Lucky"

258 49 0
                                    

Aku tengok pelindung baru aku atas bawah. Aku tahu dia tak biasa lagi dengan aku, lagi-lagi Rachel dan Kris tengah berperang belakang aku.
"Kenapa kau berdiri? Duduklah situ." Aku tunjuk sofa bilikku. Dia akur dan teragak-agak untuk duduk. Aku yang baring atas katil sambil main scnpad malas nak berkenalan sebab aku tahu nama dia melalui semak profile.

Di akademi sebelum ini, Fei menyerah  pelindungnya dengan paksa. Aku tahu sukar, tapi ini dah dinamakan perjanjian. Cabaran harus dilaksanakan. Nak dapatkan kembali, kena bertarung denganku sekali lagi.
"Nama kau ape?" Kris datang menganjing. Rachel datang duduk di lantai setelah beradu lawan tubuh dengan Kris sebelum ni. Mujur bilik aku luas gila, tak masalah aku biarkan dua ekor ni bergaduh. Jangan guna kuasa je, aku hukum dua-dua.
"Aku Stewart Argue, pengguna kuasa air tahap empat." Dia menunduk sedikit kepalanya berkenalan dengan mereka.

"Oh, Stewart..Kau rindu tuan kau tak?" Kris soal sengaja. Rachel mendengar ketawa dan hempuk Kris sengaja dengan bantal yang disebelah sofa diduduki Stewart.
"Apa, aku tanya je." Kris geram.
"Aku akan setia dengan siapa aku bertuan." Stewart menunduk hormat.
"Tak perlu formal sangatlah, behave." Ajar Kris menyebabkan belakang kepalanya ditampar Rachel.
"Kau ni bawa pengaruh buruk betul." Rachel geram tak semena-mena. Sekali lagi Kris dibelasah lagi. Stewart yang melihat situasi itu terpinga-pinga.

Aku meletak scnpad atas meja. Pengecasnya aku ambil dari dalam beg dan diletakkan di bawah scnpad. Tapak pengecasnya berfungsi baik saat aku hidupkannya.
'Modern type.'
"Alex! Kau tengok Rach ni. Tak puas hati lagi dengan aku!" Jerit Kris menarik perhatian aku. Rachel pantas melepaskan Kris macam tak pernah bergaduh. Muka tak bersalah Rachel buat aku bosan. Besar-besar masih tak matang.
"Kau berdua ni macam anjing dengan kucing." Kutukku selamba.
"Tuan muda, maafkan saya. Saya akan berperilaku baik." Rachel kali ini formal denganku.
"Kris, aku nak kau belajar benda yang aku belajar. Hehehe." Aku keluarkan satu buku di rak.
"Ketawa kau menyeramkan aku Alex." Kris berkerut risau.
"Aku nak kau baca ni." Aku campakkan buku itu di hadapan dia.
"Apa ni?" Kris ambil dan belek.
"Cara berperilaku formal?" Rachel terkebil-kebil.
"Maksudnya kau nak aku berperilaku formal dengan kau? Bukan kau sendiri yang nak santai je Lex?" Kris menutup buku dan menatap aku tajam tak setuju.
"Hanya ditempat umum. Perangai kau menarik perhatian orang lain sampaikan aku rasa macam diperhatikan dua puluh empat jam." Jujurku membuatkan Rachel akhirnya tergelak-gelak dan Kris mencebik.

Sangat menyesakkan.

"Selepas ni kau berdua tolong buru raksasa ni. Aku nak dapatkan kristal di dahinya. Ia berfungsi sebagai penghubung. Raksasa macam ni sangat banyak kan? Mereka boleh bertelekomunikasi dengan spesies mereka sendiri." Aku tunjuk satu rupa raksasa yang pernah diburu Alex sebelum ini.

"Sebelum ni kan dah pernah buru." Rachel kehairanan.
"Aku nak tiga lagi, aku ada sesuatu yang nak dibuat dengan kristal tu." Jelasku mendapat anggukkan mereka.
"Kau tak ikut?" Kris bertanya.
"Aku nak bawa dia ni balik ke rumah Fei. Aku tak tahu nak buat apa kat dia." Ucapku selamba membuatkan Stewart menatapku tidak percaya.
"Tuan muda Fei tidak akan menjilat ludahnya balik tuan muda Alex." Jelas Stewart buat aku garu pipi.
"Kau ni Alex, gembiralah sikit. Aku tahulah aku dengan Rachel ni hebat, tapi janganlah berharap sangat kami ni melindungi kau." Kris berkata selamba namun Rachel pantas menyampuk.
"Saya akur dengan keputusan tuan muda, apa yang dikatakan Kris salah sama sekali." Rachel mendabik dada.

Kris dan Rachel bertatapan sekali lagi nak bergaduh. Aku pening kepala dibuatnya.
"Dah, kau berdua pergi sekarang. Nak gaduh, dalam hutan sana." Aku halau sekaligus membuatkan mereka terus keluar dari bilik. Nak menghentam masing-masinglah tu.

"Tuan muda Alex, saya janji akan setia. Gunakan saya bila-bila masa." Stewart tunduk 90°. Aku senget kepala sebab aku merasa sesuatu yang tak kena.
"Berdiri tegak." Arahku dan dia akur. Aku meletakkan tanganku kedadanya membuatkan dia terkedu dengan perilaku aku.
'Berdebar babi, dia takut apa? Hahaha.'

MISTAKE DEADS 𝐂Where stories live. Discover now