Lazy

368 49 4
                                        

'Hmm, ada cicak yang berani masuk bilik aku rupanya.'

Tidurku terganggu dengan dua orang penyusup atau lebih tepat pencuri. Sebenarnya wangku berada di pinggangku bukan di mana-mana almari atau meja. Kebiasaan di dunia lama bukan? Kita meletakkan dompet di saku seluar? Satu tabiat yang aku sentiasa bawa.

Langkah kewaspadaan dan sikap berjaga-jaga aku yang telah dilatih keras dan tegas di dunia sebelum ini membuatkan aku sudah terbiasa dengan situasi sebegitu. Dua orang penyusup itu masih sibuk menyelongkar segala barangku yang hanya busur panah dan beg pakaian sahaja.
"Mana dia letak?" Mereka membelakangiku ketika itu tidak menyedari aku sudah terjaga.
Aku tahu mereka ingin mendapatkan hasil buruan aku sebelum ini tetapi tidak kusangka berjumpa mereka sekali lagi.
"Tepi pinggang." Balas ku selamba membuatkan mereka menoleh terkejut.
"Budak tak guna!" Seorang pemuda cuba menyerangku namun aku hanya melastik jari lalu berbentuk ais runcing menusuk bahunya.

"Argh!" Teriakkannya bergema juga.
Dengan pantas aku bangkit dan mendapatkan dia lalu mulutnya ku bungkamkan dengan ais. Begitu juga dengan temannya yang baru hendak menyerang aku tetapi aku pantas membekukan lantai sehingga menjalar ke arahnya. Pemuda itu terbeku olehku sehingga paras leher.

"Kau berdua sepertinya tiada adab. Berani menganggu tidurku." Aku berasa sangat emosi sebenarnya namun aku masih menahan amarah ku.

"T..Ta..Tak gu..Na kau." Sumpah pemuda yang ku baru bekukan sampai leher tersebut. Temannya masih terduduk kesakitan menahan bahunya yang cedera parah dikerjakanku malah tidak menyerang lagi.
"Perangai kau berdua tidak matang sebagai orang dewasa padahal aku masih kanak-kanak di mata kalian?" Hairan, tetapi aku tahu mereka terdesak.
Mereka tidak menjawab sebaliknya mencebik marah dan rakannya yang satu lagi hanya mempedulikan kesakitan dari tadi.

Aku memecahkan ais di mulut pemuda itu dan dia mendongak menatap ku takut. Bahunya masih digenggam untuk mengelakkan darah keluar.
"Nama kau siapa?" Aku tertarik melihat kuasanya melalui kuasa semak profile aku.
"Kris."

Aku berkerut dia menipu namanya. Atau dia mempunyai nama samaran?
"Nama sebenar kau ke tu?"
Dia mengangguk perlahan.
"Bukan Relno Gretos Osha?"

Persoalan aku membuat riaknya berubah, manakala aku tersenyum sinis. Kau tak boleh tipu aku.
"Hahaha, kau merepek apa budak!? Osha adalah kaum terkejam yang memakan daging manusia. Mereka manusia bernafsu binatang." Pemuda yang dibelakangku bersuara galak dan tergelak dengan kata-kataku sebentar tadi.
"Osha? Manusia makan manusia? Kanibal ke?" Baruku tahu nama Osha itu sebuah kaum.

"Osha adalah keturunan pracampuran iblis dengan manusia. Osha memakan manusia untuk menambah tenaga kuasa mereka."

"Bagaimana kau kenal aku." Kris akhirnya bangkit perlahan-lahan. Renungannya bersama tatapan tajam hanya dipandang bosan olehku. Segala kenangan Alex bersama Rachel sebentar tadi terhapus.
"K..Kau Osha Kris?" Rakannya terbeliak mata.

Aku boleh mengangggak mereka berdua tidak serapat mana tetapi sikap setia kawan itu ada.
"Maafkan aku Tlog, aku rahsiakan siapa diri aku." Kris menarik ais runcing kecil di bahunya dengan kasar. Tidak lama kemudian, bahunya yang luka itu pulih sendiri. Hanya Tlog yang menyaksikan itu ternganga dan tidak pada aku kerana keadaan itu lebih kurang sama dengan kuasa heal.

"Patutlah kau tak pernah luka setiap kali selesai bertarung dengan raksasa. Kau tipu aku Kris!" Marah Tlog.
"Aku ingin berteman dengan kau Tlog." Ujar Kris ingin mendekati namun Tlog meludah kasar. Hanya itu yang mampu dia lakukan.

"Hey, tak perlu nak buat drama kat bilik aku. Sila keluar dari sini." Aku petik jari dan ais yang membaluti tubuh Tlog hancur menjadi empingan salji. Hebat bukan? Hehehe.
Tlog mengambil kesempatan terus melarikan diri. Akhirnya tinggal aku bersama Kris, atau nama sebenarnya Relno Gretos.

"Keluar."
"Aku nak tahu bagaimana kau mengenali aku, sebab aku sudah mengembara jauh dari tempat asalku. Malah memalsukan namaku sehingga empat tahun bukanlah perkara yang sukar bagiku lagi. Tetapi kau sesenang itu mengetahui ku dari kaum Osha malah namaku kau tahu sepenuhnya, kau siapa budak?"

"First at all, aku Alex. Bagaimana aku tahu? Itu rahsia aku. Sekarang kau keluar dari sini atau aku akan membunuh kau nanti." Aku menghalaunya selamba. Tidak berminat aku mengenali dia.
"Alex, aku mungkin tidak akan keluar dari sini."

Aku hairan.
"Aku sudah terkepung. Tlog memanggil pemburu dari guild." Ujarnya cuba memanjat tingkap. Namun belum sempat dia ingin memijak bingkai tingkap, satu lembing menjunam masuk ke tingkap bilikku dan Kris mengelak baik.
"Bukan Tlog kawan baik kau?" Hairan sejenak aku.
"Kami sudah dua bulan bersama, aku kecewa dia mengkhianati aku hanya kerana status aku." Kris beriak sedih dan terlihat sudah mula berputus asa.
"Kau makan manusia ke?"
Kris menggeleng menjawab soalanku.
"Jadi ia sekadar khabar angin?"
"Tidak juga, ia turut menjadi sebuah ritual bagi kaum kami. Makan sekadar perlu" Balas Kris menyandar di dinding bilikku. Nampaknya bilik aku terkepung oleh beberapa pemburu dari guild.

"Osha merupakan hasil buruan terbaik yang pernah aku jumpa."
"Dia milik aku."
"Aku yang akan dapat habuan tu."
"Aku dulu."
"Akulah! Wang tu milik aku."

Aku pening kepala dengan keriuhan bilik aku. Ramai!
"Tangkap dia sekarang dan berambus. Aku nak tidur." Pintaku dingin membuatkan mereka saling berpandangan. Aku betul-betul tiada mood sekarang.

"Mari." Kris tidak takut, aku pula merasa kehairanan. Sebelum ini, aku menyerangnya boleh pula menggeletar tetapi kenapa ramai sebegini dia boleh tenang?

Kris mengelak baik, sebaik beberapa tusukan dan cantasan cuba untuk mengenainya.
'Kenapa dia begitu muram tadi? Adakah kerana persahabatannya hancur?' Aku memikirkan sebarang keanehan sebentar tadi namun aku tidak berpengalaman dalam hati dan perasaan.

"Dia terlepas! Tangkap dia!"
Akhirnya sepasukan pemburu keluar dari bilikku dan mengejar Kris.
Aku senyum setelah mendapat ketenangan kembali. Esok, aku ingin berburu lagi.

"HUARGHH..Ngantuknya.."
'Tengah malam buta pun mereka ni masih bertenaga, aku tak tahulah mereka ni makan apa disiang hari.'

MISTAKE DEADS 𝐂Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang