Situasi di hadapan aku membuatkan aku tersengih sahaja. Inilah masanya untuk melihat kekuatan mereka.
"Kau cakap apa!? Tak guna!"
"Kau nak mati ke huh!?"
"Marilah! Aku tunjuk api hitam aku!"
"Aku akan kempiskan perut kau dengan akar tumbuhan aku!"Zass !
Bam !
Tengok situasi, rasanya sudah ada yang tahu mereka ni sedang bergaduh. Aku biarkan mereka buat hal sendiri. Lagipula, hutan yang kami masuki agak lengang dan sunyi. Kelas kedua iaitu herba, dimana aku perlu mencari daun yang diminta. Berkat Kris, aku jumpa tanpa perlu cari. Sekarang, aku hanya duduk di akar banir pokok dan melihat Kris dan Rachel bergaduh tidak puas hati.
"Makan ni!" Rachel membaling bebola api hitamnya ke arah Kris, namun Kris tangkas membuat dinding dari akar-akar pokok dan terus mengambil peluang dengan menyerang hendap. Kaki Rachel ditarik dan seluruh tubuh badan Rachel dibaluti tanpa sempat Rachel menyerang balas dan melindungi diri sendiri.
"Hahaha, terserlah kemenangan aku!" Jerit Kris dengan megahnya sambil menjulang tinggi kedua-dua tangannya.
"Kau tahu main lempar rumput tak guna!" Marah Rachel bergeliang liut macam cacing kepanasan kerana diikat oleh Kris.
"Dah kuasa aku, kau tak guna kuasa kau dengan kreatif." Ejek Kris dengan senyuman sinis.Aku mengeluh bosan dengan pergaduhan di hadapan mata, namun aku akui, Kris berpengalaman. Rachel? Aku tak pernah tahu sejarah dia, tapi aku tahu kebolehan dia adalah serangan dekat melalui ingatan Alex.
"Rachel, aku rasa kau boleh jadi knight. Kau mahir dalam serangan dekat sebenarnya." Aku bersuara menarik perhatian."Tapi saya dah berjanji untuk mengabdikan diri dengan tuan muda." Dia memandangku seakan menagih simpati.
"Kalau macam tu, kau kena tahu cara membalas serangan Kris. Kris, dia hebat dalam petempuran jarak jauh dengan mengawal tumbuhan dia. Tak kira dalam hutan, dia boleh mengeluarkannya dimana-mana. Betul cakap Kris, kau kena kreatif dalam penggunaan kuasa kau. Dark flame boleh buat benda lain macam pedang api? Kau tahu ia ada bukan?"
"Saya, tak terfikirkannya." Rachel terlihat sedih dan aku hanya sekadar mendiamkan diri.
"Kris ada pengalaman dalam bertempur. Kau pun sama. Bagi aku kau berdua masing-masing kuat."
Ujarku.
"Betul cakap kau Alex, dinding tumbuhan aku hampir berlubang disebabkan api dia, kalau tembakan beruntun aku memang kalah tadi." Akui Kris sambil mengusap akar tumbuhannya.
"So Rachel, To be my protector, you have to be good at strategy. I'll help you if you're in trouble plotting an attack. "
"Ya tuan muda."
"Kenapa kau nak bersedih Rach? Alex dah menawar dalam strategi, belum lagi kau lawan dia. Kira selamatlah kau sebab aku pun belum tentu dapat kalahkan Alex."Pernyataan yang tidak kusangka keluar dari mulut Kris buatkan Rachel terkebil-kebil. Manakala aku sudah hendak mengangkat punggung.
"Jum kita balik kelas. Kris, lepaskan Rachel."
"Ya, ya." Kris melepaskan Rachel dan Rachel jatuh mendarat dengan baik.
"Tuan muda, apa maksud Kris sebentar tadi?" Suara dingin Rachel membuatkan aku telan air liur terasa pasir. Aku merasakan menukar topik pun tak guna.
"Kau tak faham ke Kris, Alex ni hebat da.."ZUP!
Kuasa batuku terus menerkam Kris dan membuatkan Kris akhirnya dibatukan sehingga paras mulutnya. Dia panik dan pandang aku meminta penjelasan.
"Nanti kau tahu Rachel, buat sekarang aku nak kau belajar apa yang kau perhatikan pada aku." Aku ingatkan Rachel.
"Kenapa? Tak bolehkah tuan muda berterus terang? Dan kenapa Kris diminta rahsiakannya?"
"Sebab aku nak kau cari sendiri. Kris, kau jangan seskali beritahu Rachel, aku tak bagi kau tidur makmal aku nanti."Ugutku.
Kris membalas dengan kerlipan mata. Sebab dia mengangguk pun payah dikerjakan aku.Kris, dia tak tahu aku ada kuasa air. Rachel pula tidak tahu aku ada kuasa ais.
"Kris, kau juga perlu belajar tentang aku. Rasanya kau pun tak tahu aku ada kuasa lain lagi. Tapi kalau kau dah tahu, aku nak kau rahsiakannya. Ingat perjanjian kita sebelum ni. Lagipun Rachel pun tak tahu kau siapa, kalau dia tahu. Nasib kau mungkin bukan ditangan aku lagi. Rachel mungkin tidak teragak-agak seperti Told lakukan." Ujarku bersama senyuman sinis. Aku tahu kalau Rachel tahu, kemungkinan besar Kris akan dibunuh tanpa basa basi. Tugas lain pelindung yang sebenar adalah, menjauhkan OSHA dari tuan mereka.Krak.
Aku memecahkan batu di mulut Kris. Dan aku boleh melihatnya mengetap gigi.
"Aku perlu perlindungan kau."
"Itu yang aku nak dengar Kris, tapi kau jangan risau. Aku tetap kawan kau selagi kau boleh mengawal Ki, kuasa tu aku nak kau kuasaunya lebih baik agar kaum kau juga boleh menggunakannya."
"Apa yang kau cuba nak jelaskan ialah aku jadi pengantara?" Kris merenungku tajam.
"Kau nak kuasainya seorang sahaja? Kau tamak Kris. Aku boleh mematahkan kuasa itu kalau nak."
"Yelah, aku akan menulis untuk mereka. Tapi, aku akan bagi orang yang aku percaya Alex. Dengan kuasa ni mereka boleh melawan manusia. Kau kena ingat Alex, mereka pasti ingin membalas dendam."
"Korang cakap apa ni?" Soal Rachel yang jelas tidak tahu apa-apa.
"Okey, aku setuju kali ni. Rachel, satu hari nanti kau tetap akan tahu. Untuk sekarang belajarlah melawan Kris."
"Hmm." Hanya itu yang keluar dari mulut Rachel.Aku berjalan mendahului mereka ke tempat tujuan. Tanaman herba sudah dijumpai. Aku lulus ujian ini. Namun, aku tertanya-tanya, apa sebenar tujuan aku hidup dalam muka bumi ini? Untuk menentang George? Atau aku perlu enjoy dalam hidup Alex?
Aku hidup untuk apa sebenarnya?"Tuan muda, ada sungai di hadapan." Suara Rachel memecahkan lamunan aku. Segera aku membina jambatan batu. Kami naik dengan santai.
"Rachel, aku hidup untuk apa sebenarnya?" Tiada jawapan dari Rachel. Aku bosan.
"Balas dendam?" Kris menyampuk. Dia bersilang tangan di kepala membuatkan aku menoleh.
"Apa maksud kau Kris?"
"Rachel cakap, mama kau kena bunuh. Kenapa tak cari pembunuh?"Aku menjeling Rachel yang menunduk kepala. Sepertinya dia tahu apa yang aku tak tahu.
"Aku cukup terkejut kau menceritakan kepada Kris tapi bukan dengan aku Rachel."
"Untuk kesihatan tuan muda. Saya tidak mahu tuan muda merasa terganggu." Ujarnya menyakini aku ini sangat lemah mental.
"Aku okey, sepertinya yang dicadangkan oleh Kris, bagaimana kalau kita mencari pembunuh Mama Rachel?"
"Ia sangat berbahaya tuan muda!" Rachel membantah."Berbahayalah seronok. Satu pengembaraan yang boleh membuatkan aku mengisi masa luang. Kan Kris?"
"Aku okey, selagi aku menguasai kuasa Ki aku, selagi itu aku mengikut kau. Aku tak rugi apa-apa." Balas Kris sambil tersenyum.
"Tuan muda.." Rachel tampaknya sudah berputus asa.
"Rachel, aku bosan dalam hidup ni. Kau kena tahu, lambat atau cepat. Aku yakin pembunuh tu tetap mensasarkan keluarga George."
"Kenapa?" Rachel sepertinya tidak faham.
"Sebab aku tahu siapa Mama aku Rachel.""Jangan mempercayai sesiapa Alex." Mama
![](https://img.wattpad.com/cover/303070488-288-k777097.jpg)
YOU ARE READING
MISTAKE DEADS 𝐂
FantasíaFantasy | Action | Reincarnation Kerana kecuaian dewa kematian, akhirnya aku mati secara paksa. Malah memalukan lagi aku mati dalam keadaan yang tragis, headshot. Aku yang telah mati ditawarkan oleh dewi kehidupan dimana aku harus memilih untuk hid...