Self respect II

208 38 0
                                        

Alex pov.

Aku tengok satu persatu wajah acah suci ni. Ade mencebik, ade blur dan tidak lupa juga menganga.
Zen membawa seorang pahlawan, Luna bawa dua dan Kris bawa lima. Aku? Bawa body. Hehe

"Kenapa kita perlu berkumpul di dalam hutan beast? Ia berbahaya dimasuki sesiapa." Seseorang bersuara di kalangan mereka.
"Sebab ia berbahayalah ia berbaloi." Jawabku yang ketika itu duduk mencangkung di atas meja. Adab mana wei, adab? Well, aku tue~

"Budak, kau siapa? Mana collector? Kau ke? Atau kau? Sebab aku tak kesan aura pahlawan dari korang berdua? Budak ni pembantu korang ke?"

Seorang dari pahlawan yang dibawa Zen bersuara. Menunjuk Zen dan Luna. Nampak dari segi fizikal, dia seperti pemuda yang gagah perkasa bersama otot pecah dengan six pax yang boleh tahan rupanya.
Fufu~

"Malangnya, ketua kami adalah dia." Zen menunjuk aku bersama senyuman selamba dia.
"Singkatnya dia lebih berusia dari kami." Tambah Luna secukup rasa. Pergh! Dua ekor ni menganjing aku!

Melihat mereka yang sudah ternganga, sudah kujangka situasi itu sangat menjengkelkan. Aku membetulkan gaya dudukku secara bersila.

"Yosh, mari kita memperkenalkan diri. Pertama-tama kau budak cendawan. Aku agak tertarik dengan kuasa kau yang hampir sama dengan Kris, milikku."

Kris berkerut. Tersedak bencilah tu. Lukanya sudah kembali pulih sendiri. Biasalah iblis.

"Aku Roro. Kuasa daun berduri. Sekarang cuba menguasai elemen tumbuhan yang lain. Mungkin aku boleh mempelajari dari iblis sebelah kau." Ujarnya sambil menjeling Kris. Kris tersengih bangga sambil pandang tempat lain.

"Okey, kalau kau meminati kelas tumbuhan, aku akan jadikan kau muridnya. Tapi dia bukan collector. Kau tak ada masalah?" Soalku ingin tahu.

Dia mengangguk yakin. Bagus, aku tak perlu risau tentang dia. Seterusnya, aku melihat seorang lagi budak perempuan.
"Tenten, kuasa kau juga menarik. Tapi masih dengan kelas sama." Aku menatapnya lembut. Dia terlihat terkejut.
"Macam mana kau tahu namaku?"
"Aku collector, aku tahu nama semua orang disini walaupun mereka menipu dengan nama samaran. Nama asli sudah ditanam dalam jiwa seseorang setelah dilahirkan dalam dunia ni. Kami ada kelebihan melihat sejarah nama masing-masing." Balasku panjang. Dia berkerut dan yang lain berbuat perkara sama. Pasti tidak suka nama masing-masing dipersoalkan.

"So Tenten, kuasa racun. Kau tak nak cuba kuasa lain?" Tanyaku ingin tahu.
"Kami tidak boleh memaksa sesuatu yang tidak boleh korang lakukan. Jadi kami dah bincang perkara ni. Korang sendiri pilih kuasa mana korang nak belajar. Dan sudah tentu kami akan tolong." Zen menyampuk sambil berpeluk tubuh.

"Aku berminat dengan jenis racun ular dan asid. Contoh iblis yang aku nak sangat kerjakan seperti Medusa."
'Wow, Medusa! Aku tak sangka wujud jugak spesies tu kat dunia ni? Hebat! Hebat!'

"Aku boleh mengajarnya tentang racun. Sebab sebelum ini aku seorang wanita bekerjaya dalam bidang kedoktoran dan sains. Dia akan ditempatkan di bawah pengawasaan aku." Jelas Luna sambil melirik aku serius.
'Luna bila serius, tak nampak macam diri dia.' Ujarku di dalam hati sambil berpaling ke arah lain. Sweatdrop.

"Kau?" Seorang budak remaja yang dari tadinya berkerut-kerut. Sakit ke?
"Sebelum itu, kenapa iblis bersama kau?" Soalnya sambil tunjuk Kris tajam. Oh, tak puas hati dengan Kris ke?

"Kau ada buat apa-apa ke Kris?" Soalku sambil toleh kepada Kris yang buat muka bodo.
"Lemah, tu je." Ucapnya tanpa memikirkan perasaan budak remaja tersebut.
"Aku kuat nanti, mati kau dibunuh aku! Tunggu kau!" Marahnya bersama nada jelas bengang. Aku yang mendengar menahan tawa sahaja.

"Nama kau apa?"
"Aku Miller, kuasa petir dan lava. Tapi masih bertahan rendah. Aku masih cuba untuk menguasai jenis kuasa bersuhu ekstrim dan setakat ni api hitam." Ceritanya lancar.
'Black fire.' Ia sama seperti Rachel. Kalau aku tak bunuh dia hari tu, mungkin dia boleh tolong aku. Tapi, ajalnya memang takat itu.

Ah sudah sendu. Terflashback pula.
"Kau akan jadi pelajarku. Semua kuasa kau aku ada." Zen menyampuk sambil tersenyum. Sebenarnya aku boleh je cakap, aku pun ada semua kuasa tu. Tapi nampaknya Zen sengaja meninggalkan kuasa unik yang lain untuk aku rupanya. Atau lebih tepat, kuasa pelik melibatkan sains logikal yang lebih tinggi untuk berfikir.

"Zen, Luna. Kuasa kau berdua..." Aku nak tegur, sebab kuasa yang mereka guna takat ni sedikit.
"Jangan risau, kami boleh buat macam kau buat. Senang je nak munculkannya kalau libatkan sains." Luna tersenyum manis ke arahku dan Zen mengangguk setuju. Hm, aku risau ape je ni?

"Aku Blue, aku guna nama samaran ni sebab aku tak nak dedahkan siapa aku."
'Aku menyemak profilenya dan hampir nak gelak Plus rasa nak membodek.'
"Kuasa kau, juga dari golongan petir dan kelajuan pantas. Kau denganku." Zen sekali lagi mengambil 'product' yang kurang berkualiti. Nampak ada jualan murah terus disapu. Aku? Hm naseb.

"Saya Camelya, kuasa saya ruang demensi. Tapi setakat ni hanya mampu jarak dekat. Selain itu, saya boleh memindahkan sesuatu dengan fikiran saya tetapi bukan pada benda hidup."
'Inilah kuasa unik yang Zen nak sangat elakkan. Dia betul-betul bencikan kuasa sebegini.', Aku jeling Zen yang selamba buat muka taik.

"Kau denganku. Even seseorang tu ada kuasa bayang, nampaknya dia sangat pengecut mengendalikan ruang." Perliku sengaja menarik perhatian Zen. Zen belike.
"Pak Yu bitch."

Camelya, gadis yang cantik dan sopan. Berpedang dan wau! Baru ku sedari dia menepati kriteria gadis pemburu. Uhu~
"Kau berdua pula?" Aku tanya dua orang yang sedari diam di sisi Luna.
Twins !

"Riana, kuasa pukau dan tidur." Ucap yang satu lalu menunduk sedikit kepalanya.
"Erica, kuasa psychic dan mengarah." Tutur kembar kedua.
Boleh ku simpulkan kuasa mereka paling bahaya dari yang lain. Tetapi, mereka tidak menggunakan sebaiknya. Hm, itu lebih baik dari salah guna.

"Mereka anak bangsawan. Aku menjumpai mereka semasa aku menyanyi di satu majlis dengan membawa satu pesanan. Tidak sangka mereka menangkap maksudnya." Luna bangga mengatakannya. Siap bawak dagu tinggi.
"Erica hampir sama kuasa dengan kau Luna. Boleh kau handle dia?"
Luna mengangguk dengan persetujuanku.
"Riana, kau denganku." Ucapki mendapat anggukannya.
"Dan kau yang nampak kasar dari mula lagi, kau siapa nama?" Aku berpaling ke arah sebelah Zen.

"Aku Harry, kuasa hentaman, penguat fizikal."
'One punch man?' Aku menyemak profilenya, hebat dan kuat.
"Kau denganku." Pintaku membuatkan dia ter "Huh!? Dengan kau?"

"Yup, kuasa kau unik. Zen dengan Luna mungkin tak mengimbanginya." Ujarku mendapat anggukkan Luna dan Zen serentak. Terbaik member.

Dia berdecis selepas itu. Asal kau ada mentor sudah memadai.
"Selesai kita memperkenalkan diri, jadi kita adakan latihan pertama. Baiklah, first game kita, bunuh beberapa ketul raksasa di bawah tanah ini." Sengihku mula melebar. Mereka berpucat lesi. Aku tahu sebab apa.
"Dungeon ni tak pernah dimasuki oleh sesiapa sebab ia sudah menjadi tempat tinggal raksasa. Raksasa mungkin sudah tahap menengah. Jangan cakap kita teroka lebih dalam?" Ujar Tenten terlihat sedikit tidak berpuas hati.
"Itulah yang aku nak. Permainan nyawa di tangan korang sendiri." Sinisku berkata sambil mendepakan kedua-dua tanganku.

'Siapa cakap aku berlembut?' Heh.

MISTAKE DEADS 𝐂Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang