The beginning

257 42 0
                                    

"Kau gila ke? Kalau kau bunuh Kitawa, sekaligus kau bunuh Andrew yang tak bersalah. Dewa kematian akan syak kau." Marah Luna sambil kedua-dua pipiku dicubit geram.

Dimata dia, aku seperti anak kecil yang dahagakan kasih sayang seorang wanita ke? Putuih!
"Kita ada cara lain Alex, kau tak perlu tergesa-gesa. Misi kita sekarang cari pahlawan dan bergabung dengan mereka. Ajar sihir yang boleh diguna pakai." Zen bercekak pinggang.
"Mereka semua tu kalau diajar sihir baharu pasti akan mengesyaki kita." Jelasku.

"Kau tak perlu risau tentang tu, dewa alam sentiasa berada dekat dengan para pahlawan dan memberitahu kewujudan kita menerusi mimpi mereka. Mereka semua sudah diberi satu kelebihan special dimana boleh mempelajari pelbagai sihir tanpa mengesyaki kita. Dan kewujudan kita dianggap mereka sebagai collector."

Penjelasan Zen buat aku berfikir lama. Kadang kala aku rasa semua ini sangat menyusahkan bila aku kembali  bekerja. Tetapi, demi hartaku yang berada di dunia lain, aku tak sanggup ia berlaku.

"Luna, menjauh dariku. Dada kau menyesakkan wajahku." Sempit. Aku menolak Luna yang semakin bernafsu memeluk aku. Tak guna perempuan gila, kenapa aku satu team dengan dia!
"Er, aku balik dulu." Zen melarikan diri.
"Ara, ara. Aku tak mengawalnya. Hehehe, kau terlalu comel Alex. Zen pula tak sporting denganku." Ujarnya tertawa kecil. Macam ketagih sex pula aku tengok betina ni.

"Zen!" Melihat Zen yang sudah menghilang membuatkan aku rasa geram. 'Sepatutnya kau menikmatinya Zen.' Sweatdrop.
"Sorry Luna, aku pergi dulu."

Zup.
..........
Sampai rumah guna teleport aku dah bernafas lega.

"Tak guna punya betina, stim aku dibuatnya." Kecewa aku.
"Alex?"

Aku toleh melihat ke arah pintu bilik, Alfroy disana.
"Tadi aku cari kau, tapi tak ada dalam bilik. Satu rumah aku cari tak jumpa. Sekarang tiba-tiba ada pulak, dari mana kau muncul?" Alfroy masuk bersama pelindungnya.
"Kau nak apa?" Aku nak tidur, nak rest. Pertanyaannya tidak ku jawab.

"Tadi ada Andrew datang sini, kau buat hal dengan dia ke?" Dia berkerut, mungkin menyedari aku tidak mahu menjawab soalannya.

Mendengar nama si Andrew, aku sebenarnya tertanya-tanya macam mana dia boleh tahu Kris adalah separa iblis? Bau? Aku tak ada kesan dalam special eyes aku atau memang deria dia tajam giler?
"Dia ada cakap apa-apa?" Tanyaku ingin tahu.
"Ada, dia nak mengadakan pertarungan cabaran esok dengan kau. Dia bersumpah bawa nama keluarga dia sekali. Ini first time aku tengok dia betul-betul serius."

"Abaikan dia, aku tak berminat. Kris pun takut dengan dia. Esok aku tak datang akedemi tu lagi." Putusku menyedarkan Alfroy sesuatu.
"Ha lupa! Ayah minta aku panggil kau sebab nak bincang tentang tu." Ceritanya sambil ketuk kepalanya sendiri. Bolehku agak dia terlupa.

"Nanti aku pergi, aku nak mandi dulu." Aku menapak masuk bilik air meninggalkan dia di luar bilik.
.........

Di bilik George aku perhati ruang sudut bilik yang kemas dengan tak buku yang menjadi pintu?
"Ini pertama kali masuk ke bilik ayah Alex?" Satu sosok muncul di pintu tandas.
"Aku dah maklumkan kepada Kris untuk memberitahunya kepada ayah, kenapa masih tidak berpuas hati lagi?" Aku terus straight to the point.
"Kau tak fikir apa akibatnya sekiranya aku menangguhkan pengajian kau?" George tatap mata aku tepat.

"Kehilangan sijil pelepasan pelajar setelah berhenti dari sekolah." Jawabku tahu dan yakin.
"Jadi kenapa kau berhenti?"
"Ala, nanti nak dapatkan sijil tu aku cuma buat rayuan lagi, ada ujian fizik so aku ambil jalan shortcut." Jelasku macam orang bijak. Atleast bukan bodoh sombong.
"Hm, jangan kau gagalkannya Alex, ia memalukan." George sudah putus asa menentang permintaan aku.
"Ia hanya dua tahun. Ayah jangan risau tentang itu, aku ada pekerjaan lain hendak dilakukan." Ujarku lalu hendak keluar dari biliknya.
"Pekerjaan apa?" Tanyanya sebelum aku menapak keluar.
"Perintah dewa dewi untuk jaga dunia."

.............

Time skip
Esoknya aku tak ada kerja selain melatih Kris.

Syrikh! Shuuu! Boom!

Lambungan akar tinggi bertujuan untuk menghempap aku, di elak dengan kuasa teleport aku.
"Apa ni Alex, kau guna kuasa tu lagi!"
"Oh sorry, terbawa hehehe." Aku tayang muka selamba babi.
"Tak naklah berlatih lagi dengan kau."
Dia merajuk.

"Kris, kau nampak hodoh macam tu. Menjijikkan."
"Kau ni memang!"
Marahlah kau Kris, bukan kau boleh pukul aku. HAHAHA !
Kris mendekati aku dengan riak serius setelah itu. Nampaknya dia tak jadi merajuk dengan aku.
"Alex, sebenarnya kau siapa? Kau manusia pertama aku jumpa guna pelbagai kuasa." Tuturnya perlahan. Direndahkan suaranya agar tiada yang mendengar.

"Not your own business." Ucapku selamba membuatkan dia semakin berkerut tidak puas hati dengan jawapan yang aku berikan.
"Hari ni latihan kau membaik, tapi aku sarankan kau guna tumbuhan periuk kera tu. Kau boleh buatkan?"
Tanyaku ingin tahu.
"Boleh tu boleh, tapi aku nak guna masa bila?"
Aku tersengih, soalan yang bernas.
"Guna masa musuh kau nak mampus. Ia jadi sumber makanan kau secara tak langsung." Ujarku sinis.

Dia terbutang mata sambil tersenyum suka selepas itu.

"Licik perlu ada dalam kerja kita, tapi kalau dah terbiasa, licik sudah dianggap satu skill bonus yang bantu kau bukan sahaja dalam kerja tetapi ketika menjalani kehidupan seharian."

Di saat ini, fikiran aku terbayang senior aku yang di dunia sebelum ini. Dia mempraktikkan kelicikkannya setiap hari bagaikan melakukan aktiviti yang menyeronokkan. Aku tibet jealous.
"Kris.." Panggilku perlahan. Kris memandangkan aku tanpa bersuara.
"Kalau kau menang lawan aku sepuluh kali, kau akan aku beritahu siapa aku." Janji aku.
"Heeee, kenapa perlu sepuluh kali? Kau takut ke?" Soalnya sinis.
"Yup, anggap sahaja jaminan aku." Ucapku bersama senyuman pendek sekaligus buat dia berhenti menyoal.

"Hari ni kau ada tugas special dari seseorang Kris."

MISTAKE DEADS 𝐂Where stories live. Discover now