lucky

310 45 2
                                        

"Aku dari Keluarga Drony Foilds, Fei Drony! Ingat tu!"

"Tak sangka jumpa kau sini, kau ekori aku ke?" Aku bertanya ingin tahu.
"Tidak, aku hanya mendapat tawaran disini sehari selepas berjumpa kau masa itu." Jawabnya angkuh.
"Oh, pelajar baru jugaklah kau. Setahu aku kau lebih tua dari aku. Ke, kau ulang kelas semula?" Usikku membuatkan dia menyinga marah.

"Kali ini aku berkesempatan melawan kau. Aku nak kau guna kuasa baru." Ujarnya lalu melibas angin sekaligus memulakan pertarungan. Aku elak ke sisi dan berpeluk tubuh.
"Tak adil, kalau kau memintaku menggunakan kuasa batuku, aku juga mesti meminta sesuatu. Permintaan tidak berat sebelah." Ujarku mengumpan.
"Oh jadi kau ingin kau mengadakan perlawanan cabaran!?" Jeritannya membuatkan semua pelajar tertarik.

"PERLAWANAN CABARAN! PERLAWANAN CABARAN!" Permintaan dari seluruh penjuru membuatkan aku teruja. Begitu juga Fei yang senang mendapat sokongan. Aku mengerling ke arah Kris dan Rachel yang tidak merisaukan aku. Sepertinya mereka percaya dengan kekuatan aku.

"Baiklah, sekarang apa yang kau inginkan dariku?" Fei mula menawar.
"Aku nak kau siram pokok bunga setiap hari sampai musim bunga."

Sunyi~

Permintaan aku membuatkan semua pelajar melopong. Tak masuk akal?
Well, aku cuma bermain-main.
"Tak guna! Kau meremehkan aku!" Fei membentak marah.
"Aku cuma ingin membantu pihak akademi, bukan kepentingan diri sendiri. Lagipula, pokok-pokok dikawasan akademi ini masih kecil dan belum berbunga. Kalau dijaga rapi pasti ia sangat cantik. Betul tak pelajar semua? Kamu semua juga inginkan suasana yang ceria bukan?" Aku hanya mendapat beberapa anggukkan. Mungkin ini kali pertama bagi mereka mendapat keuntungan yang sama dibuatku.
"Baiklah, aku setuju. Dan permintaan aku dalam perlawanan cabaran ini, ialah aku ingin kau menjadi pelayan aku."

"Eh, bukan kau meminta aku guna kuasa batu aku ke?"
"Itu semestinya." Ujarnya bercekak pinggang.
"Kalau begitu kau meminta dua dariku tapi aku satu. Mana adil." Provokku seraya tersengih.
Fei mengetap bibir.
"Apa permintaan kedua kau?" Tanyanya. Suasana sunyi kembali.
"Aku ingin pelindung kau. Sepertinya kau mempunyai tiga pelindung." Aku tersengih lagi sambil melihat tiga pelindungnya yang menatap aku tajam. Pasti tidak menyukai aku secara keseluruhannya.

Kali ini aku menerima sorakan dari penjuru gelanggang.
"Aku, menolak." Fei jelas berterus terang. Wah, aku boleh agak dia menyayangi pelindungnya.
"Kalau begitu, pertarungan cabaran ini terbatal." Aku senyum sinis.

"Kalau aku tawarkan sesuatu?" Fei bercekak pinggang.
"Apa dia?" Aku ingin tahu.
"Kalau aku kalah, kita adakan perlawanan antara pelindung. Dan kalau pelindung aku menang, permintaan pertama kau anggap terbatal. Bagaimana?" Dia tersenyum licik.
"Kau mempunyai fikiran yang memutarbelitkan syarat aku. Baiklah aku terima cabaran kau."

Kami akhirnya melakukan pertukaran darah selepas itu sebagai syarat pertandingan.

TING! Perlawanan dimulakan.

Fei meluru ke arahku dengan kuasa anginnya. Aku hanya berdiri tegak saat dia menghampiri. Sebaik sahaja dia ingin melakukan tendangan, aku elak ke sisi. Tapi aku tau dia licik, dia mempunyai dua kuasa.

"Hiargh!" Kuasa apinya berbentuk penumbuk dihayun ke arahku dengan tangkas. Sayangnya, aku tahu kelemahan dia.

Fei Drony
12 years old
Power : wind and fire
Wind - Level two
Fire - Level three
Weakness : Close combat.

Aku membina pendinding batu dan akibatnya dia menumbuk batu dari wajahku yang comel ini.

"Argh!"

MISTAKE DEADS 𝐂Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang