"Hachum!"
Kitawa menggosok hidungnya kasar.
"Kau masih nak teruskan pencarian?" Tegur si budak perempuan disebelahnya.
"Aku kena lakukannya Sara." Ujar Kitawa tidak putus asa. Gua yang dimasuki tidak nampak jalan penghujung. Mungkin sebuah dungeon yang terbiar. Bebola cahaya mengikut mereka di atas kepala.
Sara, budak perempuan itu mencebik sahaja.
"Ethen dan Mike sudah mengerahkan sekumpulan raksasa berkumpul di utara." Sara memegangkan sisi kepalanya. Tanda isyarat telekomunikasi di terima dari rakan team nya.
"Biarkan mereka mengurusnya." Ujar Kitawa tidak berminat ingin tahu.
"So, kau tetap akan mendapatkan kuasa itu, dewi ketamakan?"
Kitawa berhenti. Dia menoleh dan menatap tajam Sara.
"Jangan sesekali memanggil aku dengan nama itu, ia tidak mengubah hakikat aku sudah menjadi manusia sebelum ini." Ujarnya dengan nada dingin. Jelaslah sudah dalam mood yang sudah rosak.
Sara tersenyum meleret.
"Dewa sumpahan nampak cool, tapi sayang dia bercinta dengan manusia. Haha." Ejek Sara selamba.
Kitawa menggaru keningnya.
"Dia betul-betul buat aku terkandas menjadi manusia. Aku tak sangka dia meletak sumpahan ke atas aku juga. Aku tiada pilihan lain selain menurutinya dan menyamar sebagai manusia selama berjuta-juta tahun. Malah, dewa kehancuran nampaknya tidak berani menentang dewa sumpahan juga."
"Cerita tentang cintanya bersama manusia nampaknya sudah dipukau dewa sumpahan dari awal lagi. Dewi kehidupan dan dewa cinta tertipu. Alamatnya akan jadi seperti aku. Dalam cerita ini, dewa sumpahan sebenarnya watak pratogonis. Bersembunyi di sebalik bayang." Kitawa memberhentikan langkahnya.
"Aku ingin menjadi dewi semula. Pangkatku sudah diberikan kepada dewi yang lain. Sangat menjengkelkan." Kitawa mengeluh.
"Menjadi manusia sangat membebankan ke?" Tanya Sara seperti budak kecil.
"Siapa sahaja tidak merindukan zaman kegemilangannya?"
Kitawa tersenyum leret.
Di hadapan mereka, terdapat semua raksasa yang berkumpul.
"Ku perintah kau semua meminggir." Mata Kitawa bercahaya. Menyerap kuasa disekeliling menjadi kuasanya. Tidak hairan tumbuhan layu dan mati.
Semua raksasa memberi laluan. Membuka ruang ke satu pintu besar.
Kitawa tersenyum lebar, batu kegelapan ke tiga.
"Aku akan menang."
ANDA SEDANG MEMBACA
MISTAKE DEADS 𝐂
FantasíaFantasy | Action | Transmigrasi Kerana kecuaian dewa kematian, akhirnya aku mati secara paksa. Malah memalukan lagi aku mati dalam keadaan yang tragis, headshot. Aku yang telah mati ditawarkan oleh dewi kehidupan dimana aku harus memilih untuk hidup...
