"Hiargh!"
George menjerit menangkis peluru batu aku. Aku semakin kehadapan menembak batu kerikil kecil. George mara menangkis dan akhirnya mendapatkan aku. Pedang apinya mula ingin menghunus leherku namunku elak kesisi dan memberi sepakan ke pinggang. Dia terlempar sedikit menjauh dan kesempatan itu aku mengawal tanah dalam tanah dan terus membatukan George. Kali ini, perlawanan dimenangi oleh aku secara singkat. Sebenarnya, sengaja aku bermain pada awal game, tetapi aku nak tengok tahap mana George mampu menghadapi aku. Sayangnya dia bukan lawan adeal. Out from my list.
Alesya dan Alfroy yang memerhati dari jauh sudah ternganga melihat kehebatanku bertarung. Manakala Rachel terbutang mata dek tidak percaya. Siapa sangka aku yang pengecut dan penakut dahulu kini boleh mengatasi George sendiri?
"Tuan, sebaiknya tuan tarik diri. Alex bukan lawan tuan!" Jerit Kris bercekak pinggang disebelah gelanggang pertarungan. Aku cukup terkejut kerana laman belakang rumahku sungguh besar. Jadi perlawanan ini tidak merosakkan beberapa struktur tempat.
"Dimana kau mempelajari seni bela Alex, setahuku kau agak payah dalam bertarung." George akhirnya mencurigaiku. Aku memecahkan batuan yang memerangkapnya. Dia menghampiriku selepas itu.
"Aku mempelajarinya sendiri dan membuat beberapa gerakan kreatif. Salah ke? Ayah?" Aku tersengih saat melihat dia menahan amarah.
"Tapi aku tidak melihat gaya dan teknik pertarungan kau Alex, tak pernah dalam sejarah kerajaan terdahulu dan sekarang." Alfroy mendekati kami.
"Maka aku orang pertama yang menciptanya." Balas ku bersama senyuman leret. Gaya yang aku bawa sebentar sahaja tadi adalah Kung Fu. Adalah asas sebuah seni bela yang ada pada negara China di dunia lamaku dahulu. Tapi tidak dipraktikkan di dunia ini. Sungguh merugikan.
"Sembunyikan kekuatan kau Alex." George berkata sebegitu. Aku menjadi faham tidak semena-mena.
"Agak bahaya orang luar tahu tentang ini, lebih-lebih pada usia kau sekarang. Menjadi hamba kepada raja yang pentingkan diri itu boleh menarik kau bila-bila masa." Alesya turut setuju.
"Aku tak nak kau menjadi pusat perhatian." Alfroy menyokong sama.
"Kenapa kau semua merisaukan aku?" Sengaja aku bertanya membuatkan mereka terdiam.
"Soalan kau ni pun satu, mestilah sebab kau keluarga mereka." Kris menyampuk dan menghempuk belakang aku dengan akar tumbuhan.
"Sengaja." Jawabku selamba.
"Lagipula, aku ingin hidup dalam suasana santai sahaja. Tanpa sebarang masalah. So, don't worry about me. I'm not interested at all." Aku pergi meninggalkan mereka.
Siapa sangka mereka sekarang merisaukan aku. Kekuatan aku sepatutnya boleh memberi mereka peluang untuk menjadi perhatian umum tetapi sebaliknya. Aku sangkakan boleh menjumpai manusia begitu lagi selain di dunia lamaku.
Tumpang famous.
"Tuan muda, nak kemana?"
"Ke makmal, ada sesuatu yang aku ingin lakukan." Ujarku pada Rachel yang mengekori ku. Kris hilang entah ke mana, kemungkinan masih di lapangan. Aku yakin dia berminat untuk menentang George.
"Tuan muda, besok tuan muda akan berpindah ke akedemi baharu. Tetapi kita akan ada ujian kemasukan."
"Kita? Bukan hanya aku?" Aku menangkap kata-kata Rachel.
"Ya kita, tetapi selalunya pelindung akan lepas juga walaupun gagal. Tetapi tidak tuan mereka." Jelas Rachel.
"Ayah tak bagitau tentang ni?" Hairan aku. George tidak beritahu tentang ujian kemasukan.
"Semua orang tahu tentang ini, bahkan budak-budak bawah umur seperti tuan muda juga tahu. Kenapa tuan muda tidak tahu?"
Aku pegang kepala. Tapi memang, tiada satu pun ingatan Alex tentang ini. Mungkin dia tidak berminat?
"Ujian kemasukannya seperti apa?" Aku bertanya dan mengalih topik yang sekaligus memang aku tidak tahu.
"Tembak sasaran dan lawan pengawas peperiksaan. Itu sahaja tuan muda."
'So simple,' Sweatdrop
....................
Akademi Chester
"Wau, so big." Pujiku saat melihat akademi tempat belajar Alesya dan Alfroy. Kami dipandu oleh seorang pembantu pengetua akademi.
ANDA SEDANG MEMBACA
MISTAKE DEADS 𝐂
FantasyFantasy | Action | Transmigrasi Kerana kecuaian dewa kematian, akhirnya aku mati secara paksa. Malah memalukan lagi aku mati dalam keadaan yang tragis, headshot. Aku yang telah mati ditawarkan oleh dewi kehidupan dimana aku harus memilih untuk hidup...
