur.

"Kenapa tumbuhan-tumbuhan itu ingin membantu dewa cinta?" Tanya Alex berminat. Baginya, benda hidup yang tidak nampak pada matanya itu boleh berkomunikasi dengan dewi tumbuhan sangat hebat.

"Kerana dia menyemai cintanya di dalam tumbuhanku, semakin banyaknya cinta disemai, semakin bertambah populasi tumbuhan. Sebab itu kerjaku sentiasa mudah kerana dia melakukannya tanpa sedar. Dewa Cinta kuasanya lebih kuat dariku." Ceritanya.

Alex garu kening.
"Dewa dewi cuaca tiada eh?"
"Sudahlah merapu. Baliklah kau ke tubuh kau semula." Dewa kematian ingin tutup persidangan. Kerana dia yang memanggil semua sebab Alex mati tiba-tiba.

"Semoga berjaya." Dewi kehidupan menyemangati Alex.

Lama-kelamaan tubuhnya bertukar kabus. Hilang seperti debu.

MISTAKE DEADS 𝐂Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang