like"

342 51 1
                                        

Aku menyerabaikan rambutku yang panjang. Subang telinga ku telah ditukar kepada batu hitam berkilat rekaan aku sendiri. Petang ini, aku kembali ke kelas dengan wajah lama. Ya, berpakaian nerd tapi jangan risau, aku masih segak bergaya dan paling handsome.

"Cuba kau pakai cermin mata ni Alex." Belum sempat aku menghalang, Kris telah meletakkan cermin mata tanpa kanta itu dimataku tanpa sempat aku menolaknya. Aku melihat diriku di cermin. Terpegun seketika kerana wajahnya ku lebih kepada baby face.

"Tuan muda nampak comel."

"Rachel, aku tak comel

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


"Rachel, aku tak comel." aku menarik kembali cermin mata tersebut dan mencampak ke arah Kris yang terkekek ketawa. Sukalah tu mengenakan aku.

"Hari ni kita ada kelas apa Rachel, sudah lama aku tidak hadir jadi aku tidak ingat jadual."
"Hari ni tuan muda ada kelas piano."
"Kelas muzik?" Aku tidak tertarik dengan kelas sebegitu walaupun aku mahir semua alat muzik. Tetapi Alex, aku tahu dia membenci kan muzik kerana muzik membuatkan dirinya mudah hanyut. Well, aku boleh katakan Alex sebenarnya menolak minat demi maklamat sihir.
"Tuan muda masih ingat cara bermain piano?" Tanya Rachel membuatkan aku spontan mengangguk. Sebenarnya Alex tak reti pun, aku je reti.

...........
Akademi Alex

"Hei, itu Alex kan?"
"Tengok, dia ada pelindung baru."
"Kenapa Alex makin handsome pula ya?"
"Kenapa Alex jadi tumpuan ramai ni?"
"Dia baru balik lepas dari hukuman ayah dia."
"Tengoklah, dia kembali berpakaian sama macam dahulu."
"Mesti kena marah teruk."
"Bagi aku, aura dia berbeza. Tengoklah cara berjalannya."
"Dia belum berubah tu."
"Betul ke? Tapi aku rasa dia tetap berubahlah."

"Kau pernah buat masalah ke Alex? Sampai jadi pusat perhatian macam ni?" Tanya Kris sekaligus membantu aku bercakap. Sesungguhnya aku terasa bosan selama perjalanan ke kelas.
"Kris, jaga cara bertutur." Bisik Rachel.
"Biarkan dia Rachel, aku lebih suka bercakap bebas sebegini. Tentang pusat perhatian, sebenarnya aku pelajar bermasalah Kris." Jelas aku sambil kerling Kris disebelah.
"Aku tak pernah fikir kau buat kebaikan malah membantu orang. Aku kenal kau siapa." Kutuk Kris selamba membuatkan Rachel hilang sabar. Buntut Kris disepak Rachel juga akhirnya. Pantang betul bila tuan mudanya dikutuk sedimikian rupa.

"Rachel, Kris tidak kenal perangai lamaku dahulu. Dia baru-baru ini mengenali aku yang sekarang. Jadi, kau jangan ambil hati sekiranya dia berkata sebegitu. Sebab bukan kau berubah, itu aku." Pesanku supaya Rachel menjaga perasaannya sendiri dari aku.
"Tapi tuan muda.."
"Rachel, aku suka kau mengambil berat tentangku. Aku hargainya, tapi aku tidak selesa." Ucapku bersama senyuman manis supaya boleh membuatkan dia terkesan. Aku tahu ni cara lama Alex untuk melembutkan hati Rachel.
"Baik tuan muda."
'Kan senang.'

"Wah, wah, wah. Dia dah kembali, bersama dengan pelindung baru pula tu." Seorang pelajar lelaki yang aku tidak ingat siapa dia. Ingatan Alex juga tidak membantu. Tiada dalam otak simpanan. Lantaklah.
"Sorry, aku tak kenal kau." Aku melaluinya selamba. Boleh ku lihat riaknya bertukar terkejut.

"Aku dari Keluarga Drony Foilds, Fei Drony! Ingat tu!"
"Ya, ya." Sahut ku malas. Tahu jerit je lebih. Cakap tentang nama keluarga budak tadi, nampaknya Alex ada gambaran ingatan tentang nama tadi.
"Bangsawan yang bekerja di bawah pemerintahan raja? Bukankah bagiku kebebasan itu tiada? Betul tak Rachel, Kris?"

"Aku okey je, tak tahulah pula Rach." Kris korek telinga.
"Aku Rachel telinga kuali!" Marah Rachel menggenggam penumbuk.
"Ya ya." Sahut Kris malas hendak bergaduh.

Aku tertawa kecil mendengar pergaduhan di belakang. Nampaknya membawa Kris ikut bersama tidak merugikan aku. Sampai sahaja di kelas, aku melabuhkan punggungku.
"Maaf Rachel, kali ini aku terpaksa menahannya."
"Memang perlu tuan muda. Kris, kita kena berdiri sampai masa pembelajaran tamat, kau mampu?"
"Dah biasa." Jawab Kris selamba sambil memasukkan tangannya ke dalam poket. Sangat santai dan cool!

Kelas dimulakan dengan bermain piano. Sepertinya giliran Alex menjadi yang terakhir.

"Alex George, giliran kamu."
'Aku dah mengantuk sangat tadi, kalau bukan sebab orang tua busuk si George tu, aku tak akan berani pertaruhkan Rachel dan Kris.

Aku mendapatkan piano tersadai di hadapan. Jari jemari ku bermain mengikut rentak kod yang ditulis di buku hadapan. Aku mengingat jelas lagu tersebut. Alunan petikan aku di kekunci papan piano membuatkan aku sendiri terbuai. Sudah lama aku tidak bermain alat muzik.

Persembahan aku akhirnya tamat beberapa minit selepas itu. Tiada tepukan gemuruh kerana lagu dibentangkan hampir semua sama dengan pelajar yang lain.
"Kamu lulus Alex. Baiklah sila balik ke meja kamu." Arah guru di hadapanku. Tetapi aku rasa aku mempunyai idea yang menarik.

"Guru, mamandangkan kelas guru masih belum selesai, izinkan saya mempersembah lagu saya sendiri?"
"Kamu membuatnya Alex?"
"Ya, saya ingin guru mendengarkannya." Ujar ku bersama senyuman leret. Seperti penjahat sahaja sedangkan aku tengah nak naikkan saham ayah.
"Tunjukkan kepada kami Alex."
"Terima kasih guru. Baiklah, mempersembahkan, Harry Potter song." 'By Peter Buka.'

"Kau sangat berbakat Alex!" Puji guruku. Manakala aku melihat Rachel ternganga besar dan Kris pula sangat teruja.

Aku mendapat tepukan guruh seluruh kelas. Malah kelas sebelah menyebelah juga tak lepas peluang mencuri lihat di pintu depan dan belakang. Aku tersenyum sinis sekali lagi, wajah George menerpa di fikiranku.
'Aku nak kau memuji ku sekali George. Nak tengok tahap ego kau tu sampai mana.'

Aku kembali ke meja dan terus dipeluk selamba oleh Kris.
"Kenapa kau tak beritahu kau pandai main benda tu?" Soalan dari Kris yang boleh didengari semua orang itu sekadarku balas tawa. Pasti mereka terkejut dengan perangai sebenar Kris yang sebelum ini pendiam. Tetapi pelindung yang selamba menganggap aku sebagai kawan.

"Tuan muda, setahu saya piano yang hanya ada di kediaman tuan muda berada di bilik Puan muda Alesya."
'Rachel memusykilkan aku.'
"Aku sempat mempelajarinya di tempat lain selama dua minggu ini Rachel, aku tidak membazirkan masa ku."

Jawapanku disambut senyuman lebarnya. Pasti dia mempercayai sedangkan Kris pula yang tercengang dengan jawapanku. Aku berburu tiap hari, mana ada masa untuk bermain piano.
"Kris, usah fikirkannya."
"Kau ni susah difahami Alex." Ujar Kris sambil menggaru keningnya.

"Alex, bagaimana kalau kamu menghadiri beberapa majlis ataupun sebagai Vip class?" Guru berbotak licin menghampiri aku dan menawarkan sesuatu. Aku tak bolehlah bagi servis percuma bukan?

"Saya inginkan pertukaran yang berbaloi guru." Ujarku bersama senyuman licik.
"Selama pengajian kelas muzik, saya akan begi percuma untuk kamu Alex. Jadi, usah risau tentang itu."
'Padahal George yang bayar kelas aku. Lantaklah, yang penting dia terkesan.'
"Boleh, saya setuju."
"Wah! Terima kasih Alex, saya akan pastikan kamu menjadi terkenal."
"Your pleasure." Famous? Not bad.

MISTAKE DEADS 𝐂Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang